Friday, 19 September 2014

Hari Tanpa Mak


Hehe. Actually ini bukan kali pertama ditinggalkan mak. Sebelum ni pun ada, masa umur aku 15 tahun. Balik kampung menziarah saudara yang tenat di kampung. Aku tak dapat ikut sebab aku sekolah. Cuma masa tu tak ada media sosial so, aku tak boleh cerita macam sekarang. Kekeke




Ok, siang tadi mak aku berangkat ke Pahang Darul Makmur dengan dua orang adik aku. Pergi kenduri kahwin sedara belah tok wan kat Felda mana tah. Sorry, aku memang tak tahu pun. Kalau orang tanya mak pergi mana aku mampu jawab "Pahang" je. Paling habis aku akan tembak jawab "Jengka" atau "Ulu Jempol" sebab aku hanya tahu kat situ je saudara mara aku kat Pahang bermastautin. Ehehe. Peaceeeeee




Maka bermula hari ni bermulalah tugas aku sebagai surirumah terjun. Semua kerja yang mak buat aku kena uruskan totally 100%. Hari ni aku baik, aku bangun pukul 7.30 pagi sebab nak hantar mak dengan adik-adik. Hantar ke pintu pagar je muehehe. So, start pukul 8.00 pagi, aku pun mula "buat jadual". Buat dalam kepala je. Mula-mula bukak peti ais. Ada ayam, sayur-sayur, dengan ikan. Ok, aku decide masak gulai ayam, bendi goreng telur dengan ikan kembung goreng. Potong itu potong ini masak masak masak and tadaaaa, my dishes done. Sekali pakej dengan nasi. 




Habis masak, aku basuh pinggan. haha. Tak tahulah orang lain macam mana, tapi aku selalu macam ni la. Masak dulu, kumpul semua bekas kotor tak kiralah yang dah tersedia landing dalam sinki mahupun yang aku tengah guna untuk masak, then aku mandikan diorang beramai-ramai. Senang. Sekali arung aku buat. Kalau nak basah baju ke apa, biar sekali je hehe. 




Selesai basuh pinggan, aku sapu sampah. Yang ni memang buat aku berpeluh sakan. Maklum la menyapu satu rumah. Tapi takpela, bila lagi nak merasa jadi fulltime housewife macam ni kan. haha. Sapu sapu sapu, kemas kemas tempat masak dengan meja makan akhirnya dalam pukul 10.12 pagi selesai semua kerja. Alhamdulillah, lega. 




Petang tadi ayah ajak pergi pasar malam. Kat sana ayah beli barang basah. Ayah tanya aku macam aku mak pulak. 




"sayur ada tak? nak sayur tak?" 

"kuey tiaw ada tak? kakak nak kuey tiaw esok boleh goreng" 

"cabai ada tak" 





bla bla bla...buat pertama kalinya, hari ni aku dapat rumuskan yang skill membeli barang dapur aku totally failed! aku langsung tak boleh nak recall apa yang ada dan apa yang tak ada dalam fridge. ahaha! Dah nak balik baru aku cakap nak telur. Sebab aku baru teringat dalam fridge memang ada ayam dengan ikan je. Takkan aku nak masak ayam dengan ikan lagi esok kan? Tapi ini pun tengah separuh menyesal sebab tak mintak ikan bilis ke, ikan masin ke, udang ke, sotong ke T_T




Sampai rumah, masuk dapur then..jeng..jeng..jeng...guess what? Aku lupa tutup tingkap! berderau darah aku. Luas terbentang aku 'jemput' mereka-mereka yang tak sepatutnya masuk! dah la sekarang ni area perumahan aku kecoh orang curi besi. Huks. Aku cepat-cepat tutup tingkap sebelum ayah tau, aku check barang-barang sebelum ayah masuk. Ok, semua barang ada. Alhamdulillah. Ya Allah, serius tak ingat. Selalu mak yang akan check semua. Tingkap, electricity and so on. Dan ini kegagalan aku yang kedua; aku careless!




Kesimpulannya, hari ni dapat merasa macam mana jadi surirumah. Sebelum ni, masa mak balik kampung time umur aku 15 tahun tu, aku tak pergi kedai pun. Memang duduk kat rumah je. Masak apa ada. Masa tu pulak duduk rumah flat, so kiralah berapa pintu nak dijaga and tingkap pun ada berapa je kan. Tak tahu la kalau ada yang semangat menyamun dia tinggi sanggup nak redah naik ke tingkat 6 rumah aku masa tu. But then, kali ni aku terlupa yang aku duduk rumah bawah dan every single doors and windows kena perati betul-betul sebelum keluar rumah. Haishhhh. 




Ini pun consider as practical session sebelum kahwin la kan. Mihmihmih :p




1 comment:

  1. Asalam..story yang sama macam khaty 14 tahun yang lalu..
    singgah n follow dari fb KBBA..
    Jemputla jalan2 di http://khatyaiman.blogspot.com

    ReplyDelete

Sila Beri Sepatah Dua Kata