Saturday, 7 February 2015

ZERO Juara Maharaja Lawak Mega 2014



Assalamualaikum,



*kalaupun Zero tak menang, aku tetap akan tulis tentang diorang hari ini , sebab dah berniat macamtu. Kalau tak tunai berkemungkinan malam ni tidur mimpi naga terbang mintak nasik*



Mula-mula dulu, jujur aku katakan, aku tak berapa kenal kumpulan Zero ni dan sampai ke minggu berapa tah aku baru tahu diorang adik beradik. Yela, dulu aku tak ada Astro, so apa kau expect? Sepah dengan Jozan tu pun aku kenal sebab..hehhh..sebab bila aku balik kampung mak cik aku akan buka siaran Ria rancangan Sepah. Apatah namanya aku pun lupa, tapi aku ingat masa tu ada Mamat. Jozan pulak sebab diorang selalu masuk channel TV lain kot. Aku pun tak ingat, populariti tu juga antara faktor utama la kan kenapa kami yang tak punya Astro boleh kenal dua kumpulan ni. 


Ok tutup cerita Sepahtu dengan Jozan, balik kepada Zero. Yang membuatkan aku betul-betul kenal dan mula minat Zero lepas aku tonton balik Maharaja Lawak Mega musim lalu, yang diorang ni berlakon jadi pilot. Time tu aku dah gelak terbahak-bahak bila si Syaiful bagitahu nama dia "Mawar Mekar Berduri Aduh Sakitnya binti Auch". Kah kah kah. Time tu aku fikir, MLM 2014 diorang ni mesti masuk.


Tapi aku silap, memang diorang masuk, tapi diorang masuk melalui Hot Seat. So aku fikir, mungkin musim yang lepas-lepas diorang tak perform bagus jadi tahun ni kena masuk Hot Seat dan Melati terpaksa ganti Mawar Berduri yang bunuh diri akibat stress. Alhamdulillah, diorang lepas dan terus bersama-sama kita setiap minggu buat lawak pasal adik beradik nakal la, pasal superhero mintak sedekah la, pasal penari yang tak reti menari la, dan macam-macam lagi la. Ok i'll be fair and square. Ada masa lawak diorang menjadi, ada masa tak jadi. But there's one thing yang aku suka pasal kumpulan Zero and also other group as well, which is they got the spirit and getting tougher, serta tak gentar dan tak takut persembahkan idea tiap-tiap minggu. Aku tau korang akan cakap pasal duit semua jadi. But for me, kalau tak mampu buat, dapat duit setengah juta pun rasa tak berbaloi tau. Ke ada yang jenis buat kerja hentam keromo janji kerja siap? Ok melalut.


Hari ni aku baca Melati nak kahwin kisah hidup diorang tiga beradik. Buat pertama kali aku rasa tersentuh. Rupanya dalam kita asyik bersungut hidup tak sempurna, pakwe tak ingat kat kita, gaji seciput, bini masak hari ni tak sedap, baju tak ada nak keluar merendek walaupun dah roboh almari tapi tak sedar diri lagi, ada lagi orang yang berada dalam kesusahan. Biarpun serba kekurangan, tapi diorang tak jadikan itu sebagai halangan. Alhamdulillah, brotherhood spirit yang diorang ada tu berjaya mengubah nasib diorang sekarang. Huhu serius aku sedih campur sebak bila diorang diumumkan juara. Bukan sedih tak suka, tapi sedih bila baca kisah hidup diorang tu dan bayangkan macam mana perasaan diorang tadi. Sorry aku memang sensitip sikit. Biadap kau kalau ketawa. 










Siapa sangka, dari hot seat ke pentas final. Zero, korang buat aku sedar tentang sesuatu. Bermula dari bawah itu bukan sesuatu yang mustahil untuk bantu kita ke atas. Ini juga yang dinamakan rezeki dari Allah SWT. Tahniah. Korang memang layak jadi juara. 











3 comments:

  1. haha..jom2..yang rambut kembang tu boleh tahan :P

    ReplyDelete
  2. The Wizard of Odds - Lucky Club Casino UK
    The Wizard of Odds. It is an amazing casino! A luckyclub.live large selection of online slots, table games, and jackpot slots are waiting for you.

    ReplyDelete
  3. BetMGM: Review & Bonus Code for December 2021
    BetMGM 안동 출장샵 bonuses can be 양산 출장샵 obtained from BetMGM Promo Code PLAYNJ. The 영주 출장샵 BetMGM Casino 밀양 출장마사지 Bonus code PLAYNJ allows players 김해 출장샵 to grab a $1000 risk-free bet with a no

    ReplyDelete

Sila Beri Sepatah Dua Kata