Sunday 31 March 2013

Lapar..Nak Balik Tepeng!









Adui..tengah2 malam teringat nasi ni pulak..tahan wani..lagi 19 hari je nak balik..haha..kat sini takde la nasi ni..ke ada tapi aku yang tak nampak ek? tapi rasa macam tak je kot? nak nasi daun lemuni..tolonnnnnnn...haha...





Tuesday 26 March 2013

Tiba-tiba


membuat entri diiringi lagu ini.


haha..tiba-tiba teringat pulak cerita-cerita, kenangan-kenangan zaman tok nadok dulu-dulu..pergh gila lama kan..well..itulah saya..suka sangat recap..tapi study tak reti-reti pulak kau nak buat macam tu..kalau tak mesti dekan tiap-tiap sem..boleh la nak merasa reben pink time konvo nanti..pastu tak payah bayar duit PTPTN..pastu time ambil scroll ada 6 bintang kat nama saya..pastu..pastu..pastu..

haha..saya dah ke tasik *tasik je ada pun kat sini* hehe. 

hari ni saya dapat tiga berita kematian. Pertama berita kematian tokoh pemikir agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Katanya antara tanda-tanda kiamat menghampiri adalah perginya para ulama'. Wallahualam. 

kedua, tadi call mak. mak pun bagitahu, kawan baik ayah dari zaman bujang dah pun kembali ke rahmatullah. dalam minggu lepas. Lepas 3 tahun menderita sakit, akhirnya dia pergi juga. Teringat masa kecil-kecil dulu dia selalu mengusik

"kau anak Black kan?"

haha..Black tu ayah saya la :)

Ketiga, berita kematian seorang cleaner kat kolej kami ni. pagi tadi, kat depan tasik. kes langgar lari. Allahu Rabbi. Kesian bila teringatkan dia meninggal dalam perjalanan nak mencari rezeki. tapi saya tak cam pula yang mana satu. Housemate saya kenal, sebab mak cik cleaner ni mak tiri kawan sekolah dia. 

Al-Fatihah buat mereka semua..

ramai orang yang datang, ramai orang yang pergi dalam hidup kita. Kita pun adalah mereka-mereka yang datang dan pergi dalam hidup orang lain. Cuma cara masing-masing datang dan pergi tu berbeza-beza dan dalam pelbagai cara. Apa-apa pun kita yang masih hidup ni perlu teruskan perjalanan. Yang dah pergi, kita doakan mereka bahagia dengan hidup mereka. Pada yang tiada, kita sedekahkan al-fatihah, mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana. 

Kepada anda-anda yang pernah hadir dalam hidup saya, saya ucapkan terima kasih sebab korang pernah ceriakan hidup saya. Tapi kalau saya cakap kasar tu mintak maaf la ye. Dah memang naturally nya saya ni kasar sikit, nak-nak kalau title "special" yang pernah diberi tu dah ditarik. haha. baik laki mahupun perempuan. sama je. tak ada kompromi. :) tapi apa-apa pun, maaf tu dah lama saya beri, cuma jangan ambil kesempatan dalam kesempitan ok.

Hokayy..sesungguhnya saya sangat mudah marah lately. Tak tahu mana silapnya, kurang tidur? kelas tak best? takde kawan jimba-jimbaan? ke hati saya mula terasa kosong..kosong..kosong...haha! ok serius tak lawak..perlukan sesuatu untuk boost up mood ni. tapi apa ye? takkan assignment kot? haha! kalau ye la kan, saya ni boleh masuk rekod dunia kot. Student yang buat assignment untuk hilangkan stress kikiki =.+


haha. korang pergilah tidur. Saya dah terlajak tidur petang tadi.

Saturday 23 March 2013

Miss Muscle Gara-gara Air..

Haha..ketahuilah anda-anda bahawasanya student Puncak Perdana ada muscle kat lengan lalala..krisis ayor yang berlaku hampir seminggu lebih, menjadikan muka-muka kami kelihatan lesu tak bermaya, mana taknya mandi kerbau je kot. eh jap, nak mandi kerbau pun tak dapat sebab keadaan air yang tersangatlah meruncing huahua..

Blok saya mula mengering pada pagi isnin hari tu. kelas pukul 10, tapi saya dengan Yasmin *sila korek blog kalau nak tahu siapa beliau* bangun pukul 9.30..heeee..and then sewaktu saya masih duduk-duduk *dah lambat pun sempat lagi aku bersantai kan* .....

"wei, air takde la!"

"air takde? camane ni..kita dah ponteng kot kelas ni hari tu" *teeeetttttttttt* :p

"ala, ko try la kol sape2..rumah diorang2 kot ada air ke"

saya dengan separuh rajin separuh malas kol classmate si Fieza. Rumah dia ada je air, tapi dia dah nak turun pergi kelas. hurm..lalu Yasmin kol pulak member sorang lagi si Safarina. Safarina cakap..

"kitorang pun pagi tadi mandi kat surau, ramai gila kot"

hoh? pagi tadi? ramai gila? entah pukul berapa la kan air dah mula takde ni.sobs~





berbekalkan semangat separuh rajin separuh malas bercampur kata-kata semangat suam-suam kuku Yasmin *Yasmin menyarankan agar kami tetap ke kelas walaupun lewat, dan aku sangat teruja pagi tu dengan tahap kerajinan beliau* kitorang pun transform la kejap jadi rupa pelarian, bawak segala baldi and perkakas mandi turun ke surau...

"dik, kat sini takde air la..mak cik nak buang air pun tak dapat..pergilah fakulti, sana banyak air"

haha! memang tak la nak pergi mandi time-time camni..

so, cari punya cari, jumpa la sumber air kat tempat washing machine! Jadilah untuk bekalan sementara. And tak sangka keadaan semakin meruncing sampaikan SYABAS sediakan pulak lori start dari hari tu. and dua hari lepas, udah dibubuh tangki setiap blok. Nak tak nak, memang kami berangkut air la tiap-tiap malam. hewhew..FYI, rumah saya aras paling atas, so bayangkanlah macam mana susah payahnya kami-kami mengangkut air bertan-tan *saje je kasi gempak* dari bawah ke rumah..hoho..part paling best, tengah malam kitorang pergi mandi kat toilet belakang dining. haha. best je tengok laki pompuan bertuala ala-ala sarban singh, berbaju tidur, berkain pelikat mahupun batik. keh keh keh. tapi semalam lagi best. ada dua Hamba Allah tak berapa nak tulen datang mandi, kemain suka budak laki mengusik..masuk dalam toilet suara diorang je yang riuh..padahal 5 minit sebelum tu ada 4-5 orang yang tulen masuk dalam toilet tu mandi hahahaha!!!!!




sehubungan dengan itu, dua barang ni juga mula femes..kot~







Baldi. warna warni. ehsan pak cik google











air mineral. pun gambar ehsan pak cik google










...dan hari ni air mula ada bila kami buka paip..maybe sebab ramai yang balik kot..ini FAKTA! Kolej Jasmine tersangatlah sunyi..




Wednesday 20 March 2013

Happy birthday my beloved boyfriend


typing text

"Selamat hari jadi..smoga pnjg umo murah rezeki.. :) sayang ayah!"

1 message received 

"Thank you my daughter"

Ya Allah..tetibe rasa sebak sekejap..huwaa..homesick sebenarnya ni..heheh..sedar tak sedar ayah dah menjangkau umur 55 tahun..and membuatkan saya selalu berfikir..apa yang saya dah bagi kat ayah sepanjang 22 tahun 9 bulan saya hidup..huhu..ayah dah bagi segala-galanya semenjak saya keluar dari perut mak, sampailah sekarang saya dah pun berada di tahun terakhir sebagai seorang penuntut di UiTM yang terchenta ni..hurm..terlalu banyak pengorbanan..dan saya tak dapat nak balas sebaik dan seelok pemberian dari ayah kepada saya..

masa kecik-kecik ayah sangaaatttttttttt garangggggggggggggg...saya selalu kena pukul sebab saya nakal..haha..you name it, i got it on my body yeah yeah ~~ *ok dah mula kelaut* haha..tapi dah besar-besar ni..saya fikir yang positif-positif..ayah buat untuk kebaikan..ayah pukul, ayah marah sebab sayang hokeyyy..bukan sebab ayah pilih kasih..











dan bila daku di kejauhan, baru saya mengerti betapa sayangnya ayah pada saya.. *smile plus teardrops*



Sunday 17 March 2013

Kan Ku TUMBUK!!! Boyfriend Mu By Zar



enjoys..sedap juga suara mamat ni..member kepada member..kalau ada youtube account subscribe je zar choy... hehe

Thursday 14 March 2013

Pertama Kali

haha..nak tahu tak..hari ni pertama kali sepanjang 5 sem kat sini, saya dapat lecturer yang paling easy going! dan saya masih terkejut bercampur teruja! *kecoh je kan? orang lain dah jenuh dapat kot*

sem ni first time saya ambil elektif subjek rekod.. Digitization of Records and Archive..hehe..lecturernye En. Ap-Azli Bunawan *dia ni jawa Johor gamaknye :p* orangnya sederhana tinggi, kulit sawo matang, friendly, sporting, tak sombong, soft spoken and part paling menarik..beliau sudah pun berkahwin dan ada anak sorang wahahaha!!!!! *menarik ke sedih tu? =.=* ok sila abaikan karut komedia tak berapa nak jadi di sini. apa yang saya nak cerita kat sini, En Ap *sebutan Epi* sesungguhnya mempermudahkan kerja-kerja kami secara total. Tak payah la kot cerita secara detail, tapi for sure kitorang sangat bersyukur. Maybe ini part yang meringankan kami memandangkan lagi 6 paper kami perlu hadap dalam bentuk zombie. hewhew.

lupa nak mention, sem ni saya ada 1 je final paper. memang saya akan jadi zombie lagi sem ni. final project belambaks kot! 


En. Ap tanya saya dah ada pakwe? automatik geleng! permulaan kecil-kecilan. Jangan expect saya boleh berubah drastik terus melainkan saya dah betul-betul keras hati. Saya pernah buat ok. Sila faham. Saya tak nak marah. Saya nak awak faham. Boleh? And if you really want to be my guardian as you had said before, do support me. not condemning me. 

Sunday 10 March 2013

Manusia Sifatnya Tak Pernah Puas

Biasalah kalau namanya manusia takkan pernah nak puas kan. Entah la, maybe masa dalam perut tak dapat makan apa yang diorang nak kot *apa aku merapu* huhu sila abaikan dan terus ke bawah.

ada orang dapat teman yang setia, baik, sayangkan dia sepenuh hati. Tapi dia pulak buat hal pasang sana pasang sini. Apa ke hal la tu kan..urm..saya tak cakap saya ni baik..tapi kan..bila difikir-fikir..tak kesian ke kat pasangan? hurm

itu satu hal. ini satu hal lagi..dah paksa orang macam tu macam ni..last-last boleh pulak cakap "saya teman awak je" hurm..confirm kena gelak lagi la lepas ni. eh

Kesimpulannya, jangan bagi harapan kalau hati tak sedia nak terima orang tu 100%