Assalamualaikum..
Jumaat minggu lepas, saya ditugaskan/diarahkan oleh penyelia untuk mengikuti Pengurus Projek ke mesyuarat Focus Group bertempat di Kampung Sempeneh, Batu Kurau, Perak. Motif utama entri ni bukan nak cerita pasal mesyuarat tu, tapi nak cerita pasal kampung tu. Rasanya ini pengalaman pertama masuk kampung tradisional dan unik. nak tau jom tengok gambar-gambar.
habis je meeting, kami beramai-ramai tengok mereka ini...
pada sesiapa yang pernah menonton rancangan Majalah Tiga baru-baru ni akan kenal si John beruk pemanjat pokok ni. Masa sesi lawatan haritu, John (yang posing menonggek) buat demo petik pucuk daun. kawan beliau tu tak tahu apa nama tah, petik buah kelapa. tak sempat nak rakam laju menonong je panjat. hahah!
lepastu kami ke rumah salah seorang penduduk kampung ni. Mula-mula saja suka-suka je snap gambar ni, sebab dalam hati terdetik ;
"bagus gila pakcik ni, siap buat signboard rumah cecantik"
ternyata hipotesis ku meleset. Rupanya,
Tuan rumah merupakan seorang pengusaha. tau tak rumah sapa kecik-kecik ni?
tadaaa!! ini sarang lebah. Tuan rumah ni pengusaha madu kelulut. Tak salah masa jalan-jalan dalam kampung ni ada nampak penduduk kampung lain buat perusahaan madu kelulut ni, tapi tak ramai la..
"Dilarang menceroboh. Penceroboh akan didakwa." kata Pak Guard Lebah.
Tuan Pegawai Daerah a.k.a my big boss, Tuan Kamaruddin b. Awang mencuba sendiri madu kelulut fresh from the sarang itself.
selesai urusan, kami bergerak pula ke Lata Sempeneh. dalam kampung ni jugak hehe
sawah padi Kampung Sempeneh.
Sebelum berjimba sila baca kuat-kuat bagi kawan dengar sama. erk
kawasan lata ni tak besar mana. tapi sesuai kalau nak dibuat aktiviti beriadah di hari minggu. lagi pula, lata ni sebenarnya kawasan camping. kat sini ada disediakan chalet untuk pengunjung menginap. jangan risau tentang kebersihan, ada penduduk kampung yang jaga kawasan ni ;)
kat sini ada flying fox! tapi perlu diselenggara dengan lebih baik atas faktor keselamatan. talinya agak melendut, silap hari bulan bukan flying fox, kita main luncur pasir jawabnya hehe.
setentang dengan lata tadi, ada disediakan satu pondok/khemah. nampak tak kerusi meja bersusun tu? kami dijamu oleh penduduk tempatan. nak tau apa menunya?
100% lauk pauk kampung! sangat meleleh air liur ku! meh sini nak bagitahu apa menunya ;
1. Masak Lemak Putih Daun Salang
2. Betik Muda Rebus
3. Ikan Pekasam Goreng
4. Kerabu Pucuk Paku
5. Gulai Ikan Kayu (kot) bahaha!
6. Kerabu Mangga
7. Keladi Masak Asam
8. Sambal belacan + isi ikan
9. Buah Geduak + timun
Yang merah tu rasanya tak payah bagitahu la kot..ngeeeeee...
Lepas solat Jumaat, kami ke sini pulak..
dalam kampung ni ada satu gua. Gua ni terletak betul-betul di tepi jalan. Masa masuk kampung ni terpikir kejap, kenapa la ada dinding tepi jalan ni hahah.
ini bakal jadi tarikan utama dan juga tarikan terbaru jika berkunjung ke sini. Disini, proses membina laluan pejalan kaki sepanjang 2 kilometer sedang giat dijalankan. Pengunjung boleh berjalan kaki di sepanjang laluan ni, bila tiba di penghujung boleh masuk ke dalam perut gua. Oh lupa, nama gua ni Gua Kelawar.
Penat betul 1 hari jadi orang Sempeneh haha. Tapi penat yang berbaloi bagi seorang pelajar praktikal seperti saya. bila lagi nak bawa saya keluar pejabat ye cik abang cik akak sekalian? hehe...
sebelum terlupa, ini goodies bag yang kitorang dapat. Maaflah isi dalam tak sempat nak snap sebab mak dah sambar dulu. Ada kuih-muih tradisional yang memang sedap tahap A+. Sumpah tak tipu. Kuih bakar dan kuih bahulu yang lembut dan juga kuih goyang/loyang yang rangup. Sangat sedap! For those yang planning nak bagi kuih-kuih tradisional sebagai hadiah di hari perkahwinan, disarankan datang ke sini. Malangnya tak dikepilkan sekali alamat, kalau tak boleh bagi ;)
wah bestnya..akak pun suka spend time kat kampung macam ni.sebab tempat diorang cantik, orang-orang dia pun friendly :P
ReplyDeletehehe..best sangat...sekali sekala buat kerja luar pejabat memang seronok..!
Delete