Saturday, 6 September 2014

#cabaran30hari - Buku Kegemaran Aku





Hampir tertaip "Buku Kegeraman Aku". haha!




Aku jamin, bila cakap bab buku kegemaran, mostly perempuan akan pilih novel. Lelaki aku tak tahu, buku pasal kereta kot. Harith Iskandar cakap lelaki baca buku maskulin or apa-apa jela, dan dalam tu diajar macam mana nak selamatkan diri dari seekor jerung. Hambar? Teruskan baca. 





Sama juga aku, tak boleh lari dari kenyataan ni. Tapi, itu semua dulu punya cerita. Aku merupakan seorang ulat buku sedari kecil. Baru-baru ni borak dengan kawan lama yang dah terpisah 12 tahun, dan parents dia masih ingat betapa 'gila'nya aku dengan buku. Duduk kat mana pun, suka baca buku. Tak kira la, komik ke, surat khabar ke, semua aku bedal baca. Mungkin sebab cara aku diajar mengeja dan membaca oleh mak aku pun berdasarkan dari pembacaan surat khabar. Alhamdulillah berkat mak aku mengajar, aku mampu pergi ke tadika dengan menjadi satu-satunya budak yang tahu membaca. LOL. Tapi dah tua-tua ni, dah tak larat nak angkat buku dah nak (menipu gila) kecuali bila nak test or exam (yang ni tak tipu)





Kalau novel-novel, yang ini jela aku ada. Ada juga baca novel lain contoh macam Siri Harry Potter, sebab aku peminat setia Harry Potter sampai aku berangan aku pun ada kat Hogwarts tu, berada dalam group Gryffindor, dan meminati Harry. Ok aku melalut. So, inilah novel-novel yang terkumpul setakat ni ;












 Ada dua buku bukan milik aku. Nak pulangkan kat tuan dia asyik terlupa je. Entah-entah tuan pun dah lupa buku dia. Yeke? And FYI (gaya-gaya Gossip Girl) aku tak pernah baca novel bahasa Inggeris tu, sebab aku tak paham Bahasa Inggeris masa tu. Tapi baru-baru ni aku belek-belek, nahhhh...boleh je paham. Faktor usia kot menyebabkan aku faham. ahaks :p





Dan, kalau nak cakap bab buku ilmiah, aku suka dua buku ni (tolong jangan cakap aku poyo, aku hanya pencinta buku) ekekek








Ada lagi buku yang aku suka contohnya Buku Pengajian Am, tapi sebab aku pun tak tahu mana letak buku tu maka aku tunjuk dua buku ni. Buku "Administering Data Center" aku suka sebab simple yet easy to understand sebab cerita dia tak berbelit-belit. Subjek Data Center ni masa aku Sem 5. Tapi mesti korang cakap, kalau suka baca kenapa buku tu cantik? Well, aku baca, bukan ramas buku. Kah!




As for the second book, itu Buku Komsas Tingkatan 5. Filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Samsudin diadaptasi dari hasil penulisan skrip pengarang buku ni yakni Saudara Ismail Johari. Baca ceritanya memang suspen. Kita akan tertanya-tanya apa akan jadi, kita akan terasa risau macam watak-watak dalam buku ni rasa, kita akan rasa sedih juga bila isteri kehilangan suami, anak kehilangan bapa, kawan kehilangan sahabat, balai polis dibakar, mayat bergelimpangan, ada yang kehilangan anggota. Seriously, aku pun tak sangka boleh khusyuk baca walaupun cikgu belum lagi mengajar part-part dalam buku ni. Haaaa, aku berani cakap, buku ni memang best, selain dari Konserto Terakhir (Buku Komsas Tingkatan 4)







***






So, inilah antara buku-buku yang pernah mendapat tempat di hati aku. Sampai sekarang, aku tak lagi beli novel, sebab aku sedar, cerita novel tak jadi dalam kehidupan realiti. Maka aku hanya mampu bermimpi nak bersuamikan lelaki seperti Zill Faezrul. Hiks 

No comments:

Post a Comment

Sila Beri Sepatah Dua Kata