Friday, 12 December 2014

Koleksi Cerita Hantu

Assalamualaikum, memandangkan dah dua bulan aku tinggalkan blog ni bersawang sebab tak ada idea, makanya hari ni aku datang kembali. Jenuh fikir punya fikir, I've decided to come out with this entry sebab terlajak rajin baca entri-entri cerita hantu. Sebenarnya nak post semalam, tapi aku seram sendiri. Ceit! haha! so ini adalah koleksi cerita sepanjang aku menghuni hostel sepanjang tiga tahun. Aku tak cakap tempat ni angker or apa-apa jela, sekadar berkongsi. Korang kena ingat, benda-benda macam ni terjadi DIMANA-MANA sahaja. 





Kisah 1

Yang ni aku tak kena, tapi roomate aku, kita namakan dia Gayah. Kisahnya Gayah terjaga jam 3-4 pagi, and then katanya dia nampak roomate yang lagi sorang turun dari katil and then keluar dari bilik. So dia dalam mamai-mamai tu tanya ;



"Pergi toilet ke Odah (bukan nama sebenar)?"


Tapi yang menghairankan, si Odah buat kering je tak jawab soalan si Gayah. Dek kerana mengantuk yang teramat, Gayah pun sambung tidur. Esok pagi kitorang borak reramai, Gayah pun tanya Odah ;


"Odah, semalam ada keluaq pi toilet tak?"

"Takde pun, kenapa ek?"

"Sebab semalam aku nampak hang keluaq dari bilik. Aku tanya hang tak menyahut."




Terus 1 rumah meremang bulu roma. Paling meremang aku la sebab aku paling penakut masa tu.





Kisah 2


Yang ni, pun tak terjadi pada aku, tapi pada budak katil sebelah aku. Kita namakan dia Imah. Satu hari Imah cerita ;



"Wey malam tadi aku kena 'tindih'!"


lepastu dia sambung lagi,


"Tengok la malam ni kalau dia datang lagi aku nak sekolahkan dia!" 



Dan malam tu dia ditindih lagi. Bapak la~ *gaya Mat Luthfi*




Kisah 3


Yang ni pun tak jadi kat aku, jadi kat si Odah. Tengah masing-masing melayan perasaan, pakwe, dan mata kat katil memasing, tetiba si Odah bangun dari katil lalu bertanya ;



"Korang, korang tak dengar ke Odah menjerit?"


Kitorang jawab 


"tak". 


Si Imah jawab 


"Odahhhhh~~~!!!" 


eh kejap, itu jawab ke jerit ek? dua-dua kot.



"Takpela, Odah tidur luar je." terus Odah angkut bantal, selimut dengan sejadah tidur kat ruang tamu, ditemani Gayah. Sampai la habis sem. Sejak dari tu, tinggal aku dengan Imah je berdua dalam bilik. Bila Imah pergi KL, aku join diorang tidur kat luar. Maklumlah penakut tahap gaban. 




Kisah 4


Yang ni tak jadi kat aku, tapi melibatkan aku. Macam mana tu?



"Semalam Odah tak boleh tidur, Odah pergi tengok korang semua. Seronoknya masing-masing tidur kat katil nyenyak je."


"Eh, Wani tidur bilik Kak Yong (bukan nama sebenar) la"



"Oh yeke, sebab Odah nampak Wani tidur kat katil Wani"



Aku positif je, mungkin sebab Odah tak pakai cermin mata masa tu so dia salah nampak. Hehe






Kisah 5


Yang ni pun tak jadi kat aku, kes lebih kurang macam kat atas.



"Wani, semalam balik bilik tak?" tanya Peah (bukan nama sebenar)


"Takde pun, kenapa ye?"


"Sebab semalam nampak ada orang kat depan tu, rambut panjang baju merah. Ingat Wani."



Masa ni aku tidur bilik member, dan memang tak balik bilik. Perihal baju merah, mungkin sebab aku ada baju kurung warna merah so housemate tadi mengandaikan yang aku pulang rumah dengan baju kurung tu. Kemain ye pakai baju kaler merah, boring kot asyik pakai putih je hehehe.




Kisah 6


Housemate kali ni kita namakan dia sebagai Markonah. Markonah bagitahu kitorang ;



"wei korang kita cakap ni korang jangan takut ek, pagi tadi dalam pukul 4 macam tu kita pegi toilet nak terkencing. Lepas masuk bilik and baring kat katil, ada angin menghembus kat telinga kita."



Selebihnya aku tak ingat, rasanya dia cakap yang dia bersangka baik hembusan angin tu datang dari luar tingkap, sebab kitorang malam-malam tidur tak tutup tingkap. Panas kot. Lagipun sapa pulak rajin nak panjat tingkat 2 tu. Tapi, takkan angin tu tuju kat telinga je kalau betul angin tu dari luar ye dak? hurm musykil kejap. Takpela, angin dari luar tu. 




Kisah 7

Kisah yang ni aku pernah cerita. Baca SINI. haha aku malas :p



Benda-benda ni memang common la berlaku kat memana. Hostel, rumah sewa, hospital, macam-macam tempat lagi la. Even rumah sendiri pun sometimes ada juga. Cuma jangan terlampau takut and layankan sangat. Eceh pandai aku nasihat kan, aku dulu gila bapak penakut. Alhamdulillah lama-lama aku dah ok. Walhal masa sem 5 aku tidur sensorang and bilik depan aku kosong tak ada orang. Kalau aku takut dah lama aku sawan dah la sorang-sorang bilik depan pulak kosong tak berpenghuni. Bukan jauh nau pun, depan mata je. Bukak tingkap nampak tingkap bilik tu. Sama la masa sem 6 pun aku banyak tidur sorang tapi again alhamdulillah aku tak diganggu walaupun bilik depan ada kes nampak dan menjerit. Paham sendiri jela. Alhamdulillah, Allah tolong aku :D








No comments:

Post a Comment

Sila Beri Sepatah Dua Kata