Hurm, task yang ini paling mencabar. Namun aku terpaksa teruskan demi menyahut cabaran.
Kehadapan A,
Aku harap kau bahagia dengan hidup kau sekarang. Jujur, aku sayangkan kau. Tak pernah sedikitpun sayang aku ni berubah. Aku tak mampu nak lupakan kau biarpun kau dah dimiliki orang. Gosh! Biarlah orang yang baca entri ni kata aku perempuan gatal, miang mahupun mereng. Aku sayang, sebab tu aku sanggup buat ini.
A,
Ingat tak lagi kenangan kita pergi tengok wayang sambil curi-curi bawa masuk kacang cap Ngan Yin? kau cakap, mak ayah kita dulu-dulu makan kuaci tengok wayang, tapi sebab kuaci susah nak bukak tambahan pula dalam gelap dan kita nak fokus tengok movie, maka kacang cap Ngan Yin jadi pilihan. Ala aku pun bukan picky eater, aku kan perut buaya, kau suruh aku bawa masuk rice cooker pun aku sanggup. Makan nasik panas-panas taruk kicap dengan telur mata dalam econ bukan ke asyukkk..apa aku merepek ni. berbalik ke bab kacang tadi, habis tengok wayang, kita mesti sepahkan seat dengan kulit kacang. Seriously, aku pun tak sedar aku makan banyak kacang. Kulit saja dah buat kaki aku lenguh.
"Kuat makan kan sayang ni?" aku selalu cakap macam tu tapi kau akan jawab
" No la, mana ada. Sayang je suka fikir macam tu".
Haish. rasa nak tumbuk je muka kau masa tu sebab terlalu happy!
Jadi, perkara or pesanan pertama aku untuk kau;
Jangan makan kacang time tengok wayang, nanti kotor berselerak bukan kau nak kemas. Bayar tiket tak seberapa menyusahkan orang je lebih! huh!
***
Wahai A,
Ingat tak dulu-dulu kau selalu datang ambil aku kat hostel lepas tu kita pergi makan-makan kat kedai mamak. Dan dan la time tu bola pun start. Masa tu aku naif, aku layankan je kau tengok bola, bagi support kat boyfie, barulah cool, barulah sehidup semati, barulah pasangan bahagia, walhal aku tak paham pun apa yang tengah berlaku dan apa yang pengulas sukan tu cakap. Serius tak paham sepatah haram pun. Tapi demi cintaku padamu, aku gagahi juga tengok biarpun mataku kuyu je. Kalau angin berhembus kuat sikit confirm tertutup tak bukak-bukak sampai esok pagi.
Ini perkara or pesanan kedua untuk kau;
lepas ni jangan berangan nak keluar dating kalau niat semata-mata nak tengok bola! boring kau tau tak! penat je pakai cecomel last-last TV jugak kau pandang! eh aku emo macam la aku girlfriend kau lagi kan. ihiks, sorry bro,
***
Oh A,
Ingat tak , kau cakap nak bagi aku hilang stress, kau nak bawa aku pergi satu tempat yang mana aku boleh lepaskan stress? boleh jerit-jerit? aku dah membayangkan kawasan bukit yang ada permandangan cantik. Tapi rupanya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Dan ini perkara or pesanan terakhir untuk kau;
Bawak la pergi tempat lain. Apa kau nak orang rumah kau esok jadi macam Adibah Noor hidang kat laki dia lauk bola? Melainkan kau memang nak makan then it's ok.
ok, lepas beban aku. nak tidur. bye. oh ya, beliaulah A yang dimaksudkan. Terpaksa menutup muka beliau kerana aku malu-malu miaw :3
No comments:
Post a Comment
Sila Beri Sepatah Dua Kata