Thursday 31 May 2012

Boboi, kembalilah stalker blog saya

*Harap maklum, beliau bukan boypren mahupun kucing saya kerana saya memang tak ada boypren mahupun haiwan peliharaan kecuali nyamuk, lalat, tikus, semut, burung (yang tersesat dari Zoo Taiping), beruk, ikan keli belakang rumah (tu ayah punya), biawak dan juga ular tedung yang mana menurut kata jiran sebelah kaler hitam, dan menurut kata mak "ayah hang jumpa ary tu kat tepi tu..panjangggggggg"* -..-

Kemain panjang mukadimah keh keh keh. sape boboi? beliau merupakan salah seorang (ramai ke?) penstalker bloogie saya ni. Cuma yang saya perasan, beliau sudah pun menghilangkan diri beliau. aigoo. baru nak seronok ada kawan baru, udah hilang *tiru loghat perak* huhu. apela nasib badan gua..

Inilah rupa boboi.comel kan? -..-''
Mungkin ke sebab sebelum ni saya ada keluarkan entri pasal beliau menyebabkan beliau termalu kucing lalu lari menghilangkan diri susup sasap? saya pun tak pasti, sebab itu lah entri terakhir yang dikomen oleh beliau sebelum..err..perlu ke nak ulang lagi? 

jadi, kepada En.Boboi, feel free to singgah and komen like usual ok. Sape2 yang ternampak boboi ni silalah telefon ke balai polis berdekatan eh tak-tak! err..tak payah buat apa pun..sebab dia follow saya anonymous je. sebab tu saya teruja semacam dua tiga macam ni bahahahah!!!!!!



Thursday 24 May 2012

Sekali lagi saya diujikaji

tengah-tengah malam macam ni boleh pulak kan dapat SMS yang boleh dikategorikan sebagai "tersangat indah". Fuh, orang lain yang bercerita, orang lain pula yang kena hamun. Ades, sabar jela. Pun bagaimana walau, saya masih lagi bersikap defending yakni tidak cuba nak memarahi mana-mana pihak. Diharapkan mereka yang terlibat silalah segera sedar dan janganlah jadi lalang seperti yang telah digelarkan kepada saya sebentar tadi. Walaupun saya tak pasti, adakah dengan mendengar orang bercerita tanpa memberi sebarang respon sudah dikategorikan sebagai lalang? hurm. apa-apa pun muhasabah diri itu penting wani. so, jom tengok RUNNING MAN!!~~~

err..rasanya muhasabah di atas tersangat tak tepat untuk masa sekarang ye. Ada terbaca 1 puisi ini. Sangat kena dengan jiwa saya ini. Silakan baca wahai pembaca *unsur lewah di situ*

SEGENGGAM TABAH


Ya Allah, Ampunkanlah aku kerana menafikan hati ini.
ampunkan aku kerana menyiksa jiwa ini




Ya Allah
Sesungguhnya... Amat berat ujianMu
Namun aku tetap menerimanya dengan hati yang redha
Ya Allah
Masih bersisa duka lalu
Kini hadir luka baru... menghiris dalam ke atmaku
Bukan aku merungut
Cuma ingin ku adu.. Resah dadaku
Ya Allah
Sungguh ku tak mampu membasuh luka itu dengan air mata kurniaanMu
Bukan kerna ku tak mensyukuri kehadirannya
Namun luka ku itu terlalu pedih untuk ku basuh sekarang
Biarlah luka itu kering dahulu
Kemudian akan ku basuhnya dengan jernihnya air mataku
Dalam sujud ku padaMu
Ya Allah
Ku mohon padaMu
Kau kurniakanlah aku segenggam benih tabah
Untuk ku semai menjadi sepohon kekuatan
Yang berbuahkan semangat...
Ya Allah
Sungguh engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku
Aku hanya mampu melakukan yang terbaik
Dalam berjuang merempuh medan dugaan ini
Namun yang terbaik itu
Hanya dariMu
Ya Allah
Aku mohon kepadaMu
Berikanlah aku secebis ketenangan
Untuk ku jadikan bekal di dalam perjuangan
Ya Allah
Aku bersyukur kepadaMu
Kerana dalam jutaan manusia
Engkau memilihku untuk menghadapi dugaanMu
Alhamdulillah


tentang penulis:
Nur Fatin Binti Mohd Saad Merupakan Penuntut UniSZA dan meminati karya sastera berunsurkan puisi. Beliau berkongsi karya di http://najah-najihah.blogspot.com/

"Ya Allah, kepadamu aku bermohon dalam sujudku. Hanya kau yang tahu apa yang bersarang, apa yang dipendam dalam hatiku ini Ya Allah. Ya Allah, terima kasih kerana kau mengurniakan aku sekeping hati yang tersangat tabah dan sabar. Ya Allah, terima kasih kerana sentiasa mendengar rintihan hambaMu ini yang sememangnya masih jauh dari rencana perjalananmu. Ya Allah, kuatkan hatiku ini. Janganlah Engkau pergi dariku. Jangan biarkan aku didorong rasa yang tidak sepatutnya Ya Allah. Sentiasa sabarkan hatiku ini Ya Allah. Tabahkan, kuatkan."

"saya amat memerlukan beliau kala ini. Hati 
ini sakit merindu. Hurm" 


Tuesday 22 May 2012

She Really Inspired Me. Honestly

First of all, Salam 1 Rejab untuk semua pembaca. hehe. Hari ini saya puasa Rejab for the first time. Puasa Ramadan memang tiap-tiap tahun buat. Hehe. Ok, hari ni masa tengah tengok kat list of post (betul ke?) dari blogger-blogger lain, saya terpandang blog beliau ini. Saya memang suka baca blog dia dari zaman saya noob pasal blog sampai la..err..boleh dikatakan agak mahir seciput dalam blogging ni..hehe..

Apa ada dalam entri dia kali ni? Well dari apa yang kita dapat baca, usia blog beliau dah mencecah angka 3 tahun! Happy 3rd anniversary ye! saya punya baru setahun jagung. Itu pun tak pandai-pandai lagi nak buat header sendiri. Yang ada kat atas ni pun, pakai buat je. -.-

Apa yang buat saya teruja bila baca entri kali ni? hehe. Rupa-rupanya dia ada snapshot/snipping tool/any other related method pasal saya postkan one of her entry kat facebook hari tu. hehe. Terkejut juga la tiba-tiba nampak Pororo dalam entri beliau kali ni (DP saya masa tu :p)

Apa-apa pun, saya ucapkan banyak-banyak terima kasih pada beliau sebab sudi menyelitkan saya dalam entri beliau kali ni. As for you miss Zulaikha Harith's,, keep on spreading love and motivate others (especially me!) through your writing. I'm pretty sure there are fans of your blog outside there but then they keep sembunyi-sembunyi just like I did before.BAHAHA! :P







"He's on leave starting today till 24th. Happy Convocation Day."



"Saya tak stalker awak. Saya ambil berat"- (Someone,2012)

Wednesday 16 May 2012

Sapo Ekau Ni Ha?

Heh. tiba-tiba cakap nogori padahal orang tepeng haha. Aku baru perasan si penstalker dalam diam mula munculkan diri, membuat aku tertanya-tanya di wall facebook siang tadi :-

hensem kan muka aku? baik kau angguk! :p

hehe..ini disebabkan seorang hamba Allah yang menggunakan nama samaran BOBOI yang..err..sepertinya seakan-akan alert dengan setiap entri yang aku post..


Dia dah cakap dia selalu tengok blog aku..memey la dia alert =.="

kah kah kah..apa-apa pun kepada BOBOI.. terima kasih sebab jadi pembaca setia wannabe blog saya. Blog saya ni merapu je lebih tapi awak still juga baca kan? so sweet :)


p/s : boboi, bagi la klu sikit. :p

Sunday 6 May 2012

Selamat Hari Jadi

walaupun beliau tak baca..tapi aku tetap juga nak tulis..

Assalamualaikum,

hai awak! sihat? sorry ye last mesej tu bagi awak hot tempered pulak.. hehe.. aisey.. awak..awak da tua la..dah naik umur baru.. dah 22 tahun.. harap2 apa yang awak mintak dimakbulkan hendaknya. semoga kesihatan bertambah baik, kerjaya bertambah sukses, hidup lebih bahagia. maaf la saya tak dapat nak wish kat awak.. malu la.. * tetibe* tapi ini saya tulis ikhlas tau! hehe.. hey! selamat berkonvo walaupun saya tak pasti awak pergi konvo ke tak..tahniah ye..pergi tau konvo..jangan bagi *&*^%$ hold dip awak tu. pakai hensem2 comel2 tau.. hehe.. nanti awak boleh la cerita kat saya pengalaman konvo.. saya teringin and dah tak sabar nak konvo ni :P

tu je la saya nak cakap.. Selamat HAri LAhir yang ke-22 tahun..semoga panjang umur, murah rezeki dan bahagia di samping orang2 yang awak sayang.. :D