Wednesday, 17 September 2014

Liebster Award



Setelah sekian lama kini sampai giliran daku ditag untuk Liebster Award. Benda ni sesuka je, tapi aku suka tengok orang jawab soalan yang diberi. So, time for me to perah otak kasi jawapan. Thanks to Cik Ieya  yang telah pun sudi meluangkan masa mencalonkan namaku untuk kali ni. 




Tanpa membuang masa, jom kita baca berjemaah :D





1. Subjek yang paling tidak diminati di sekolah. Kenapa?

Haha! jawapan yang bakal diberi bakal meluluhkan hati bekas guruku. Tak suka math dan add math sebab bila kira tak pernah dapat jawapan. herh~





2. Johnny Depp atau Matt Damon? Kenapa?

Johnny Depp. Sangat suka lakonannya yang selamba bersahaja lagi pelik. haha. 





3. Angelina Jolie atau Sandra Bullock? Kenapa?

Kalau yang ni, dua dua pun tak minat. Sebab tak pernah pulak teruja nak tengok diorang kat TV. 





4. Kalau diberi satu peluang, benda apa yang ingin diubah terhadap Malaysia?

Setakat ni tak ada apa lagi nak ubah. Hurm. Mungkin akan datang ada benda yang timbul di fikiran. 





5. Korang anak ke berapa. Adakah korang seorang yang degil? Atau super degil?

Anak sulung. Mak kata, "degil dalam diam" ekekek. Tapi most of the time aku lagi banyak ikut dari membangkang. Malas nak bising.




6. Perdana Menteri yang paling berjaya bawak perubahan terhadap Malaysia. Korang rasa?

The one and only Dr. M




7. Kalau diberi peluang kawin dengan anak raja nak tak? Bagi 3 sebab.

Erm, maybe ye kot. Bahaha! Sebabnya

- Suka tengok mendiang Lady Diana
- Suka tengok anak mendiang Lady Diana
- Suka tengok cucu mendiang Lady Diana




8. Movie pilihan. Bergenre horror atau thriller atau romantik?

Kalau paling minat horror, kedua thriller. Romantik? Nay. Tak minat. I is rimas tengok adegan romantik yang kadang-kadang nampak benau dibuat-buat. ahaha!




9. Pendapat jujur korang tentang movie melayu. Berbaloi tak berebut beli tiket untuk ke wayang?

Berbaloi kalau best, tak berbaloi kalau tahap yang mana kita boleh bawak masuk bantal toto dalam cinema. Dan sepanjang hidup, aku tak pernah lagi la obses nak tengok movie melayu sampai berebut nak beli tiket. Beratur diam-diam, tengok senarai movie kat board, decide, then beli tiket. Hehe. 




10. Makan adalah hobi utama korang. Betul atau tak?

Tersangatlah betul! Kalau boleh nak mengunyah 24 jam! sekarang ni pun tengah lapar tapi tak ada apa nak dimakan. Huks. Sabar ye perut, esok pagi kita makan. 




11. Antara 7 orang ahli utama Runningman, Siapa korang paling suka? Sebab?

Semua pun suka! Tapi paling suka Kim Jong Kook and the Two Kids haha! Suka Jong Kook sebab dia kuat, Kang Gary sebab dia nampak macam caring (macam la, tak tahu la kan hehe) HaHa pulak sebab dia kelakar! 





Haha! selesai sudah menjawab kesebelas soalan without second thought! Ok sekarang nak tag 11 orang pulak. Dan mereka-mereka adalah;




Adilah Isharudin 
Qeela Aini
Fana Dhew
Sang Semut
Zulhilmi Tempoyak
Aleen Alimin
Loqman Norazman
Noor Hafirdaus
Siti Fatima Arifin
Cik Haida
Scarlett O' Hara




Soalan untuk anda;


1. Kisah paling menyakitkan hati dalam hidup anda

2. Pengalaman kali pertama masuk kelas tahun 1

3. Siapa yang bagi nama anda

4. Menonton wayang atau tengok kat laptop? Kenapa?

5. Anda obses dengan? Kenapa?

6. Pengalaman ambil lesen (manis, pahit, payau, kelat, masam, dsb)

7. Kenapa suka berblogging?

8. Pendapat anda tentang orang yang suka ambil kesempatan

9. Makanan kegemaran ibu bapa anda

10. Formal atau smart kasual. Mana anda selesa.

11. Warna yang anda tak suka dan jika diminta untuk memakai pakaian dengan warna itu, apa reaksi anda?









4 comments:

  1. thank dtg bw kat travelog atehh....

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih juga ye sudi datang sini.. :D

      Delete
  2. hye..no 5 tu mcm betuii ja..
    khaty 'tag' untuk The Versatile Blogger Award(tak reti nak buat link)

    ReplyDelete
  3. hi, thanks sbb tagged Qeela! hehe sorry sbb lame tak on blog since lappy rosak..ni pon on through handphone je dgn data yg dh semput hehe. insyaAllah nnt Qeela buat okayy. thanks again! ☺

    ReplyDelete

Sila Beri Sepatah Dua Kata