Friday 28 September 2012

Ku Dambakan KADS1M

ada orang cakap, UiTM tak dapat KADS1M..sebab katanya UiTM student dah dapat banyakkkkkk kemudahan berbanding universiti lain *ok, part ni saya bersyukur* tapi kan, err..U lain dapat, saya pun nak jugak..ngeee :D

Tadi pergi kat laman web KADS1M tu, untuk IPTA akan diedarkan dalam bulan September, tapi dalam list tu UiTM dengan UPSI je belum dapat lagi..huhu..harap-harap dapatlah.. *hoping!*

Ok la.entri paling kontot. ke ada yang lagi kontot dari ni? gasak la! haha!





Monday 17 September 2012

Yang Disyaki Akhirnya Menyerah Diri




Hehe..assalamualaikum semua! First-first sekali nak wish Selamat Hari Malaysia untuk semua warganegara Malaysia tak kira di mana ceruk anda berada..bersyukur sebab kita hidup dalam keadaan aman tanpa perlu mencongak masa bila bom nak meletup depan laman rumah hewhew.

Boboiboy? saya bukan nak promote kartun ni. Siapa yang selalu follow blog saya mesti akan pernah terbaca entri pasal beliau. Tak pernah baca? mohon klik SINI hehe. Yup, saya dah lama syak siapa yang sebenarnya si Boboiboy ni. Oh lupe, dulu dia guna nickname Boboi, lepas tu dia tukar pulak jadi Boboiboy. Pengaruh dari anak buah beliau gamaknye tihihi :p

Ok cerita dah tenggelam punca, hindustan punya pasal *salahkan hindustan pulak haha :p* macam ni..semalam saya keluar dengan beliau beramai-ramai. Biasa la dah lama tak jumpa ada jela benda nak diborak and dikorek. So, beliau tanya kisah hidup saya yang terlatest. Saya malas nak cerita sebab takde yang menarik nak diceritakan pun. huhu. tapi tak semena-mena beliau bertanya pasal hal cinta air mata leleh saya, siap cakap


"awak ape cerita dgn pakwe awak? saya tengok asyik sedih je"


saya pun jadi terkejut. Tengok dari mana? fb saya beliau block. Tapi saya 100% sure dari mana beliau tahu. Sebab kat sini banyak bersemadi cerita ceritot saya selama ni hehe. So, beliau pun cakap


"sebenarnya, sayalah boboiboy"


haha. saya dah lama agak. Even kat bestie a.k.a kembar awak si debab tu pun saya ada cakap benda yang sama. Tapi dia cakap tu perasaan saya je. Plish la. anda-anda takkan mudah memperbodohkan saya ok. Saya boleh tahu kalau orang tipu saya. hehe :D

Lepas tu baru saya tahu, selama ni beliau memang baca la blog saya ni. Tiap kali saya update je, beliau akan baca entri saya wuhuhu..Patut la tahu semua benda. and secara automatiknya muka saya mula berasa macam baru lepas keluar dari sauna. Dah la malu kena bahal dengan housemate tak habis, beliau pulak buat pengakuan mengejut *boleh dikatakan mengejut jugak la*. Pergh, sumpah panas! -..-

Apa-apa pun, thanks sebab keluar semalam. hehe. and, thanks sebab bagi souvenir tu. jenuh jugak nak membuka semalam haha.


Inilah souvenir yang diberi beliau secara tak sengaja hewhew. Kuantan mari~


Kepada Boboiboy, thanks for your advice, and also thanks sebab bagi motivate kat saya ni. Saya doakan awak sukses dengan kerjaya awak. Hey, cepat-cepat jadi engineer and settle down sebelum Zul grad. Nanti kitorang datang wedding awak ok ! :'D






"Saya? Do pray for me ok ! :D"


Friday 14 September 2012

Mukadimah untuk Semester 4

1. Sem ni agak semangat nak pergi kelas sebab ada muka-muka baru.. *gatai*

2.Sem ni agak semangat nak pergi kelas sebab muka-muka baru tu boleh dikatakan ambil kelas yang sama dengan saya termasuklah kelas Mandarin and kelas elektif. yihaaa!!! *double gatai*

3.Sem ni tak letih sebab dapat rumah paling bawah, siap ada pokok bunga lagi kat tepi tingkap and balkoni *terima kasih UiTM and pakcik makcik cleaner :D*

4.Sem ni dah mula menjinakkan diri dengan kain batik secara total, walaupun cara pemakaian tak ubah macam bangla kat site haha!

5.Belum pernah lagi tersilap masuk kelas walaupun timetable tak print out and tampal kat dinding lagi hehe

6.Kalau boleh, sem ni nak banyak ketawa dari menangis. Tengah praktis, harap-harap kekal :')

7.Sem ni beli pencil case yang besar semata-mata nak sumbatkan C3 purple saya *why? takde bag nak ke kelas -.- *

8.Sem ni dapat katil bawah. Kepada yang mendiami katil saya sem lepas, saya doakan anda selamat mendaki katil tu. Kalau rajin, panggil la maintanance pasang balik tangganya haha :p

9.Sem ni dah pandai guna pencuci muka woooo~~~

10.Sem ni kawan sebilik dah jadi tunangan orang. alhamdulillah. tumpang gembira :D

11.hurm..tu jela kot.. :')



"Perempuan yang selalu berkata "Saya tak apa-apa , saya okay" itulah perempuan yang kuat walaupun dia sedang mengesat air matanya :')" (PenMerah [dot] com, 14 Sept 2012)