Monday 31 December 2012

Bye-Bye 2012..and hello 2013

assalamualaikum, sewaktu entri ini sedang ditulis, saya masih lagi berada di Taiping dan dalam keadaan kurang memberangsangkan akibat demam bercampur batuk ditambah pula selsema..hehe..

Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi satu lagi tahun dengan penuh onak dan ranjaunye..macam-macam dah ditempuh..macam-macam rasa dah ditelan..macam-macam cerita dah terungkai dan terumpil..semua tu nak mengajar saya untuk jadi lebih dewasa..daripada seorang yang agak pasif, saya mengambil langkah agak berani mengkeraskan hati, memekakkan telinga, mencekalkan jiwa untuk tempuh hari-hari mendatang selepas beberapa siri yang menyakitkan hati. and for those yang dah berjaya dalam "perjuangan" anda, saya ucapkan tahniah. ye, setiap usaha kita, baik mahupun buruk, akan dibayar oleh Allah SWT setimpal dengan apa yang dah dilakukan. *emo sekejap di situ*

jujur cakap, tahun 2012 merupakan tahun menangis saya yang paling hectic. ye, itu pengakuan paling jujur saya buat. saya tak pernah melewati 1 tahun dengan menangis, menyendiri, kemurungan dan sebagainya. hewhew. bahagia mungkin ada, bohong la kalau tak de kan..tapi sedih lagi banyak menyelubungi diri.

alhamdulillah, 2012 juga menemukan saya dengan kawan-kawan baru..err..takde la baru mana pun..cuma kali ni mata saya lebih terbuka nak bezakan mana satu kawan and mana satu lawan. tak semestinya yang kita anggap kawan tu kawan kita. kadang-kadang yang kita tak sangka tu jadi kawan kita. syukur kepada Allah SWT kerana saya berjaya ada kawan haha ! *saya seorang lone ranger tegar semenjak sem 1*


Sejujurnya aku bersyukur mengenali kalian. and aku bangga dengan lambang KTMB di belakang keh keh keh :P

apa lagi ye? hurm..hopefully 2013 bagi saya banyak kenangan manis dalam hidup. no more tears. be happy with my life. kepada sape-sape yang buat saya menangis, saya tak mampu nak halang awak, tapi saya harap awak janganla buat orang lain menangis. please appreciate people around you, then people will appreciate you back. 




akhir kata....




Friday 21 December 2012

Sehari Sebagai Konsultant

Hewhew..hari selasa hari tu kitorang diberi task untuk buat training, ala-ala consultant. ini untuk memenuhi keperluan kursus yang saya ambil yakni Information System Communication and Consultation (IMS556). tapi payah sangat nak sebut nama, kitorang just ckp "kelas Miss Lin" sebab lecturer kitorang namanya Miss Lin hehe..

Kitorang group yang pertama. Nervous kot tapi so far ok la..classmate pun bagi kerjasama kan. yela sebab diorang pun kena buat jugak lepas tu hehe. ok la tengok jela gambar-gambar ni. sori tak banyak pun. ini pun ambil dari member. hehe







With our lecturer



We are from Efikas Cooperation


     
With some of the classmates










"another one assignment and two more tests which need to be ganyang-ganyang bahaha!!"

Wednesday 19 December 2012

Cepat la ahad !

tadi dah lepas satu kerja ; video mandarin. so far sangat puas hati sebab saya rasa happy and happening buat video. kenapa, sem lepas tak happy ke? adalah, biar jadi kenangan. dah tak ingat pun lepas habis kuliah sem lepas. move forward lurus-lurus jangan toleh belakang ok.

esok ada presentation and hantar report. ahad pulak ada test and submit assignment. boleh dikatakan dua-dua assignment yang hujung ni agak tough and menguji jiwa raga juga la kan hoho. apa-apa pun semangat jela wani.

huhu. harap sangat la dapat kolej sem depan. risau gila. ada kawan yang ajak duduk sama. Alhamdulillah sangat-sangat. so part tu dah boleh rileks sikit. part samada dapat kolej ke tak tu yang bersarang dalam kepala ni.huhu

cepat la ahad dah tak sabar and tak sanggup dah ni hoho.



Friday 14 December 2012

Disakat

Tadi roomate cerita, semalam pukul 4.00 pagi, pintu rumah diketuk. Dua orang housemate bangun, tapi sorang tak bagi buka. katanya dah 4 pagi, better check kat bilik masing-masing, make sure semua orang cukup. So, member ni check satu-satu bilik and for sure semua pun tengah lena diulit mimpi. Member intai bawah pintu, tapi takde bayang empunya diri yang ketuk pintu. so, masing-masing tidur sampai la pagi ni..

***

ini cerita dari saya..

pada jam 3.30 pagi, saya mula shut down laptop, siap-siap nak tidur. sambil tu sempat la belek-belek muka kat cermin *yang ni pun nak cerita ke?* ok tak lawak. lepas tu, macam biasa la, memang dah menjadi rutin harian saya tutup tingkap bilik sebab saya paling lewat tidur. masa tengah tarik tingkap *tingkap jenis terkuak tu* saya terbau sesuatu yang busuk. busuk yang pelik, saya tak pernah bau busuk macam tu seumur hidup saya. Dalam hati saya berdetik

"pergh, pehal bau busuk gile ni.."

....sambil mata meliar tengok luar, kot2 la ada hamba Allah yang gamaknya terlalu kaya nak dikompaun sebab buang sampah suka-suka hati. Peliknya takde sebutir sampah pun kat laman Srikandi ni. Ok, Ada la tu bau dari mana-mana. Bukan rumah aku je kat sini, belambak lagi rumah kan. So, tanpa memikirkan yang tidak-tidak, saya pun off lampu, naik katil, baca Ayatul kursi, 3 Qul *ini memang saya praktik setiap malam sebelum tidur sebab saya super duper penakut ok* pasang headphone kat handset. and, saya layan lagu sampai jam 4.30 pagi.

***

Kiranya, masa housemate masuk bilik saya, saya masih belum tidur memandangkan katanya saya masih memakai headphone. And bila diingat-ingat balik, saya tidur pukul 4.30 pagi menyebabkan plan saya dengan roomate nak ke Giant pagi tadi hancur lebur berantakan wakakakaka...!!!

walaubagaimanapun, saya dan housemate bakal berjaga malam ini sebab nak study and also nak siapkan kerja-kerja yang menimbun. Tentang benda alah tu, emm..maybe sebab semalam malam jumaat kot, dia tengah outing.. -..-

Sunday 9 December 2012

Add caption