Saturday 26 October 2013

Jangan Tak Suka Sangat la...


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
(Surah. Al Baqarah:216)




1. saya tak suka diri sendiri sebab tak cantik, gemuk, tak pandai, tak menarik tertarik daboom!

- alhamdulillah saya dah mula sedar manusia itu ada kelebihan dan kekurangan. lantas, 

gemuk 
saya tukarkan dengan berusaha diet sepanjang tempoh dua bulan ini. alhamdulillah, usaha tangga kejayaan. perubahan ada. 


tak pandai
ok, part ni saya mengaku. saya memang bukan calon favourite all time pun. belajar takat mana mampu jela. tak mampu nak bersaing dengan kawan-kawan yang dean list tiap-tiap sem and bakal bergelar ANC serta berselempang pink masa konvo nanti. tapi saya tahu, saya juga mampu untuk berusaha usai dengan tahap yang saya ada. insyaallah. Allah SWT Maha Adil, rezeki setiap hambanya tetap ada. 


tak cantik ? tak menarik ? tak daboom ?
haha. application ada edit jela. =.=
tak la, yang ini kita boleh buat. tapi bukan cara tak betul ye. jangan salah faham nanti kena bash pulak aku. yang ini related dengan yang atas tadi la. pendek kata, kena usaha. lambat takpe asal tak gelojoh *ape aku merepek*





2. saya tak suka assignment

- believe it or not, once saya mula buat, saya akan fokus dan tenggelam dalam keasyikannya. haha. bila dah siap, rasa lega tak dapat digambarkan. rasa macam tengah berlari-lari dalam bunga macam dalam iklan sabun basuh baju muahaha. saya berfikir positif dengan menanam ini ke dalam diri;


"buat awal, siap awal, boleh relaks"





3. Saya tak suka perkauman/perpuakan

-tapi ada satu benda yang saya suka tentang perkauman/perpuakan, iaitu semangat bersatu padu, jaga satu sama lain tak gaduh-gaduh, kejor yob kejor, gomo klate gomo, hogoh pahang hogoh, ngap sayot, pulun kedah pulun, peteh terengganu peteh, luaskan kuasamu johor, hobin jang hobin. hiperbola sebentar =.= 
*tahniah Kelantan and good performance ATM*





4. kata-kata negatif/sindiran

- ini biasanya terjadi apabila kita sedang dalam proses mengusahakan sesuatu dan akan ada bunyi-bunyian seperti ini;


"dah slim ke? hari tu beria sangat cakap nak diet"


"diet la sangat, pergi masuk gim la!"


"tak payah la, konfem tak jadi punye"


"susah wei, tak payah la. buat benda lain lagi bagus"



haha. memang tak suka betul. tapi dah makin dewasa ni, makin banyak ion-ion dan cas-cas positif masuk dalam diri. so, the best way is, kita tukarkan ayat-ayat tak best ini menjadi kata-kata motivasi. yeah! come on! sampai bila kita nak down dengan mereka! ayuh buktikan! lagi banyak kata positif lagi berlipat ganda usaha kita! jangan menyerah kalah! nanti kita jadi lemah! bangun semua bangun! mari kita laungkan ini beramai-ramai! 

errr..maaf terover sebentar...




perkara pokok, jangan terlampau membenci, tapi kita cuba ubah perkara yang dibenci itu jadi positif. mana tahu akan datang yang dibenci itu sebenarnya bawa manfaat kepada kita. who knows rite? so stay positive and be a good and a humble servant of Him. Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dariNya. aamiin. 















Friday 18 October 2013

Gelaran Yang Pernah Dapat

tiba-tiba rajin nak update. oh ya btw, blog ni baru je lepas diselenggarakan tadi..tak cantik macam blog korang, tapi saya bangga sebab air tangan sendiri mihmihmih..saja pilih konsep girlish-girlish omputeh kali ni sebab nak try kot-kot la kena dengan jiwa saya yang lembut ni..err...yeke wani..ce check betul-betul balik..takpun sebab dah tengah malam so kau merepek bukan-bukan..okbye =.=

below are the list of nicknames..certain of it is just a jokes..orang melayu cakap ejek la..haiyaaa..takpe wani..kita doa yang baik-baik untuk mereka-mereka ok? muehehe..tanpa membuang masa, presenting to you before memory saya lost muahaha.. *apsal kau ceria sangat?*



ehem ehem... *bukak scroll*



SENARAI GELARAN YANG MEMBAWA PELBAGAI MAKSUD TERSURAT MAHUPUN TERSIRAT.


1. Tembam

haha. ini rasanya entah berapa ratus orang la kan panggil saya macam ni..heh..saya memang tembam dan adorable semenjak dilahirkan. readers, do prepare your own bucket. I am not responsible for any spilling. huks~


2. Kakak Pengawas Comel

muahaha..remind you! sila sediakan baldi berjemaah ye! ini bukan rekaaan! memang ada yang panggil saya sebegitu. and part paling best gila sekali, dia panggil dalam library sekolah dengan nada suara paling tinggi memandangkan pada masa itu, saya berada di bahagian hadapan dan beliau berada dalam kelompok pelajar yang sedang mengisi masa rehat dalam library . *_*


3. Currypuff Girl

ok, masa form 5, kan nak buat page belakang tu..ala, page yang senior-senior tu la..tau kan..so..ada satu picture ni saya ambil bertiga dengan dua orang member yang lain. and member yang buat editing tu tak semena-mena letakkan caption "the Currypuff Girl" kat bawah picture. haha. and bila ditelek-telek, ketiga-tiga kami memiliki pipi yang sangat ketara "kempis" muahahaha...


4. Pau 

ini pun lebih kurang macam cerita atas. bezanya ini diberi oleh seorang rakan facebook. dan berjangkit pulak dengan wife nya hahaha.. cik pau pun cik pau la.. ngeeeee


5. Hikhik

ok. yang ini paling dibenci dan rasa macam sangat bangang abadi. ini ejekan sebenarnya. Tapi malas nak fikir dah, cerita basi dah pun, biarlah kat diorang, kita fikir positif, maybe diorang pun ada nama gelaran yang diorang tak tahu kan? hahahah!!! let them be! kita hidup nak happy-happy je..!


6. Mama Rep

haha. ini dapat masa sem 3. sebab jadi assistant class rap, so dibaginya saya nama ni. kakaka!! tak memasal aku ada anak sebaya and tua-tua dari aku. kehkehkeh. and baru-baru ni, nama ni muncul kembali selepas saya tolong ambil kunci BK (bilik kuliah). ingatkan diorang dah lupa :P


7. Mami

Masa lower 6, cikgu ekonomi saya seorang lelaki berbangsa India. orang kedah bak hang. cakap dengan dia jangan harap saya nak pelat-pelat KL ni. so, apa ceritanya?

masa tu dia tanya saya tak salah, asal mana. macam tu la lebih kurang, manalah aku nak ingat cerita 5 tahun lepas. so saya pun cerita la ayah orang mana, mak orang mana. saya bagitahu mak asal Penang. And then beliau tanya ;



"hang pandai 'speaking' dak?"



hoh? terlongo kejap. tapi dah dapat 'tangkap' sir ni maksudkan apa. so terus jawab dengan penuh confident;



"tak!"



maksud sir, maybe disebabkan rupa saya yang tak berapa nak melayu, ditambah pula saya mention mak asal Penang, so automatik dalam kepala beliau terus set 


"mami penang!"


 kot.. haha..so, melekat la gelaran mami tu sampai sekarang. ye, sampai sekarang. sebab hari tu saya tegur beliau di facebook, dan beliau panggil saya mami..haha..



ayah saya mamak, mak saya melayu ye readers ;)




rasanya ini jela gelaran-gelaran yang pernah saya dapat. except for number 5, yang lain-lain tu tak mengundang rasa di hati pun. kiranya saya redha la haha. it's just for fun je. except for number 5 *ulang* yang tu ejekan semata-mata. moral kat sini, please jangan menghina orang la ok. kita pun tak sempurna nak menghina kerana kita hanyalah ciptaan Allah SWT yang kurang sana sini. 



till then, tunggulah bila ada idea lagi *ada ke orang baca?*



Wednesday 9 October 2013

Jangan Nilai Buku Dari Kulit

o yeahh..tak kira la buku tu berkulit nipis sekalipun, please jangan pandai-pandai nilai sebelum menyelak ke dalam..pagipagi morning ni..saya dapat satu kata-kata yang sangat bernas..dan saya rasa kagum..kagum kerana dia muda dari saya tapi dia lagi matang dan berani dari dari..wohoho..saya mengaku saya sangat penakut dan cepat gemuruh..kadang-kadang secara tak semena-mena saya agar menggeletar tak kena tempat menyebabkan saya terpaksa tidur untuk bertendang eh bertenang..

apa kata-kata bernas itu? ahaa..ini dia hokay~


"awak anggap macam ni la, kecantikan dan keburukan kita mungkin kita sendiri tak nampak, tapi orang lain nampak, and orang tu boleh bantu"


rasa macam..eh, apasal budak ni bagus sangat? kenapa dia boleh fikir camtu ek? muahaha apa benda la ko ni wani woi..tapi..bila difikir-fikirkan balik..memang betul la apa dia cakap kan..hehe..

ok..tak ada idea..nak share ayat tu je..layan hindustan ni tak boleh fokus..dicampur susah hati pasal esok..huuu..bye..