Tuesday, 9 September 2014

#cabaran30hari - Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan



Zaman sekarang ni, tak salah kalau aku nak kata yang pendidikan itu tersangat penting. Rasa dah jarang sangat dengar orang habis setakat SPM lepastu tak further study tak kiralah kat IPTA or IPTS. Mungkin ada segelintir, tapi majoriti dah mula buat macam aku cakap tadi. So dah jadi lali bila ibu bapa yang ada anak lepasan SPM, STPM, diploma mahupun degree akan ditebak dengan soalan "dah dapat sambung mana-mana ke" atau "tak nak sambung lagi ke". Ok, part "tak nak sambung lagi ke" tu ok lagi, tapi part "dah dapat sambung mana-mana ke" tu adalah soalan paling ngeri bagi budak-budak baru habis sekolah. HAHA. ok aku dah merepek. 





Pendidikan sangat penting kerana;





1. SUPAYA KITA BOLEH DAPAT KERJA YANG LEBIH BAIK DAN TERJAMIN

Ini kenyataan. Bila kita ada kelulusan, kita boleh apply jawatan yang bagus-bagus yang sudah pasti berpakejkan gaji yang bagus dan jaminan masa depan yang bagus. Bukan nak merendahkan golongan yang tidak mempunyai kelulusan, tapi ini depends dengan range kelulusan masing-masing. Actually semua kerja pun boleh menjanjikan pulangan dan masa depan yang terjamin, tapi kena rajin. Itu jela. 





2. TAHAP PENGETAHUAN LEBIH LUAS

Cuba bandingkan budak umur 4 tahun dengan umur 8 tahun bercakap. Ada beza kan? Ok agak senang. Macam ni, zaman sekarang adalah zaman di mana ibu bapa berlumba-lumba mendidik anak mereka sedari awal. Jadi, kita boleh nampak perbezaan percakapan antara budak umur 4 tahun yang dibesarkan dengan buku-buku bergambar serta asuhan ibu bapa yang sentiasa berkomunikasi dengan anak, berbanding dengan rakan sebaya yang kerjanya main main dan main lepastu mintak susu kat mak (itu aku) ehehehekkk. Oh, sebelum ni aku ada mention aku suka baca buku kat dalam entri Buku Kegemaran kan? baca baca jugak, enjoy kena la. nanti tumbesaran tak sihat. hakhak. :p





3. KALAU PANDAI BAHASA INGGERIS BOLEH CAKAP-CAKAP OMPUTIH 

ekekek...kalau tak banyak at least sikit. kan? lepas tu boleh fefeeling mat salleh sekejap. Tak la sampai ke situ, cumanya kalau boleh kuasai kita akan confident untuk bercakap biarpun sepatah-sepatah dan tak laju macam kau mengumpat dengan Naabella pasal mulut Sarabanon bau keropok lekor. Tapi macam pepatah selalu cakap, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Haaa..macam kes ni juga la, tapi aku tukar, sikit-sikit lama-lama boleh jadi mat salleh! ihiks.






Kesimpulannya, pendidikan sangat penting. Marilah kita sama-sama menghargai pengetahuan yang dicurahkan oleh ibu bapa, guru-guru, pensyarah dan juga orang sekeliling kita selama ni. 

No comments:

Post a Comment

Sila Beri Sepatah Dua Kata