Monday 22 April 2013

Berfikir Secara Berlebihan


Ok it hurts me sikit-sikit

inilah masalah saya ye tuan-tuan dan puan-puan..terlalu berfikir..and mostly akan berfikir sehingga ke tahap buruk-buruk..astaghfirullah..saya pun tak tahu macam mana la nak overcome habit ni..maybe sebab apa yang saya fikirkan tu last-last jadi kenyataan, menyebabkan saya akhirnya berterusan begini. hurm

ada sorang Hamba Allah ni.suka update di dinding bila dia ada sikit tak puas hati. and yang buat saya over thinking, bila kami bermasalah. hewhew. dia mesti update status yang mana selalunya saya boleh faham mesejnya. well, i do know her. mungkin dia tak nak cakap depan, so dia pakai sindir di mukabuku? i mean, come on. kalau tak suka cakap je. 

hah! kan? macam tu la saya. Saya seorang yang akan berfikir secara dalam dan gila *deeply and madly* huhu. mungkin apa yang saya fikir tu betul, and mungkin tidak. hoho. oh organ-organ yang berkaitan, tolonglah berhenti mengecas aura-aura negatif. T.T

ada sorang mamat ni. hensem. suka tengok dia. soft spoken. and mangsa buli saya *wadehel* well, disebabkan kehenseman beliau di paras tak hengat punye *tipu je, takdela hensem mana pun, cuma ada pakej la nak buat jadi model bidan terjun* saya sentiasa tanam dalam otak dan hati yang beliau takkan pandang seorang gadis gedebab gedebot macam saya! yeah! sebabnya, elok je lepas jumpa, beliau hilang macam sepasang stokin yang terpisah dalam washing machine. *haha, aku berangan disini, mohon sediakan baldi* wuuu..tapi ada juga la beliau mesej walaupun tak kerap..hukhuk..entahlah, mungkin betul la beliau busy kerja..


petang tadi mesej beliau. saya saja cakap 


"sedapnye mak goreng meeeeeeeeeeeeee"


dan beliau balas


"takpe, makan lah dulu. tapi jangan banyak sangat nanti besar pulak"


.





..





...





....





.....





*teruskan baca. saya sentap*





tengok. perbualan tu menguatkan lagi teori saya. Beliau suka yang kuruih-kuruih ja..huks..pun begitu, saya masih tak paham kenapa beliau still beria-ia cari saya and so on. masa saya kat KL Sentral nak tunggu tren pulang ke Taiping, beliau call and cakap nak datang. Tapi saya paham, kawan tu kat Bangi kot. Mana mungkin nak sampai kat KL Sentral dalam masa singkat. Terlepas peluang nak dating dengan Aaron Aziz Jadian *terserlah gatalku*


Tapi beliau nak jumpa bila saya dah pulang ke bekas sarang*Kuala Lumpur*  nanti. hiks..*berangan-angan*


Saya sangat tak suka habit saya ni. Tapi macam yang saya cakap tadi, selalunya apa yang saya fikir akan jadi kenyataan dengan jayanya uolls. huwaaa..saya tak tahu nak cakap sama ada ini kelebihan atau kekurangan..saya semacam dapat detect kalau orang tipu saya, tak suka saya or whatsoever la..so, anda-anda..sila jangan menipu. sebab menipu tu bulldozer*berdosa* besar punye~


Hasil daripada terlampau rajin berfikir benda-benda yang tidak-tidak, atau dalam bahasa kasar lagi tak berperikemanusiaannya, takde pekdah! hah! hambek kau..beginilah jadinya saya






inilah saya. thanks



Saya kadang-kadang je boleh nak jadi gila-gila. Selebihnya saya ni murung banyak. Ye, saya seorang yang kemurungan. Tapi saya sentiasa cuba nak buat orang gelak. Sebab nanti saya boleh la tumpang sekaki gelak sama kah kah kah! *fine, tiada unsur lawak di situ*

Esok nak kena pergi library. hey, kenapa cuti hanya pada nama? kenapa beri kerja di waktu cuti? sesungguhnya ini sangat tak bagus ok! urgh! Ok. saya dah tension. keep calm wani, nanti worry lines berlumba-lumba timbul =.=