Friday, 23 January 2015

Kisah Bilik Tidur



Assalamualaikum,



Dulu, masa mula-mula pindah sini, aku awal-awal dah cop bilik kecik paling belakang untuk jadikan bilik tidur aku. Siap berangan esok nak susun katil kat mana, nak ada rak buku, meja sendiri. Tup-tup, dapat tawaran ke UiTM. So, memang tak wujud bilik tidur idaman sebab aku jarang ada kat rumah, and bilik yang aku booking haritu dah selamat jadi stor/gudang mak aku sumbat segala bantal, tilam, toto, buku-buku, peti ais dan sebagainya. Bila aku balik, aku tidur depan tv dengan 2 lagi adik aku. Kiranya aku merasa bilik sendiri dengan katil sendiri masa kat kolej jela. Hiks


Pagi tadi, aku dengar bunyi bising-bising. Alah, mak aku punya kerja la tu. Mak aku ni ala-ala Deco Bersama Eric sikit, beliau superb rajin dan aku tak pernah terkejut bila barang dalam rumah berubah tempat atau hilang dari kedudukan! ahaha! aku tak pastilah aku turun ke tak tabiat mak aku ni. Kalau turun maka beruntung lelaki yang kahwin dengan aku nanti. Haha. Ish panjang melalut ni. Berbalik kepada cerita tadi, aku tak syak apa-apa yang pelik pun. So aku pun bangun tidur, lepas tu mak cakap macam ni ;



"letak tilam atas katil belakang"



What? katil? belakang? aku tanya dalam hati je, so aku pun angkut la tilam yang jadi alas tidur aku ke bilik belakang. Masuk-masuk, aku terkedu kejap bila tengok ini ;












Mak siapkan tempat tidur untuk aku? Mimpi apakah ini? zzzzz. Ok ceritanya macam ni, dalam beberapa minggu lepas, aku suarakan balik hasrat hati nak ada bilik sendiri. Senang untuk aku memerap jadi gergasi salin pakaian, solat, baring-baring dan sebagainya. Sebab aku sedar, aku seorang perempuan dan privasi tahap dewa itu perlu. Ngeh ngeh ngeh..cumanya aku sentiasa sedar bilik yang tinggal dah selamat jadi stor/gudang. Maka aku tak terlalu berharap biarpun mak ada mention nak beli katil. Actually katil dah ada, tapi mak jadikan tempat letak bantal toto tilam selimut segala. Tilam yang aku guna tu actually tilam adik aku, minggu lepas dia beli tilam baru so tilam lama dia jadi milik aku. Takde la lama mana pun, baru berapa bulan tah. Cadar tu pulak cadar zaman UiTM. Sape yang sebilik dengan aku akan familiar dengan cadar tu. Sebab aku tak tukar cadar semenjak sem 3. Barang tak terjejas lagi buat apa nak membazir. Keadaan katil tu awal-awal tadi elok lagi, tapi lepas aku dah ganyang ganyang itu yang nampak macam lesu tak bermaya mihmihmih...So janganlah pandang tempat tidur aku macam pandang reban ayam :p



Tapi kalau korang perasan betul-betul, hujung katil tu ada barang-barang. Aku tak kisah pun, sementelah bilik ni memang asalnya penuh barang, so aku redha je tidur dengan timbunan barang-barang tu. Mak siapkan katil and letak tikar pun dah cukup bagus. Bersyukur gila aku dapat mak yang understanding dan berotak kreatif ni. Hehek. Jadi aku tidur kat bilik ni, tanda penghargaan susah payah mak aku kemas barang serta mengheret keluar peti ais dari bilik ni semata-mata untuk aku. Ingat tak berat ke peti ais tu, dah la mak aku kurus. Huhu. Kalaulah peti ais tu elok, heaven gila kan duduk dalam bilik dengan peti ais yang berisi cekedis. Erk istighfar banyak-banyak.



Kesimpulannya, aku dah pun memiliki ruangan sendiri. Syukur alhamdulillah biarpun tak cantik tak ada ciri-ciri bilik idaman tapi aku punya ruang sendiri. Itu yang penting buat aku. Dah tua-tua ni nak sakan sangat pun macam tak siokk. 




Dikarang Sepenuh Jiwa Raga,




No comments:

Post a Comment

Sila Beri Sepatah Dua Kata