Tuesday, 3 June 2014

Kenapa Tingkatan Enam?

"masuk mana?"



"form six"



"hah, kenapa masuk form 6? susah la! tunggu la poli ke, @$%^&* ke"



"form six? masuk form six buat apa? apsal tak tunggu je UiTM?"




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.










ini adalah jawapan-jawapan yang diterima masa masuk ke Tingkatan Enam dulu. serius, saya sangat stress bercampur sedih. Mana taknya, serangan mulut datang bertubi-tubi. Macam dah buat salah besar je masa tu. Luckily family ada untuk support. dan juga rakan-rakan seperjuangan yang rasanya sama-sama terkena tempias soalan macam saya.




Kenapa Tingkatan Enam? Mungkin sebab faktor ini;




1. Mulut Masin

haha! mulut sapa? mulut saya la! masa saya di tingkatan lima, saya pernah cakap pada classmate saya;

"kalau tak dapat ke mana-mana, masuk form six jela."





2. Tak Dapat Tawaran

ok, point ini mungkin agak negatif tapi ini benar. Ya, saya tidak berpeluang untuk menyambung pengajian di mana-mana IPTA berdasarkan keputusan SPM yang agak tinggi dari curut. haha! saya tak plan nak masuk IPTS, so Tingkatan Enam was the best choice during that time. And it is proven as the best choice till today ;)




3. Risau Tengok Kawan-Kawan Dah Nak Sambung Study

ok bunyi macam gopoh bin cliche. Hari Jumaat saya ke sekolah rendah berjumpa guru-guru bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas. Kiranya buat mini reunion la ni. Bila kat sana, cikgu Maths tanya sorang-sorang lepas ni nak kemana, bila tiba giliran saya, saya jawab;



"tak tahu lagi cikgu, mungkin saya masuk tingkatan enam"



cikgu balas




"ok juga tingkatan enam, bagus kalau kamu masuk tingkatan enam"




sumpah semangat terus berombak-ombak nak masuk tingkatan enam!





Masuk ke Tingkatan Enam diibaratkan seperti sebelah kaki dah masuk Universiti. Alhamdulillah, kedua-dua belah kaki saya dah pun menjejak masuk ke Universiti Teknologi Mara selama 3 tahun, dan saya bakal berkonvo hujung tahun ini. kepada adik-adik, Tingkatan Enam bukan jalan terakhir. well, memang sejujurnya kebanyakan macam tu la kan. tapi jangan sedih. Sekarang pun banyak pembaharuan dilakukan bagi menaiktaraf Tingkatan Enam. Saya pasti, lebih banyak keseronokan dan pengalaman best bagi pelajar Tingkatan Enam selepas ini.  Percayalah, anda kelihatan sangat awesome memakai uniform sekolah kala usia semakin tua! ops. Tapi serius comel. *sesi angkat bakul*












We are Young. Indeed. heheh








banyak entri pasal Tingkatan Enam, korang boleh rujuk kat blog. kalau nak senang google je. tapi yang boleh saya cakap, sistem pembelajaran di Tingkatan Enam sama sebijik macam di Universiti *sorry i'm keep mentioning university because I am one of the University's product* plus plus plus, sijil STPM tersangatlah laku di luar sana. So, jangan sedih masuk Tingkatan Enam. Have fun. Cikgu-cikgu Tingkatan Enam pun baik-baik dan sangat friendly ok, sebab kita pun paling tua kan. Takkan cikgu nak layan macam budak-budak mihihi. 



Saya disini ingin menyatakan, saya sangat bangga menjadi pelajar Tingkatan Enam. bila dah tua-tua ni, bagitahu yang saya ambil STPM instead of diploma, orang akan terkejut monkey sebab pada pendapat orang, Tingkatan Enam itu susah, buang masa, tak best, pilihan terakhir dan bermacam-macam tanggapan negatif lagi. There are totally a big NO ok! Tingkatan Enam itu awesome. Kita filter kata-kata orang dari negatif jadi positif. Jangan sedih tengok kawan-kawan masuk mana-mana IPTA atau IPTS. because at the end, kita akan berjumpa juga mereka-mereka di Universiti. ;)



gambar kredit kepada BELIAU. Gua tak pro. peace. 








4 comments:

  1. takpelah dik...ok apa masuk form six..yang penting ada keinginan nak majukan diri.pedulikan cakap orang :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe kan..alhamdulillah pilihan yang tepat..sikit pun tak menyesal.. ;)

      Delete
  2. miza pun baru habis tingkatan enam,sekarang tengah tunggu upu
    betul2!seronok gila masa form 6..hehee!!
    tak nyesal pun..hiiii

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan kan...akak suka form 6..best sangat2!

      Delete

Sila Beri Sepatah Dua Kata