Thursday 30 August 2012

Tak Jemu Ulang Benda Sama

haha. ini kali ketiga saya dengan bangganya nak cakap, SAYA TAK NAK BALIK PUNCAK. kali ke-3? yup. kali ke-3. kenapa kali ke-3? sebab ini kali ke-3 saya kena membungkus harta benda balik ke Puncak Perdana ye kawan-kawan. Kalau ada volunteers nak tolong kemaskan, for sure saya akan menangis teresak-esak macam baru lepas tengok cerita hindustan -.-'








sabtu minggu depan, saya akan pulang ke sarang nombor 2 saya. luckily this coming semester kitorang berlapan dapat rumah paling bawah. And for the first time saya merasa duduk rumah tepi hewhew *sangat jakun di situ* well, nama pun first time, mestilah peghrak sikit kan :p

Lagi 2 minggu, saya bakal menggalas semula tugas saya sebagai student di UiTM Puncak Perdana. uhuks. saya dah mula terasa tekanan. tekanan nak bangun pagi, tekanan nak basuh baju sendiri, tekanan nak beli makan guna duit sendiri, tekanan nak ke kelas, tekanan nak dengar lecturer bersenandung (?), tekanan nak menghadap buku-buku, nota-nota, assignment-assignment, final project yang melambai panggil, tekanan nak berhadapan dengan JPK or mak guard yang berkemungkinan besar akan buat roadblock tahan sape-sape yang tak pakai matrix card, tekanan nak mencari kelas *walaupun dah 4 semester still terkedek-kedek nak mencari BK* tekanan nak menunggu bus,, dan bermacam-macam tekanan yang ada termasuk la tekanan nak mengelakkan diri dari mereka-mereka yang tak perlu ditemui. hurm, wonder di situ.








Tentang hati, alhamdulillah saya mula menemui beliau untuk menjadi teman saya sekarang ni. Yup, saya dah berjaya lupakan FA @ Mr.P or apa-apa jela nama yang saya beri kepada si polan itu hehe. Alhamdulillah, Allah bagi saya kekuatan untuk lupakan dia. Biarpun agak tergugat dengan kehadiran panggilan dari dia masa raya ke-2 hari tu, tapi Alhamdulillah hati saya tak terjebak untuk jatuh dalam lautan kata-kata manis dia lagi. Even kawan beliau pun berpesan agar saya lupakan saja si polan tersebut, sebab dia tak nak saya dipermainkan lagi. Alhamdulillah, Allah SWT, terima kasih kerana beri kawan yang concern kan saya walaupun dalam kekasaran beliau haha. so, finish the story and moved on wanie. you deserved the best for yourself. As for my new sayang *hikhik,malu* welcome to the part of my life, thanks for being with me, Insyaallah we will work together for this relationship. Guys, do pray for us. Sumpah, saya dah tak nak sad ending lagi. :')

Sem depan saya jadi lone ranger lagi. Takpela, saya take this as a challenge. Plan mula-mula memang nak ambil subjek yang sama dengan member. Tapi saya rasa better saya mula decide sendiri jela kot kan? Bukan berniat nak menjual ikan, tapi saya rasa saya ikut jela mana yang terbaik. and strange thing is, i felt calmed with my decision. Hope this feeling will never be changed. Pun begitu, saya tetap mesej and ajak member tadi untuk join saya, mana la tau kot-kot dia berminat kan hehe :p



*mengupdate blog sambil menumpang dengar background song dari blog lain. sori dear blogger, lagu awak sedap didengar.

Buat pertama kali dalam sejarah saya sebagai seorang student, saya rajin buat timetable guna word haha! masa sem 1 saya just guna sticky notes je and tampal kat dinding. tulis pun macam nak tak nak je. Sampai sekarang saya rasa osem sebab saya manage untuk sumbat 8 subjek dalam sticky notes yang kecik tu, plus sticky note tu tak pernah tertanggal sampailah saya sendiri yang cabut masa buat clearance hujung sem hehe. Masa sem 2 saya just tulis kat belakang buku and tak ambik port pun sebab paper tak banyak, so memang ingat jela hehe. Sem 3 dah mula menampakkan anjakan paradigma dengan menjadikan A4 paper sebagai medium membuat timetable. tambahan pula, nama subjek "sedap-sedap" didengar memaksa saya buat timetable tu dengan code and nama lengkap subjek tersebut, ditambah pulak dengan nama penuh lecturer sebab lecturer tu cakap

"5 marks will be deducted if you send me your assignment with my name wrong spell on it"


Dukacita dimaklumkan misi menguruskan badan tak berjaya langsung macam 2 tahun lepas wahaha..nampaknya naik sem ni kena rajin-rajinkan diri jogging or main badminton kot hehe. Tapi for sure sem ni rasa sedih sikit la sebab my bestie macam tak konferem je nak balik U. huhu. janganlah begitu wahai sahabat, balik la puncak wei. sapa nak jalan-jalan dengan aku kalau kau takde. huhu. balik tau, biar susah macam mana pun, kita tempuh jugak ok? aku pun dah letih study ni. tapi aku pikir tinggal lagi 2 sem je aku kat puncak, so aku kuatkan diri je sahabat. please, balik ye .. aku rindu ko :'(

nak cakap apa lagi? tak tau la. jom la edit, lepas tu publish.kepala pun dah berdenyut sakit. err..dah lama sakit tapi taknak cakap kat mak, takut mak risau :)







"Saya Sayang Dia :')"







Monday 27 August 2012

Le Tour De Raya 2012

Assalamualaikum..sedar tak sedar dah seminggu kita beraya kan. hehe. how's your eid? for sure best kan. mine? not bad. hehe. plus this is the first eid i guess, we've spend 3 days of non-stop tours hehe.

 Malam dua hari sebelum raya pun saya sempat lagi shopping sehelai tudung sebab dah nekad, nak redah jugak2 lautan orang ramai demi mendapatkan tudung yang match dengan baju kurung pink saya. But guess what, saya tertinggal pulak tudung tu =.= haha! nasib baik tudung mak jadi penyelamat.hehe. thanks :p malangnye foto tak sempat nak dirakam berikutan manusia yang berhimpit-himpit and saya kena berhati-hati la kan. mana tau malang tak berbau. kang tak pepasal raya dengan air mata. ini tahun kedua saya shopping raya di bandar Taiping ni hehe. Sebelum ni? mana lagi..Jalan TAR beb :D

Pagi-pagi raya kitorang serumah dah bangun mandi and ape lagi..melaram la masing-masing dengan baju raya kitorang. mine was blue. hehe. suka sangat baju tahun ni sebab pada saya santek la wak :p tapi tu la xdapat nak snap full picture lak kan hehe. Lepas dah beraya 1 rumah, siap bertangis-tangis lagi kitorang mulakan trip menziarah jiran tetangga. oh lupe, petang raya tu sebenarnya kitorang dah bincang ramai-ramai flow perjalanan untuk raya pertama tu hehe. pak ngah siap suruh saya buat tentatif program. ceit, macam la nak berkonvoi satu kampung. hehe. ape-ape pun famili mak memang satu hati so program kalau plan last minute pun menjadi tau hehe.

Petang kitorang pun mulalah journey to the north. sampai kat rumah pak long kat Penang, pakat-pakat tanya password wifi rumah pak long sebab nak hapdet status bahaha! tapi part sadis tu saya dah upload status 39 minit sebelum tu, yakni ngam-ngam turun dari highway. aigoo.. betapa rugi di situ -.-

Memandangkan pak long saya tauke kedai yang memang serve Mee Kuah Ketam as a main dish, so malam tu pakat-pakat makan la mee kuah ketam buatan mak long saya. Rasa memang best. Ada ketam, daging dalam kuah tu. Sebenarnya mee kuah ketam ni resepi turun temurun dari arwah tok saya. Dulu tok yang meniaga tapi lepas tok dah takde pak long pula ambil alih :D Macam mana rupa mee udang?



Macam ni la rupa dia. Tapi yang saya makan malam tu saya x snap pulak. Terus upload masuk perut :p


Korang nak try buat ke? hurm saya tak tahu la resepi famili saya macam mana. tapi rasanya kalau korang google dapat cara yang sama je kot..ehehe..FYI, kat Penang memang famous Mee Kuah Ketam ni selain daripada laksa penang yang superb and pasemboq yang power tu. Fuhh.. bertambah enak kalau dapat makan kat tepi Padang Kota :D *err...laksa dgn pasembor la yang kat Padang Kota tu hehe :p*

Raya kedua, kami menziarahi pusara arwah tok saya. Satu kat Penang, satu lagi kat Gurun,Kedah. Yup. I do have two granny on my mom's side. But both of them have already left us. Al-Fatihah for both of them. For my biological tok (tok Bedah) a very-very big thank you for giving me a good mak :'). As for my second tok (tok melah) thanks for treating me very-very the manja since I was small till I've grown up. kakak dah 22 tahun dah. kakak mengaji kat UiTM tok, macam mak lang dulu. kakak ingat lagi dulu kita pi antaq mak lang, tok habaq 

"kakak ngaji pandai2 nanti tok bole antaq kakak masuk sini (UiTM)" hee :'D

Rezeki raya kan., memang keje makan je kitorang. malam tu pergi rumah Tok Su kat Bt.8. makan lagi. ahaha..nasi tomato dengan ayam kampung masak merah memang best. tapi malangnya esok pagi nasi tu dah kenyang dimakan "cik nah" (tanah) sebab kitorang tak masukkan nasi tu dalam rice cooker. hehe. tapi ayam dapat diselamatkan hahah! :p

Pagi esoknya kitorang jalan-jalan pulak melawat sedara mara suami mak lang kat Merbok and Sg. Petani hehe. Part paling best, boleh pulak lak kan kitorang patah balik pi Penang sebab nak beli jeruk kat Bagan. Bagan? ok, kalau orang luar sebut Butterworth, tapi local people cakap Bagan *aku pun hapdet kat fb Butterworth.mintak mahap la yer haha* Ini pun satu lagi tarikan utama kalau p Penang. memang tak lengkap la kalau p Penang tak beli jeruk. Tempat beli jeruk ni betul-betul dalam kawasan station bus and tepi gate feri..feri pe lagi, feri pulau pinang la. tapi kitorang pergi da lambat. kalau tak boleh naik feri kan huhu.. dapat tengok feri dari dalam kereta pun jadi la.hehe. ada rezeki pergi lagi keh keh keh

Straight dari Bagan a.k.a Butterworth, kitorang terus balik Taiping. Saya pulak yang bantai tidur start dari highway Butterworth sampai la kat tol Changkat Jering. mengalahkan driver lak hehe. Raya tahun ni memang best sebab kitorang beraya sakan hehe..








bersama mak tersayang :D




  
abaikan background di belakang tihihi :p





letih bebenor diorang ni beraya :p





sebahagian daripada cucu perempuan Tok Jaapaq. pipi sama je kan hehe





ini otw nak ke mana tak ingat lak. tapi memang luas sungai ni






"Selamat Hari Raya :)"













Wednesday 15 August 2012

Sesi merepek dipagi hari

Nama saya Nur Syazwani Bt Mohamad Noor. Dulu-dulu saya suka eja nama saya Nur Syazwani Bt Mohd Noor..sebab malas nak memanjangkan ejaan Mohamad tu, and sebab pada saya, takde beza pun Mohamad dengan Mohd. Tapi lepas cikgu kelas saya masa form 2 sedarkan kitorang kepentingan eja nama ikut dalam surat beranak, sejak tu saya jadi sensitif dengan ejaan nama saya. hehe. saya sanggup betulkan bila orang salah eja nama penuh saya, yang mana satu ketika dulu saya sikit pun tak kisah walaupun nama saya dieja sebagai Noor Shazwani bt Mohd Nor sekalipun. see? kan jauh beza ejaan tu. kalau ada urusan rasmi nanti ada masalh pulak.. :P

Umur saya..hehe..saya dah pun berumur 22 tahun secara rasminya.Masa nak masuk ke alam 20an ni dulu, punyalah teruja. suka sangat kot! sebab saya cakap, saya dah besar! tapi bila usia dah makin menginjak ni, mula terasa beban mula memberat kat bahu. huwaaaa...saya dah besar, dah dewasa la.. tapi jiwa remaja ok! :D frankly said, masa upper 6 dulu dah mula terasa tua, sebab kitorang paling tua dalam sekolah. umur 19 tapi still pakai uniform sekolah! haha! tapi ape2 pun tetap terasa sweet sangat sebab masih berbaju sekolah walaupun umur lagi setahun nak masuk 20 masa tu hehe. and most important thing is, kitorang rasa paling disayangi sebab bawah kitorang adalh adik-adik comel yang selalu akan tegur-tegur kitorang bila jumpa kat mana-mana ehehek!

saya merupakan perantau tegar dari kecil. saya dilahirkan di Taiping, Perak. Saya dibesarkan di Ipoh, Perak dari saya dilahirkan sampailah saya menjengah ke angka 10 tahun. Well, memandangkan masa duduk Ipoh adalah zaman saya kecik-kecik berhingus, jadi takdela yang menarik sangat nak dikongsi. Sebab, seingat saya, kerja saya pergi sekolah - balik sekolah - main dengan kawan-kawan - haha! dulu saya tadika dekat je dengan rumah. PErgi pun sendirian berhad takde sape hantar tsk~ errr..melainkan mak kena bayar yuran then mak hantar haha. ooo baru teringat, masa tadika dulu, saya sorang je yang boleh membaca masa tu, kawan-kawan yang lain semua tak bole baca. ABC pun diorang tak pas kot. Boleh dikatakan saya macam Hermione Granger la masa tu, sikit-sikit angkat tangan nak jawab or nak tulis kat papan hitam, and cikgu saya macam Severus Snape, buat-buat tak nampak saya and suruh Harry Potter jawab *ada Harry Potter ke dalam kelas tu? ok abaikan*

apa lagi? oh ya, saya dari kecik kan, suka buat benda lain dari kawan-kawan. saya pun tak paham kenapa. Ada sekali cikgu bagi gambar epal suruh kitorang warnakan. Kawan-kawan semua warnakan lukisan epal tu dengan warna merah, tapi saya sorang je warnakan epal tu dengan warna hijau. habis 1 hari tu saya kena bahal sebab epal saya dikategorikan sebagai pelik oleh kawan-kawan. Masa darjah sekolah rendah, saya paling suka subjek pendidikan seni sebab saya boleh melukis macam-macam and warna cantik-cantik *pada pandangan mata saya la* tapi ironinya, saya tak ambil pun kelas seni masa form 4..huhu~~

Pindah ke Kuala Lumpur, pengalaman pertama saya masuk ke dalam komuniti baru. Ingat lagi masa mula-mula masuk Sk. St. Teresa (2), brickfields dulu. Saya tak pakai tudung. haha. Tiba-tiba rasa malu sebab 1 sekolah tu bertudung. Tapi nasib baik saya datang sekolah tak masuk dewan terus. kami tunggu sampai assembly habis then cikgu Rahimah bawak saya pergi kelas 4 Maju. Lepas cikgu perkenalkan saya, 1 kelas bantai gelakkan saya! saya pun blur-blur pekehal lak ni..rupanya, dalam kelas tu ada sorang lagi Wani laa..haha..sejak dari hari tu, saya bergelar Wani Noor sampailah masuk sekolah menengah, sebab saya dengan wani tu sekelas sampai form 5 hikhik~

masuk sekolah menengah..terasa diri ini begitulah dewasanya. sampaikan bila adik cakap kat kawan dia "akak aku sekolah menengah" saya terasa kembang dada haha..padahal kawan adik tu, abang and kakak dia senior saya masa tu. lagi besar kot! haha! time ni la saya dah mula pandai usha budak laki.chewah. sebab sebelum ni sekolah kat ipoh kecik lagi, malu-malu taik kucing lagi. sekolah kt kl lak sekolah pompuan hehe. bila masuk sekolah menengah, bercampur laki perempuan pulak tu, memang la auranya satu macam ehehe. nak-nak pulak masa tu abang-abang senior semuanya besar-besar, tegap-tegap, matang-matang, errr..tak kurang jugak, hensem-hensem *part ni segelintir la hehe* so, memnag menjamu mata la kot time tu hehe!

masa form 1 , ada suka kat sorang senior ni. yang jadi syok tu sebab dia ajar kitorang kawad kaki. adeh. ini cinta pandang pertama ke, cinta syok sendiri ke saya pun tak tau la haha. tapi abang senior ni tau saya suka dia haha..malu la pulak bila ingat balik..bila saya naik form 4, saya rindu la pulak kat dia sebab dia dah takde kat sekolah tu. tapi takde la sampai frust tonggeng ok. hehe. saya ok je la. lagipun, masa form 4 saya dah mula bercouple buat pertama kali. tu yang tak heran dah kat abang senior tu hakhak!!!

lepas SPM saya kerja kat Watson Mid Valley. masa ni saya pertama kali bergaul dengan orang-orang yang jauh lebih berusia and lebih matang dari saya. huhu. ada sesetengah dari diorang still contact lagi la. ada sesetengah tu, nama saya pun diorang dah tak ingat hehe. lepas kerja kat situ, saya pun ambik keputusan masuk form 6. agak berat hati gak masa tu, tapi dah tak dapat tawaran mana-mana upu masa tu (kolej banyak la) saya pun buat la keputusan masuk form 6 walaupun kawan-kawan yang rapat masa form 5 tak join sama. form 6 saya di SMK Sri Pantai,sekolah lain bukan sekolah lama. huhu. orang first day daftar tu dah pakai baju kurung, saya selamber rock je pergi daftar pakai jeans. haha. lepas daftar memang balik la kan. petang baru la cari baju sekolah, nasib baik la cari kalau tak memang esoknya saya tidur kat rumah jela hehe.

Hujung tahun saya dapat tawaran ke Poli Dungun..kos eletrik & eletronik...sijil 3 tahun. masa tu memang ramai la yang dapat. tapi tak semua pergi sebab sayang pulak kat form 6 ni hehe. lagipun, kalau diploma memang pergi la kot. ni sijil.rasa cam rugi la. mak pun tak galakkan pergi. so, saya buat keputusan tak pergi poli and stay form 6 sampai la ke akhirnya heh. memang terbaik la masing-masing kena sindir kena cikgu PP kitorang time tu.

"eh, asal korang tak pegi? bukan ke dulu korang beria sangat nak tinggalkan sri pantai ni?"

kitoramg bantai gelak je. ape boleh buat cikgu, hati dah sayang macam ni la hehe~

habis form 6 saya keje kat UO Superstore Petaling Street. sekarang kalau korang pergi pun bukan ada apa, bangunan tu dah siap siaga nak dirobohkan pun. entah-entah dah roboh pun hehe. kat sini memang la heaven saya kerja. walaupun ada supervisor yang agak.err..tegas orangnya, tapi tu bukan penghalang kitorang nak bergelak ketawa sampai pecah perut sekalipun haha. yang bestnya, bukan dengan orang kat dept. sendiri je kita rapat, dengan floor lain pun jadi kenal and mana yang ngam tu, sah-sah la jadi kawan kan? sampaikan bangla-bangla tingkat 1 pun jadi kamceng inikan pula yang sebangsa kui kui kui~

lepas dah berhenti kerja tu, saya berehat 2 bulan *hambik, betul-betul rehat tu* masa bulan 11 saya dapat offer letter ke UiTM. yang tolong check tu kawan, sebab saya takut nak check hehe. kelakar la bila ingat balik. yela, kalau tak check macam mana nak tau dapat ke tak kan. aduiyai wani wani..hehe.lepas tu mula la buat persiapan nak masuk U. hehe. macam-macam dibelinya, lagi beli lagi lagi rasa tak cukup hehe. boleh pulak kan time-time tu jugak famili nak pindah. huhu. memang sedih la..last-last, 27 Disember 2010 saya daftar masuk UiTM, 29 Disember famili pun pindah ke Taiping. Start dari hari tu, bila orang tanya

"awak asal mana?" 

saya jawab macam ni

"k..eh taiping"  hehe..

sekarang saya dah 3 sem menggalas tanggungjawab sebagai seorang mahasiswi. huhu. hidup semakin menyulitkan tapi kitalah kena pandai-pandai atur supaya tak terjatuh berdebuk tersungkur. kat U ni saya biasa-biasa je, takde lah macam yang korang tengok kat tv tu..pakai lelawa pastu bajet macam model pulak catwalk 1 kampus. hehe. saya pakai baju kurung dan bersandal hari-hari. kalau rajin pakai mekap, kalau tak bedak je. kalau tak, eh, rasanya takde lagi. tu je tahap malas saya haha. boleh dibilang dengan jari la berapa kali je saya pakai seluar pergi kelas, tapi tu la, saya pakai jeans terus. yela, alang-alang nak berseluar.. :p

sem depan dah sem 4..uhuhu..harap sangat la sem depan best. dear en. pakwe, tunggu saya balik tau?
*sempat lagi kan*




:)




Wednesday 8 August 2012

Post Penghargaan Lewat 2 bulan~

Assalamualaikum..sepatutnya entri ni saya buat 2 bulan yang lepas, yakni masa birthday saya yang ke-22 tahun itu hari. Tapi tak tahu la di mana silapnya, saya tak dapat nak buka blog adik saya Miss Haza. And beliau pun tak dapat nak bukak blog saya, so dia hantar link entri beliau masa tu untuk saya. Sejujurnya, saya terkejut dan terharu sebab ada juga yang concern and sudi menyelitkan perihal hari lahir saya dalam blog beliau..huwaaa..terharu siot..nak baca? klik bawah ni ~~


-MOHON KLIK DI SINI YE AWAK-AWAK HEHE-

Biarpun entri nya pendek dan ringkas, tapi itu dah cukup buat saya terharu tau..hehe..terima kasih banyak-banyak sebab rajin menaip entri untuk kak wani. sayang fizah!!! 








Dear En. A, cepat la online. saya rindu ni.. ehehe :p

Saturday 4 August 2012

setahun menunggu kepulangan

Assalamualaikum semua-semua.. alhamdulillah sedar ta sedar dah 15 hari kita puasa..another 15 day to go..lepas tu balik puncak..er salah! raya dulu pastu baru balik puncak..ehehe..and hari ni ayah dah mula pacak buluh tepi rumah. Buat apa? nak gantung pelita of course hehe..ape lagi? paksu dgn adik saya pun dah  mula nak berniaga kat bazar raya. Separuh kuih raya dah mula diangkut dua hari lepas (tapi saya tak sure bila diorang mula berniaga)

berbalik kepada tajuk entri, dah setahun saya tunggu apa or siapa? haaa.. maksud kat sini, start raya tahun lepas, saya dah tak merasa suasana balik kampung semenjak family pindah sini. So, ini raya kedua saya jadi "orang kampung yang menunggu sanak saudara pulang"..haha.. tapi tak de la sampai tak balik kampung sendiri. Balik juga kampung mak ayah. Tahun lepas kampung ayah (45 minit je pun!!) and tahun ni kampung mak pulak (15 minit je hahaha!!)

kalau dulu..lagi 2 hari nak raya kitorang dah gerak balik kampung. Pagi-pagi lagi dah gerak, nak elak traffic jam. Huhu. pernah jadi sekali tu kitorang terpaksa berbuka kat R&R Sg.Perak. eh, sekali ape, lepas tu ade lagi..tapi kat R&R Tapah hehe. *R&R pun dah tak jengah hehe*

tapi takpela, even dah tak merasa pengalaman balik raya, tapi saya dapat lagi merasa, pengalaman balik raya haji. hehe. yang itu memang conferm saya rasa la. Walaupun raya haji, tapi orang ramai juga balik tau. dalam tren pun letak iklan raya (kalau TV tak rosak hehe).

Apa-apa pun, saya akan merasa juga kot pengalaman balik raya sebagai anak perantau. again. :D







"Saya menulis sebab hati sedih. Dush!"