Sunday 21 December 2014

Transparent Header Tutorial Guna Photoscape

Assalamualaikum..

Vah vah vah first time aku buat tutorial. Dua malam aku merayau mencari-cari apakah rahsia mahupun formula nak buat header transparent. And nah, blog Masz Sidek ada jawapan. Thanks mucho! really help me! So guys siapa-siapa yang masih tercari-cari caranya, jom baca sampai habis. 


First of all, you need to download the header down here. Just right click "open in new tab" then download la macam biasa. 



 Jangan risau tak ada unsur khurafat. Korang download je ye. 



Dah download? bagus. Lepastu, korang bukak Photoscape. Click editor lepastu open gambar header yang dah disave tadi. 






Korang jangan risau, memang keluar warna putih. Just edit macam biasa nanti lepas save akan hilang background putih tu. Satu lagi, kalau nak letak gambar, disarankan letak gambar berbackgroundkan putih. Macam kes aku, aku tak ada gambar background putih selain gambar lesen. So aku just letak icon yang disediakan dalam Photoscape. Kalau boring dengan font, korang download la fancy font yang free kat internet. Jangan malu-malu. 




Oh lupa nak cakap, for those yang baru nak belajar guna Photoscape, Korang boleh download kat internet. Google je Photoscape free download ok. Lepastu bila nak edit gambar just pergi kat bahagian bawah belah kiri. Macam kat bawah ni ;









Kat sini boleh guna untuk mengedit. Yang gambar bukit tu untuk upload gambar. Untuk edit header ni, aku ulangi ; LETAK GAMBAR BACKGROUND PUTIH. kalau tak ada, haaa..korang click kat bentuk love, kat situ ada macam-macam gambar dan bentuk. Kalau rajin, buatlah sendiri guna bentuk-bentuk sebelah kanan. Kalau nak edit text, click kat simbol T. Paham? Ini untuk newbies la. Yang dah expert Photoshop ke, apa ke pergi jejauh syuh syuhhh..




Lepas korang dah edit, click save - save as - letak nama yang korang nak - save. kalau dia tanya ;








dengan senang hatinya, silalah click "no". Jangan degil, ikut cakap aku. 



Lepas edit, upload ke blog. Caranya pergi kat layout - header - edit - choose file - pilih header yang korang dah edit tadi. lepastu ;







kat bawah tu ada tiga option, so pilih second last option. Click save. Siap :)


Dengan ini disertakan sekali header hasil air tangan aku. Kalau nak ambil silalah. Rasa tak cantik korang asah skill lagi macam yang diajar. Yang ni aku hentam keromo je. Hehe






harap tutorial pertama aku ni berguna untuk korang-korang yang nak edit header sendiri. :D




Friday 12 December 2014

Koleksi Cerita Hantu

Assalamualaikum, memandangkan dah dua bulan aku tinggalkan blog ni bersawang sebab tak ada idea, makanya hari ni aku datang kembali. Jenuh fikir punya fikir, I've decided to come out with this entry sebab terlajak rajin baca entri-entri cerita hantu. Sebenarnya nak post semalam, tapi aku seram sendiri. Ceit! haha! so ini adalah koleksi cerita sepanjang aku menghuni hostel sepanjang tiga tahun. Aku tak cakap tempat ni angker or apa-apa jela, sekadar berkongsi. Korang kena ingat, benda-benda macam ni terjadi DIMANA-MANA sahaja. 





Kisah 1

Yang ni aku tak kena, tapi roomate aku, kita namakan dia Gayah. Kisahnya Gayah terjaga jam 3-4 pagi, and then katanya dia nampak roomate yang lagi sorang turun dari katil and then keluar dari bilik. So dia dalam mamai-mamai tu tanya ;



"Pergi toilet ke Odah (bukan nama sebenar)?"


Tapi yang menghairankan, si Odah buat kering je tak jawab soalan si Gayah. Dek kerana mengantuk yang teramat, Gayah pun sambung tidur. Esok pagi kitorang borak reramai, Gayah pun tanya Odah ;


"Odah, semalam ada keluaq pi toilet tak?"

"Takde pun, kenapa ek?"

"Sebab semalam aku nampak hang keluaq dari bilik. Aku tanya hang tak menyahut."




Terus 1 rumah meremang bulu roma. Paling meremang aku la sebab aku paling penakut masa tu.





Kisah 2


Yang ni, pun tak terjadi pada aku, tapi pada budak katil sebelah aku. Kita namakan dia Imah. Satu hari Imah cerita ;



"Wey malam tadi aku kena 'tindih'!"


lepastu dia sambung lagi,


"Tengok la malam ni kalau dia datang lagi aku nak sekolahkan dia!" 



Dan malam tu dia ditindih lagi. Bapak la~ *gaya Mat Luthfi*




Kisah 3


Yang ni pun tak jadi kat aku, jadi kat si Odah. Tengah masing-masing melayan perasaan, pakwe, dan mata kat katil memasing, tetiba si Odah bangun dari katil lalu bertanya ;



"Korang, korang tak dengar ke Odah menjerit?"


Kitorang jawab 


"tak". 


Si Imah jawab 


"Odahhhhh~~~!!!" 


eh kejap, itu jawab ke jerit ek? dua-dua kot.



"Takpela, Odah tidur luar je." terus Odah angkut bantal, selimut dengan sejadah tidur kat ruang tamu, ditemani Gayah. Sampai la habis sem. Sejak dari tu, tinggal aku dengan Imah je berdua dalam bilik. Bila Imah pergi KL, aku join diorang tidur kat luar. Maklumlah penakut tahap gaban. 




Kisah 4


Yang ni tak jadi kat aku, tapi melibatkan aku. Macam mana tu?



"Semalam Odah tak boleh tidur, Odah pergi tengok korang semua. Seronoknya masing-masing tidur kat katil nyenyak je."


"Eh, Wani tidur bilik Kak Yong (bukan nama sebenar) la"



"Oh yeke, sebab Odah nampak Wani tidur kat katil Wani"



Aku positif je, mungkin sebab Odah tak pakai cermin mata masa tu so dia salah nampak. Hehe






Kisah 5


Yang ni pun tak jadi kat aku, kes lebih kurang macam kat atas.



"Wani, semalam balik bilik tak?" tanya Peah (bukan nama sebenar)


"Takde pun, kenapa ye?"


"Sebab semalam nampak ada orang kat depan tu, rambut panjang baju merah. Ingat Wani."



Masa ni aku tidur bilik member, dan memang tak balik bilik. Perihal baju merah, mungkin sebab aku ada baju kurung warna merah so housemate tadi mengandaikan yang aku pulang rumah dengan baju kurung tu. Kemain ye pakai baju kaler merah, boring kot asyik pakai putih je hehehe.




Kisah 6


Housemate kali ni kita namakan dia sebagai Markonah. Markonah bagitahu kitorang ;



"wei korang kita cakap ni korang jangan takut ek, pagi tadi dalam pukul 4 macam tu kita pegi toilet nak terkencing. Lepas masuk bilik and baring kat katil, ada angin menghembus kat telinga kita."



Selebihnya aku tak ingat, rasanya dia cakap yang dia bersangka baik hembusan angin tu datang dari luar tingkap, sebab kitorang malam-malam tidur tak tutup tingkap. Panas kot. Lagipun sapa pulak rajin nak panjat tingkat 2 tu. Tapi, takkan angin tu tuju kat telinga je kalau betul angin tu dari luar ye dak? hurm musykil kejap. Takpela, angin dari luar tu. 




Kisah 7

Kisah yang ni aku pernah cerita. Baca SINI. haha aku malas :p



Benda-benda ni memang common la berlaku kat memana. Hostel, rumah sewa, hospital, macam-macam tempat lagi la. Even rumah sendiri pun sometimes ada juga. Cuma jangan terlampau takut and layankan sangat. Eceh pandai aku nasihat kan, aku dulu gila bapak penakut. Alhamdulillah lama-lama aku dah ok. Walhal masa sem 5 aku tidur sensorang and bilik depan aku kosong tak ada orang. Kalau aku takut dah lama aku sawan dah la sorang-sorang bilik depan pulak kosong tak berpenghuni. Bukan jauh nau pun, depan mata je. Bukak tingkap nampak tingkap bilik tu. Sama la masa sem 6 pun aku banyak tidur sorang tapi again alhamdulillah aku tak diganggu walaupun bilik depan ada kes nampak dan menjerit. Paham sendiri jela. Alhamdulillah, Allah tolong aku :D








Tuesday 14 October 2014

Sensitif


Sesungguhnya semakin meningkat usia aku semakin "peka" dengan perasaan sekeliling. Contoh perasaan sekeliling adalah seperti mula berjinak-jinak mencintai kucing serta sering berasa sedih tiap kali sebelum tidur sebab membayangkan anak kucing yang sekor tu terpaksa tidur sorang-sorang kat luar , sebab mak, adik beradik dan pakcik-pakcik dia memanjat bumbung tidur kat atas.Huh, anak sorang pun tak reti bela. Eh




Hari ni satu hari kerja aku menangis. Haah aku menangis kot. Mula-mula kes customer. Kes tak seberapa tapi aku menggelabah lebih maka berderai air mata ni hakhak. Oh lupa, aku agen dropship baju. Sudi-sudilah singgah wall aku Nur Syazwani Mohamad Noor kalau terasa nak beli baju untuk diri sendiri ke, mak ke, mak mertua ke, bakal mak mertua ke, bakal mak mertua tak jadi ke incase kalau kau dah angau sangat dengan anak dia tapi anak dia tak nak kat kau ke,  kakak ke, adik ke, mahupun jiran rumah sebelah dengan harapan dapat berkenalan dengan anak teruna dia bagi menggantikan boipren yang curang.  Ekekek jangan marah haa, silalah berkunjung, baru sebulan beroperasi. Hehe.




Lepastu lepastu, petang semalam aku dapat call, dari satu company kat PJ. Interview on next Monday. Aku 50/50, nak pergi dengan takut nak interview tu sama banyak. Tapi sebab nak pergi dengan kawan sebab dapat sama-sama, aku kuatkan diri. Boleh kot, siap research la pasal company tu buat bisnes apa, and study post aku dapat ni kerjanya macam mana. Then aku bagitahu mak. Jawapan mak bagi sangat memetirkan hati *efek bunyi petir*





"nak dok mana? satgi dapat kerja camna? kawan hang tu takpala dia ada abang. hang ada sapa? takkan hang nak pi dok rumah orang"  Kata mak aku sambil potong bawang.




Puas aku explain; tumpang sekejap untuk interview, nanti dah dapat kerja cari bilik cecepat. Tapi mak aku tetap bagi jawapan keringgg camtu je. So, aku dengan hati sedih wechat dengan member tadi. Dia ada hati nak pergi, tapi ayah tak bagi. Satunya sebab kerja ni ikut syif, sampai pukul 10 malam. So ayah dia tak berapa berkenan part balik lewat malam tu la. Aku dah merambu-rambu air mata, sebab aku mulalah bayangkan, aku akan menghabiskan masa aku dengan menghadap laptop upload gambar baju kat fb sambil teragak-agak nak hantar resume dan akan bergelar anak dara tua sebab aku duduk rumah tak bercampur masyarakat. Well, jiran aku pun cina. Lalu je depan rumah anjing dah menyalak. Tengok, anjing pun menyalak tengok aku. Tsk dengan anjing pun nak touching. Hampeh. 




Lepas tu lepas tu, aku ada borak dengan sorang member ni. Dia bukan tak bagus, tapi part tak bagusnya setiap butir perbualan dia adalah dengan memangkah atau merendahkan aku je kerjanya. Paling sedih, dia gelar aku "tak bijak". Sebab, aku buat lesen kereta semata-mata. Buang duit katanya. Ye, aku sedar aku buang duit dan buat tindakan kurang bijak. Tapi aku ada sebab sendiri. Sebabnya, aku memang takut nak bawak motor. Kereta tu pun aku gagahkan juga la. Walaupun aku rasa macam aku bawak kereta macam ular kena palu. But seriously, aku sangat takut dengan motor. Mungkin sebab pengalaman belajar bawak motor sendiri-sendiri tu yang buat aku gelabah tahap gaban. Takpela, doa-doa la aku dapat kerja dekat-dekat rumah, kuat semangat and boleh ambil lesen motor auto. Ada ke? aku rasa macam ada. Patah balik cerita bab member tadi. Bila dia selamber rock je cakap kat aku macam tu, automatik air mata aku berderai balik. Seharian aku terperuk dalam bilik, dengan tak makan dari pukul 7.30 pagi tadi. Huks. Apesal hari ni bola mata mintak dicuci sangat-sangat ha?


ehem, term "tak bijak" yang digunakan beliau adalah bagi menggantikan perkataan "bodoh". 




Hari ni baru dapat tahu dari housemate, rupanya ada program dari U aku, bergabung dengan sebuah private company. Train student 20 hari then dia akan hantar kita ke company-company untuk diserap masuk bekerja. Huwaaa. Tapi kat Kelana Jaya. No transport, no money, no settlement, so no talk la jawapannya kan. Ahahaha. So aku forward kan la link program aku kat member yang dapat interview sama dengan aku tadi. Dan sekali lagi, minah ni dah buat aku nangis. 











Biarlah nak kata aku cengeng ke apa ke, hari ni memang hari menangis aku so aku decide nak nangis. kah kah kah! Then aku syak minah ni nak ceriakan aku dengan menghantar gambar ni;







Aku panggil ni lembu Lady Gaga. Haha!





Akibat keletihan terlampau lama mengerah dan menghasilkan air mata, maka tadi aku terlelap 2 jam. pfftt. Sila jangan contohi aku. Tidur di petang hari tu tak bagus. Sangat. Bila bangun rasa blur-blur ayam. 




Oh ya, ada yang bertanya, aku ada blog aku buat bisnes ke? Eh takla. Blog ni dah wujud lama. 3 tahun dah blog ni. Aku suka menulis, so sini la medium aku nak mengasah kuku. Kuikuikui. 


Friday 19 September 2014

Hari Tanpa Mak


Hehe. Actually ini bukan kali pertama ditinggalkan mak. Sebelum ni pun ada, masa umur aku 15 tahun. Balik kampung menziarah saudara yang tenat di kampung. Aku tak dapat ikut sebab aku sekolah. Cuma masa tu tak ada media sosial so, aku tak boleh cerita macam sekarang. Kekeke




Ok, siang tadi mak aku berangkat ke Pahang Darul Makmur dengan dua orang adik aku. Pergi kenduri kahwin sedara belah tok wan kat Felda mana tah. Sorry, aku memang tak tahu pun. Kalau orang tanya mak pergi mana aku mampu jawab "Pahang" je. Paling habis aku akan tembak jawab "Jengka" atau "Ulu Jempol" sebab aku hanya tahu kat situ je saudara mara aku kat Pahang bermastautin. Ehehe. Peaceeeeee




Maka bermula hari ni bermulalah tugas aku sebagai surirumah terjun. Semua kerja yang mak buat aku kena uruskan totally 100%. Hari ni aku baik, aku bangun pukul 7.30 pagi sebab nak hantar mak dengan adik-adik. Hantar ke pintu pagar je muehehe. So, start pukul 8.00 pagi, aku pun mula "buat jadual". Buat dalam kepala je. Mula-mula bukak peti ais. Ada ayam, sayur-sayur, dengan ikan. Ok, aku decide masak gulai ayam, bendi goreng telur dengan ikan kembung goreng. Potong itu potong ini masak masak masak and tadaaaa, my dishes done. Sekali pakej dengan nasi. 




Habis masak, aku basuh pinggan. haha. Tak tahulah orang lain macam mana, tapi aku selalu macam ni la. Masak dulu, kumpul semua bekas kotor tak kiralah yang dah tersedia landing dalam sinki mahupun yang aku tengah guna untuk masak, then aku mandikan diorang beramai-ramai. Senang. Sekali arung aku buat. Kalau nak basah baju ke apa, biar sekali je hehe. 




Selesai basuh pinggan, aku sapu sampah. Yang ni memang buat aku berpeluh sakan. Maklum la menyapu satu rumah. Tapi takpela, bila lagi nak merasa jadi fulltime housewife macam ni kan. haha. Sapu sapu sapu, kemas kemas tempat masak dengan meja makan akhirnya dalam pukul 10.12 pagi selesai semua kerja. Alhamdulillah, lega. 




Petang tadi ayah ajak pergi pasar malam. Kat sana ayah beli barang basah. Ayah tanya aku macam aku mak pulak. 




"sayur ada tak? nak sayur tak?" 

"kuey tiaw ada tak? kakak nak kuey tiaw esok boleh goreng" 

"cabai ada tak" 





bla bla bla...buat pertama kalinya, hari ni aku dapat rumuskan yang skill membeli barang dapur aku totally failed! aku langsung tak boleh nak recall apa yang ada dan apa yang tak ada dalam fridge. ahaha! Dah nak balik baru aku cakap nak telur. Sebab aku baru teringat dalam fridge memang ada ayam dengan ikan je. Takkan aku nak masak ayam dengan ikan lagi esok kan? Tapi ini pun tengah separuh menyesal sebab tak mintak ikan bilis ke, ikan masin ke, udang ke, sotong ke T_T




Sampai rumah, masuk dapur then..jeng..jeng..jeng...guess what? Aku lupa tutup tingkap! berderau darah aku. Luas terbentang aku 'jemput' mereka-mereka yang tak sepatutnya masuk! dah la sekarang ni area perumahan aku kecoh orang curi besi. Huks. Aku cepat-cepat tutup tingkap sebelum ayah tau, aku check barang-barang sebelum ayah masuk. Ok, semua barang ada. Alhamdulillah. Ya Allah, serius tak ingat. Selalu mak yang akan check semua. Tingkap, electricity and so on. Dan ini kegagalan aku yang kedua; aku careless!




Kesimpulannya, hari ni dapat merasa macam mana jadi surirumah. Sebelum ni, masa mak balik kampung time umur aku 15 tahun tu, aku tak pergi kedai pun. Memang duduk kat rumah je. Masak apa ada. Masa tu pulak duduk rumah flat, so kiralah berapa pintu nak dijaga and tingkap pun ada berapa je kan. Tak tahu la kalau ada yang semangat menyamun dia tinggi sanggup nak redah naik ke tingkat 6 rumah aku masa tu. But then, kali ni aku terlupa yang aku duduk rumah bawah dan every single doors and windows kena perati betul-betul sebelum keluar rumah. Haishhhh. 




Ini pun consider as practical session sebelum kahwin la kan. Mihmihmih :p




Wednesday 17 September 2014

Liebster Award



Setelah sekian lama kini sampai giliran daku ditag untuk Liebster Award. Benda ni sesuka je, tapi aku suka tengok orang jawab soalan yang diberi. So, time for me to perah otak kasi jawapan. Thanks to Cik Ieya  yang telah pun sudi meluangkan masa mencalonkan namaku untuk kali ni. 




Tanpa membuang masa, jom kita baca berjemaah :D





1. Subjek yang paling tidak diminati di sekolah. Kenapa?

Haha! jawapan yang bakal diberi bakal meluluhkan hati bekas guruku. Tak suka math dan add math sebab bila kira tak pernah dapat jawapan. herh~





2. Johnny Depp atau Matt Damon? Kenapa?

Johnny Depp. Sangat suka lakonannya yang selamba bersahaja lagi pelik. haha. 





3. Angelina Jolie atau Sandra Bullock? Kenapa?

Kalau yang ni, dua dua pun tak minat. Sebab tak pernah pulak teruja nak tengok diorang kat TV. 





4. Kalau diberi satu peluang, benda apa yang ingin diubah terhadap Malaysia?

Setakat ni tak ada apa lagi nak ubah. Hurm. Mungkin akan datang ada benda yang timbul di fikiran. 





5. Korang anak ke berapa. Adakah korang seorang yang degil? Atau super degil?

Anak sulung. Mak kata, "degil dalam diam" ekekek. Tapi most of the time aku lagi banyak ikut dari membangkang. Malas nak bising.




6. Perdana Menteri yang paling berjaya bawak perubahan terhadap Malaysia. Korang rasa?

The one and only Dr. M




7. Kalau diberi peluang kawin dengan anak raja nak tak? Bagi 3 sebab.

Erm, maybe ye kot. Bahaha! Sebabnya

- Suka tengok mendiang Lady Diana
- Suka tengok anak mendiang Lady Diana
- Suka tengok cucu mendiang Lady Diana




8. Movie pilihan. Bergenre horror atau thriller atau romantik?

Kalau paling minat horror, kedua thriller. Romantik? Nay. Tak minat. I is rimas tengok adegan romantik yang kadang-kadang nampak benau dibuat-buat. ahaha!




9. Pendapat jujur korang tentang movie melayu. Berbaloi tak berebut beli tiket untuk ke wayang?

Berbaloi kalau best, tak berbaloi kalau tahap yang mana kita boleh bawak masuk bantal toto dalam cinema. Dan sepanjang hidup, aku tak pernah lagi la obses nak tengok movie melayu sampai berebut nak beli tiket. Beratur diam-diam, tengok senarai movie kat board, decide, then beli tiket. Hehe. 




10. Makan adalah hobi utama korang. Betul atau tak?

Tersangatlah betul! Kalau boleh nak mengunyah 24 jam! sekarang ni pun tengah lapar tapi tak ada apa nak dimakan. Huks. Sabar ye perut, esok pagi kita makan. 




11. Antara 7 orang ahli utama Runningman, Siapa korang paling suka? Sebab?

Semua pun suka! Tapi paling suka Kim Jong Kook and the Two Kids haha! Suka Jong Kook sebab dia kuat, Kang Gary sebab dia nampak macam caring (macam la, tak tahu la kan hehe) HaHa pulak sebab dia kelakar! 





Haha! selesai sudah menjawab kesebelas soalan without second thought! Ok sekarang nak tag 11 orang pulak. Dan mereka-mereka adalah;




Adilah Isharudin 
Qeela Aini
Fana Dhew
Sang Semut
Zulhilmi Tempoyak
Aleen Alimin
Loqman Norazman
Noor Hafirdaus
Siti Fatima Arifin
Cik Haida
Scarlett O' Hara




Soalan untuk anda;


1. Kisah paling menyakitkan hati dalam hidup anda

2. Pengalaman kali pertama masuk kelas tahun 1

3. Siapa yang bagi nama anda

4. Menonton wayang atau tengok kat laptop? Kenapa?

5. Anda obses dengan? Kenapa?

6. Pengalaman ambil lesen (manis, pahit, payau, kelat, masam, dsb)

7. Kenapa suka berblogging?

8. Pendapat anda tentang orang yang suka ambil kesempatan

9. Makanan kegemaran ibu bapa anda

10. Formal atau smart kasual. Mana anda selesa.

11. Warna yang anda tak suka dan jika diminta untuk memakai pakaian dengan warna itu, apa reaksi anda?









Tuesday 9 September 2014

#cabaran30hari - 5 Lagu Cinta Kegemaran



Sekali lagi, hampir tertaip kegeraman. ahaha!



lagu ye..hurm..aku ni memang suka dengar lagu. Lebih suka mendengar lagu dari menonton TV. JAdi memang suka dengar lagu. Memandangkan cabaran kali ni mintak 5 lagu, dan lagu pulak lagu cinta (masak!) haha, so aku akan cuba yang terbaik untuk ingat lagu cinta apa yang aku suka ye..hurmmm





1. The Day You Went Away - M2M

2. Seri Dewi Malam - Allahyarhammah Dato' Sharifah Aini

3. Don't Leave Me - Pink

4. I Do - Colbie Cailat ( Macam salah eja je)

5. Marry You - Bruno Mars





Ini jela yang mampu difikir. Tapi yang lain-lain pun banyak je lagi aku suka hehehe

#cabaran30hari - Sejauh Mana Pentingnya Pendidikan



Zaman sekarang ni, tak salah kalau aku nak kata yang pendidikan itu tersangat penting. Rasa dah jarang sangat dengar orang habis setakat SPM lepastu tak further study tak kiralah kat IPTA or IPTS. Mungkin ada segelintir, tapi majoriti dah mula buat macam aku cakap tadi. So dah jadi lali bila ibu bapa yang ada anak lepasan SPM, STPM, diploma mahupun degree akan ditebak dengan soalan "dah dapat sambung mana-mana ke" atau "tak nak sambung lagi ke". Ok, part "tak nak sambung lagi ke" tu ok lagi, tapi part "dah dapat sambung mana-mana ke" tu adalah soalan paling ngeri bagi budak-budak baru habis sekolah. HAHA. ok aku dah merepek. 





Pendidikan sangat penting kerana;





1. SUPAYA KITA BOLEH DAPAT KERJA YANG LEBIH BAIK DAN TERJAMIN

Ini kenyataan. Bila kita ada kelulusan, kita boleh apply jawatan yang bagus-bagus yang sudah pasti berpakejkan gaji yang bagus dan jaminan masa depan yang bagus. Bukan nak merendahkan golongan yang tidak mempunyai kelulusan, tapi ini depends dengan range kelulusan masing-masing. Actually semua kerja pun boleh menjanjikan pulangan dan masa depan yang terjamin, tapi kena rajin. Itu jela. 





2. TAHAP PENGETAHUAN LEBIH LUAS

Cuba bandingkan budak umur 4 tahun dengan umur 8 tahun bercakap. Ada beza kan? Ok agak senang. Macam ni, zaman sekarang adalah zaman di mana ibu bapa berlumba-lumba mendidik anak mereka sedari awal. Jadi, kita boleh nampak perbezaan percakapan antara budak umur 4 tahun yang dibesarkan dengan buku-buku bergambar serta asuhan ibu bapa yang sentiasa berkomunikasi dengan anak, berbanding dengan rakan sebaya yang kerjanya main main dan main lepastu mintak susu kat mak (itu aku) ehehehekkk. Oh, sebelum ni aku ada mention aku suka baca buku kat dalam entri Buku Kegemaran kan? baca baca jugak, enjoy kena la. nanti tumbesaran tak sihat. hakhak. :p





3. KALAU PANDAI BAHASA INGGERIS BOLEH CAKAP-CAKAP OMPUTIH 

ekekek...kalau tak banyak at least sikit. kan? lepas tu boleh fefeeling mat salleh sekejap. Tak la sampai ke situ, cumanya kalau boleh kuasai kita akan confident untuk bercakap biarpun sepatah-sepatah dan tak laju macam kau mengumpat dengan Naabella pasal mulut Sarabanon bau keropok lekor. Tapi macam pepatah selalu cakap, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Haaa..macam kes ni juga la, tapi aku tukar, sikit-sikit lama-lama boleh jadi mat salleh! ihiks.






Kesimpulannya, pendidikan sangat penting. Marilah kita sama-sama menghargai pengetahuan yang dicurahkan oleh ibu bapa, guru-guru, pensyarah dan juga orang sekeliling kita selama ni. 

Saturday 6 September 2014

#cabaran30hari - Apa Yang Aku Makan Hari Ini



Hari ni makan banyak sangat sebab sistem pencernaan yang sangat lancar menyebabkan daku lapaq baq hang. But so sorry, tak snap picture. Rasanya korang tahu kot makanan-makanan yang bakal aku sebut ni.





PAGI :

Kuih Lepat Liat 2 biji
Cucuq Badak sebiji
kek buatan sendiri yang menjadi buat pertama kali dalam 3-4 potong
Air Mineral seliter. 





TENGAHARI :

Nasi, Gulai Ikan Pelotan, Ayam Goreng, Kubis Goreng dan Sambal Belacan
Mi Rebus mak belanja
Teh Ais mak belanja
Air Mineral seliter





MALAM :

Yong Tau Foo 

Air minum kejap lagi. 






Itulah menu tak seimbang aku untuk hari ni. korang macam mana?

#cabaran30hari - 3 Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Bekas Kekasih



Hurm, task yang ini paling mencabar. Namun aku terpaksa teruskan demi menyahut cabaran. 





Kehadapan A, 


Aku harap kau bahagia dengan hidup kau sekarang. Jujur, aku sayangkan kau. Tak pernah sedikitpun sayang aku ni berubah. Aku tak mampu nak lupakan kau biarpun kau dah dimiliki orang. Gosh! Biarlah orang yang baca entri ni kata aku perempuan gatal, miang mahupun mereng. Aku sayang, sebab tu aku sanggup buat ini.




A, 

Ingat tak lagi kenangan kita pergi tengok wayang sambil curi-curi bawa masuk kacang cap Ngan Yin? kau cakap, mak ayah kita dulu-dulu makan kuaci tengok wayang, tapi sebab kuaci susah nak bukak tambahan pula dalam gelap dan kita nak fokus tengok movie, maka kacang cap Ngan Yin jadi pilihan. Ala aku pun bukan picky eater, aku kan perut buaya, kau suruh aku bawa masuk rice cooker pun aku sanggup. Makan nasik panas-panas taruk kicap dengan telur mata dalam econ bukan ke asyukkk..apa aku merepek ni. berbalik ke bab kacang tadi, habis tengok wayang, kita mesti sepahkan seat dengan kulit kacang. Seriously, aku pun tak sedar aku makan banyak kacang. Kulit saja dah buat kaki aku lenguh. 



"Kuat makan kan sayang ni?" aku selalu cakap macam tu tapi kau akan jawab 




" No la, mana ada. Sayang je suka fikir macam tu". 





Haish. rasa nak tumbuk je muka kau masa tu sebab terlalu happy!



Jadi, perkara or pesanan pertama aku untuk kau; 


Jangan makan kacang time tengok wayang, nanti kotor berselerak bukan kau nak kemas. Bayar tiket tak seberapa menyusahkan orang je lebih! huh!

 ***





Wahai A, 


Ingat tak dulu-dulu kau selalu datang ambil aku kat hostel lepas tu kita pergi makan-makan kat kedai mamak. Dan dan la time tu bola pun start. Masa tu aku naif, aku layankan je kau tengok bola, bagi support kat boyfie, barulah cool, barulah sehidup semati, barulah pasangan bahagia, walhal aku tak paham pun apa yang tengah berlaku dan apa yang pengulas sukan tu cakap. Serius tak paham sepatah haram pun. Tapi demi cintaku padamu, aku gagahi juga tengok biarpun mataku kuyu je. Kalau angin berhembus kuat sikit confirm tertutup tak bukak-bukak sampai esok pagi.


Ini perkara or pesanan kedua untuk kau; 


 lepas ni jangan berangan nak keluar dating kalau niat semata-mata nak tengok bola! boring kau tau tak! penat je pakai cecomel last-last TV jugak kau pandang! eh aku emo macam la aku girlfriend kau lagi kan. ihiks, sorry bro,

***





Oh A, 


Ingat tak , kau cakap nak bagi aku hilang stress, kau nak bawa aku pergi satu tempat yang mana aku boleh lepaskan stress? boleh jerit-jerit? aku dah membayangkan kawasan bukit yang ada permandangan cantik. Tapi rupanya....



.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.




Kau bawak aku pergi Stadium Shah Alam. Selangor VS JDT. Dari aku stress, terus aku kemurungan. 


Dan ini perkara or pesanan terakhir untuk kau;


Bawak la pergi tempat lain. Apa kau nak orang rumah kau esok jadi macam Adibah Noor hidang kat laki dia lauk bola? Melainkan kau memang nak makan then it's ok.  






ok, lepas beban aku. nak tidur. bye. oh ya, beliaulah A yang dimaksudkan. Terpaksa menutup muka beliau kerana aku malu-malu miaw :3