Tuesday, 14 October 2014

Sensitif


Sesungguhnya semakin meningkat usia aku semakin "peka" dengan perasaan sekeliling. Contoh perasaan sekeliling adalah seperti mula berjinak-jinak mencintai kucing serta sering berasa sedih tiap kali sebelum tidur sebab membayangkan anak kucing yang sekor tu terpaksa tidur sorang-sorang kat luar , sebab mak, adik beradik dan pakcik-pakcik dia memanjat bumbung tidur kat atas.Huh, anak sorang pun tak reti bela. Eh




Hari ni satu hari kerja aku menangis. Haah aku menangis kot. Mula-mula kes customer. Kes tak seberapa tapi aku menggelabah lebih maka berderai air mata ni hakhak. Oh lupa, aku agen dropship baju. Sudi-sudilah singgah wall aku Nur Syazwani Mohamad Noor kalau terasa nak beli baju untuk diri sendiri ke, mak ke, mak mertua ke, bakal mak mertua ke, bakal mak mertua tak jadi ke incase kalau kau dah angau sangat dengan anak dia tapi anak dia tak nak kat kau ke,  kakak ke, adik ke, mahupun jiran rumah sebelah dengan harapan dapat berkenalan dengan anak teruna dia bagi menggantikan boipren yang curang.  Ekekek jangan marah haa, silalah berkunjung, baru sebulan beroperasi. Hehe.




Lepastu lepastu, petang semalam aku dapat call, dari satu company kat PJ. Interview on next Monday. Aku 50/50, nak pergi dengan takut nak interview tu sama banyak. Tapi sebab nak pergi dengan kawan sebab dapat sama-sama, aku kuatkan diri. Boleh kot, siap research la pasal company tu buat bisnes apa, and study post aku dapat ni kerjanya macam mana. Then aku bagitahu mak. Jawapan mak bagi sangat memetirkan hati *efek bunyi petir*





"nak dok mana? satgi dapat kerja camna? kawan hang tu takpala dia ada abang. hang ada sapa? takkan hang nak pi dok rumah orang"  Kata mak aku sambil potong bawang.




Puas aku explain; tumpang sekejap untuk interview, nanti dah dapat kerja cari bilik cecepat. Tapi mak aku tetap bagi jawapan keringgg camtu je. So, aku dengan hati sedih wechat dengan member tadi. Dia ada hati nak pergi, tapi ayah tak bagi. Satunya sebab kerja ni ikut syif, sampai pukul 10 malam. So ayah dia tak berapa berkenan part balik lewat malam tu la. Aku dah merambu-rambu air mata, sebab aku mulalah bayangkan, aku akan menghabiskan masa aku dengan menghadap laptop upload gambar baju kat fb sambil teragak-agak nak hantar resume dan akan bergelar anak dara tua sebab aku duduk rumah tak bercampur masyarakat. Well, jiran aku pun cina. Lalu je depan rumah anjing dah menyalak. Tengok, anjing pun menyalak tengok aku. Tsk dengan anjing pun nak touching. Hampeh. 




Lepas tu lepas tu, aku ada borak dengan sorang member ni. Dia bukan tak bagus, tapi part tak bagusnya setiap butir perbualan dia adalah dengan memangkah atau merendahkan aku je kerjanya. Paling sedih, dia gelar aku "tak bijak". Sebab, aku buat lesen kereta semata-mata. Buang duit katanya. Ye, aku sedar aku buang duit dan buat tindakan kurang bijak. Tapi aku ada sebab sendiri. Sebabnya, aku memang takut nak bawak motor. Kereta tu pun aku gagahkan juga la. Walaupun aku rasa macam aku bawak kereta macam ular kena palu. But seriously, aku sangat takut dengan motor. Mungkin sebab pengalaman belajar bawak motor sendiri-sendiri tu yang buat aku gelabah tahap gaban. Takpela, doa-doa la aku dapat kerja dekat-dekat rumah, kuat semangat and boleh ambil lesen motor auto. Ada ke? aku rasa macam ada. Patah balik cerita bab member tadi. Bila dia selamber rock je cakap kat aku macam tu, automatik air mata aku berderai balik. Seharian aku terperuk dalam bilik, dengan tak makan dari pukul 7.30 pagi tadi. Huks. Apesal hari ni bola mata mintak dicuci sangat-sangat ha?


ehem, term "tak bijak" yang digunakan beliau adalah bagi menggantikan perkataan "bodoh". 




Hari ni baru dapat tahu dari housemate, rupanya ada program dari U aku, bergabung dengan sebuah private company. Train student 20 hari then dia akan hantar kita ke company-company untuk diserap masuk bekerja. Huwaaa. Tapi kat Kelana Jaya. No transport, no money, no settlement, so no talk la jawapannya kan. Ahahaha. So aku forward kan la link program aku kat member yang dapat interview sama dengan aku tadi. Dan sekali lagi, minah ni dah buat aku nangis. 











Biarlah nak kata aku cengeng ke apa ke, hari ni memang hari menangis aku so aku decide nak nangis. kah kah kah! Then aku syak minah ni nak ceriakan aku dengan menghantar gambar ni;







Aku panggil ni lembu Lady Gaga. Haha!





Akibat keletihan terlampau lama mengerah dan menghasilkan air mata, maka tadi aku terlelap 2 jam. pfftt. Sila jangan contohi aku. Tidur di petang hari tu tak bagus. Sangat. Bila bangun rasa blur-blur ayam. 




Oh ya, ada yang bertanya, aku ada blog aku buat bisnes ke? Eh takla. Blog ni dah wujud lama. 3 tahun dah blog ni. Aku suka menulis, so sini la medium aku nak mengasah kuku. Kuikuikui. 


1 comment:

Sila Beri Sepatah Dua Kata