Walawehh..orang dah masuk cabaran hari kelima aku baru nak mula! takpe takpe. aku punya banyak masa, so mari kita masuk gear 5 dan habiskan #cabaran30hari ni. Nak tunggu orang tag kat aku 20 facts about me tu sampai ke sudah tak ada *ok sedar diri tak famous* behheee..so. let's go and enjoy reading!!
ini gambar yang paling terbaru yang ada dalam handphone. Maaf blur sebab ditangkap oleh adik aku yang kelaparan -..-
FAKTA 1 :
Anak sulung dari 4 beradik
FAKTA 2 :
Setiap kali kenal orang baru ( tak la setiap, kadang-kadang la) orang akan tanya;
"muka kau sekali pandang ada rupa melayu, 2x pandang, errr..
Ni aku nak bagitahu, aku separuh Melayu, separuh Mamak, sebab tu bila tengok aku korang akan nampak macam jelmaan Aishwarya Rai mahupun Kajol. Aishh malu kite ahaks :p
FAKTA 3 :
Peminat tegar coklat.
FAKTA 4 :
Pendiam. Hanya peramah dengan orang yang aku rasa betul-betul boleh 'masuk' je. Tapi kenkadang aku terlebih rajin tegur orang, sampai orang pulak pelik dengan aku. Pernah sekali pergi Dataran Merdeka, kitorang terpegun dengan kerenah seorang amoi yang bawak kandang kucingnya kat Dataran, aku pun kononnya nak beramah mesra dengan akak sebelah ni, aku cakap la "uii tu nak jalan kat tengah-tengah tu buat catwalk ke" lalu akak tu memandang aku pelik.
Hambar eek? ok move.
FAKTA 5 :
Aku dilahirkan di Taiping, dibesarkan di Ipoh 10 tahun, KL 10 tahun, dan sekarang menetap di Taiping 4 tahun. Sekolah pun merata-rata. Tak merasa 'feel' balik kampung sebab hidup berpindah randah so biasa jela, cuma excited dapat balik ke rumah dan berjumpa family.
Ini jela yang mampu difikir. Nantikan entri yang berikutnya ye.
No comments:
Post a Comment
Sila Beri Sepatah Dua Kata