Tuesday 28 February 2012

Huru-Hara Demi Masa Depan

hari ni merupakan hari paling stress bagi semua pelajar UiTM seluruh Malaysia tak kira mana ceruk kami berada. Hal ini disebabkan oleh sesi pendaftaran subjek bagi pelajar kategori B yakni pelajar Ijazah dan yang sama waktu dengannya bermula. Maka, since siang tadi sampai la malam ni wall facebook berhias dengan puji-pujian, sumpah seranah, sungutan dan macam-macam emosi daripada kami-kami selaku si pendaftar terpilih. muahahahaa.. ok tak kelakar. Abaikan.

Aku sebagai salah seorang pendaftar, terkocoh-kocoh bangun pukul TETTTTTT!!! (rahsia ;p) and terus menghadap laptop. Macam yang aku dah jangka, baru klik nak login, dia punya loading gua cakap sama lu.. Ko pergi mandi, berangan dalam jamban, cuci-cuci jamban, pergi makan pagi, golek-golek tengok tv..pastu pergi tengok balik laptop korang. SERVICE UNAVAILABLE! ERROR 500! dan bermacam-macam parasit yang muncul. Fuh! dari pukul TETTTTTTT!!! sampai la pukul 4 petang, aku berjaya daftar SATU subjek je. Diulangi, SATU je!

Tapi..disebabkan aku merasakan sabar itu bagus, so aku pun sabar la. Akhirnya aku berjaya daftar tiga subjek. Paling penting, aku dah berjaya daftar subjek bahasa ketiga aku, yakni bahasa mandarin. Pergh, ber'cong ciang' la aku sem depan ye reader-reader dan stalker-stalker. Apa, kau terasa aku panggil stalker? nak buat macam mana, sah-sah kau stalker aku kan. *cakap sorang-sorang pulak dah =.=
Kenapa pilih mandarin? urm. Aku pun tak pasti. Tapi yang aku agak pasti, mandarin ni ada market sikit. And maybe terpengaruh kot dengan generasi terdahulu yang meng'convince'kan aku ambik mandarin ni. Ada orang cakap, mandarin susah. Erm, semua benda pun susah kan...kan...err..betul kan.. *think positive wani. that's it.

Tapi tadi masa borak-borak dengan Fezul Fadhley, aku terpikir sesuatu. Boleh ke aku nak belajar bahasa lain ni? selama ni belajar dari tadika guna Bahasa Melayu pun terhegeh-hegeh, inikan pulak nak belajar bahasa yang sememangnya aku tak paham sepatah haram pun? hurm. memang, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan. Kata kuncinya sekarang ni ; Berusaha! yeah! aku akan berusaha lagi baik sem ni! *sambil ikat tuala good morning kat kepala :P

Sem depan aku rasa konfem hectic dan busy. And ada seperkara lagi yang tak best, ada kelas hari jumaat la. urm. Tak best!






                                                                             






UiTM Di Hatiku :D

Saturday 25 February 2012

sabar berbatas

aigoo..semalam aku diserang! oleh siapa? ok ini prediction aku la..tak tahu betul ke salah. aku diserang oleh si penstalker wall facebook aku. Chewah kemain aku kan ada stalker pulak.. kau mampu? bahaha!

apa-apa pun, aku masih boleh bersabar setakat ni. Aku bukan pesen yang pompang-pompang bila keadaan tengah panas. Selalunya aku akan jadi 'air'. Yakni aku tidak akan berlawan dengan orang yang tengah meroyan mahupun yang tengah panas bontot. ops, agak pedih di situ. Tapi itulah aku. Tapi perlu juga diingat, jangan ambil kesempatan kalau tak nak tengok aura yang aku simpan selama ni terlambak keluar macam tu je. Ingat. I remind you.

hari ini aku ada posting sesuatu di facebook yakni yang ada kesinambungan dari isu semalam. Ala mamat, tak payah pretend yang kau tak baca ok. Kan kerja kau selama ni jadi spy tak bergaji? well, aku sikit pun takkan halang kau dari terus menstalking aku. bak kata pepatah yang aku reka sendiri, stalking tandanya sayang. :D

*sedang layan lagu ni..



takda kaitan lagu ni dengan aku waima entri ni sekalipun. ada paham?


Dah la, cakap banyak2 pun tak guna.

Friday 24 February 2012

Semangat

ada orang cakap..aku ni cepat patah semangat..uwaaa...sumpah sedih siot! teruk sangat ke aku kat mata kau ek? kalau tak suka cakap je jangan la kona sana kona sini hukhuk...kang aku 'kona' kan ko baru tau hukhuk..sebenarnya skill berblogging da mula luntur disebabkan kurang ambil port bab menulis entri..yang aku selalu dok buat..make up blog..tu pun baru je belajar sebab tahap envy yang sangat meninggi bila tengok bloggie orang cantik-cantik..*ye.aku suka blogwalking* urm..dia cakap aku patah semangat tu satu hal..boleh pulak la dia cakap kasar2 dengan aku macam aku ni b**** bebenar..and paling tak tahan..dia cakap seolah2 macam aku ni dah ganggu hidup dia..aku ganggu? fine.. lepas ni aku tak ganggu kau budak belajar! ergh! rasa nak bagi kau makan kaki saiz 8 tau tak? *pecah lubang kaki aku saiz berapa :P* ok..wani..tolong bertenang..let's forget pasal beliau secara beransur-ansur..bye-bye budak kicap!

apa lagi nak menceceh ye..oh ye..aku sekarang ada pe'el baru..yakni suka layan twitter..haha..sebab kat sana aku enjoy cakap sorang-sorang tanpa ada orang nak kisah sangat..paling penting..aku boleh luahkan apa yang aku rasa kat sana..kat facebook aku akan cuba ceriakan dunia orang lain..kat twitter..aku menyelam dalam dunia sendiri..so wet there *what the fish? -.-*

sekarang aku dah mula merasakan wall facebook aku distalker seseorang..siapa? aku tahu. tapi aku biarkan je.haha.stalker benda betul takpe..jangan benda aku tak buat kau cakap aku buat pulak..nanti kau makan nasi lembik tau? *saje je* and kalau begitu lah kan..bermakna blog aku pun distalker juga selama ni.takpe.silakan menstalker.kalau kamu follow saya secara anonymous pun,silakan berbuat demikian.silalah baca hasil carutan saya di sini.hehe.stalking tandanya rindu. *pepatah baru tak boleh pakai hahaha!*

ok.tengah tersangkut.sekarang ni aku online malam.siang-siang aku tak bukak lappy pun..ini pun aku boleh online sebab adik aku yang bukak lappy aku..kalau tak..entah pukul berapa aku nak bukak ehehe..aku dapat rasa aura malas menyelubungi diri haha..

esok dah sabtu.seminggu dari sekarang aku akan mula membungkus harta benda.nak balik shah alam.balik puncak perdana to be exact.huks.Tuhan jela tau betapa beratnya hati,jantung,limpa,paru-paru,kaki,tangan,mata, dan organ-organ serta anggota-anggota yang sama waktu dengannya nak pergi menyerahkan hidup kat sana nanti..apa boleh buat? life must goes on.ini maybe terjadi rentetan keputusan semester 2 yang teramat bad!sesungguhnya aku tersangat la frust tahap menonggeng! uwaa...!!

aku tak pasti la apa pulak yang nak menanti aku sem depan..sem lepas aku dah tempuh macam-macam.paling best, aku merasa saat bercinta paling berbunga-bunga..paling tak best? hurm.ada la.tak boleh cerita.nanti touching.lalala~

mungkin kah ada yang menanti aku sem depan? mungkinkah orang yang sama? kalau ya, kenapa dia nak tunggu..sebab selama ni..aku yang menunggu pun..aku tak tau apa ada dalam hati dia.sebab tu aku cakap, jangan bagi aku teka-teki sebab aku tak pandai meneka neki!

dia online.tapi dia tak tegur pun.takkan aku nak tegur pulak?nanti nampak terhegeh-hegeh kang malu sendiri pulak.erm.aku ada sent mesej tapi dia tak balas pun.takkan nak tegur lagi kalau mesej lama tu pun dia takda usaha nak balas kan? takpela..tunggu kat sini diam-diam ye wanie.. :|

sekian.hurm.*teardrops*














"saya tunggu.. ~"

Monday 13 February 2012

Comel






hehe...saje tak tahu nak buat apa pagi2 ni..upload la picture2 comel ni hehe..suka je tengok..wonder if I could wear just like those cartoons did..Yep..di mana ada kemahuan,di situ ada jalan kan? I'm a girl with a tudung since I was in standard five. Rasanya boleh diupgrade mana yang patut kot kan? :)


Sunday 5 February 2012

Jom Cari Kerja..

Weehuu..lama gak tak update blog ni..dah bersawang my dear bloggie ni (saya memang suka bagi nama manja2 kat stuffie2 saya.harap maklum) Ok..tadi kan masa aku bermukabuku..ada sorang Hamba Allah ni bagi link kt member dia..Link ape? hah..ini memang sesuai untuk korang2 yang tengah cari peluang kerja di sektor kerajaan..and maybe akan diupdate dari semasa ke semasa kot..nak tahu? kamu klik di SINI ye. Nanti boleh tengok la mana yang kamu berkenan (macam tengok katalog baju pulak =.=")



Lebih kurang gini la frontpage link tu nanti




Ini senarai mereka2 yang menghendakkan (betul ke ni) kamu-kamu sebagai pekerja
 
Nanti korang klik la kat setiap link ni..Link ni kat sebelah kanan ye. Itu sebahagian je.Ada lagi kat bawah tu :D

Ok..perhaps my entry this time can be useful for those who are looking for job right now..Yeah.bantuan aku ni tak seberapa, tapi mungkin bole digunakan nanti. Ok,till then.Bye.See you on my next entry.When? Wait for my typing mood come.haha!





"apasal pakat2 nak pergi Sabah ni?" 
( tak da kaitan dgn korang part ni hehe)