Thursday 4 September 2014

Coretan Selepas Dua Bulan

Seriously, aku dah tak tahu nak menulis. Aiyark! 






my unemployed period for these two months seems going so smooth. ho la, kalau kau duduk kat rumah berbekalkan eletrik free, makanan free, dan air free, apa kau expect? happy live ever after la jawabnya.







but not me, wake up every morning dengan perasaan bersalah berbakul-bakul, sebab mak aku tengah bertungkus lumus di dapur. tapi bila aku nampak makanan atas meja, rasa bersalah terkurang sekejap. ok aku jahat!







aku takde seteruk tu nak biarkan mak aku buat kerja. so I take my responsibility dengan bantu mak sediakan lauk pauk. well, itu je pun yang aku rasa aku minat. Basuh kain baju was my favourite once, but since bahagian dryer mesin basuh rosak, aku sangat benci basuh baju. totally. Doakan minat membasuh baju timbul semula dalam diri, or at least when we get a new one. LOL











Habis masak dan kemas dapur, mandi. Lepastu masuk bilik buka laptop. Buka emel, buka facebook, dengan harapan kiriman emel-emel aku berjawab , atau ada yang post kerja-kerja kosong yang mampu menarik minat aku. Bukan memilih, tapi takkan aku nak jadi Account Exec kalau seumur hidup tak pernah belajar atau memiliki buku akaun? zzzzzzzzz.







Aku juga dalam proses mendapatkan lesen P. Lesen L dah dapat, tapi macam tak cool je kau baru nak dapat L walhal orang lain dah nak mereput lesen P diorang. ahahah. Ya, aku ni kengkadang boleh tahan juga negatifnya. Ekekek. Jangan ikut aku tau. kejap ok kejap tingtong. Cikgu aku lelaki India, bekas army, dan tersangatlah baik mengajar aku. Kecuali bila aku dekat 6-7 kali tak lepas bukit or tak alert dengan apa dia ajar maka dia mulalah meninggikan suara tahap melatah. Tak paham takpe, baca je. Tapi, aku tak berapa suka dia. Memang dia baik, tapi aku tak suka dia. aku tak suka dia. Yang buat aku bertambah kaciwa, tak boleh tukar cikgu. So aku putuskan yang aku nak habiskan 'pengajian' ni secepat mungkin. Sebab aku tak suka dia. 








Memandangkan aku seorang penganggur, aku berazam (kononnya) nak menajamkan skill masak-memasak aku. Sudahnya, satu benda pun aku tak buat. Sebab aku tak ada mood untuk itu. Entah, rasa macam aku tengah buat salah besar ni. Eh kejap, salah aku ke kalau aku dah hantar resume tapi tak dipanggil ditemuduga? Entah, tak ada sesiapa yang bersalah kot. Haishhh. Sambil menaip ni aku pekakkan telinga dengan dengar lagu kuat-kuat. Dan aku rasa sangat bersalah, sebab macam tengah bersenang lenang pulak. 








Oh ya, berbalik soal masak tadi, hari tu masa birthday, aku dah plan nak buat Cheesecuit. Alih-alih aku yang terkemut-kemut sampai ke saat ni, serdak Cheesecuit pun tak wujud dalam rumah. Lepastu aku plan, nak buat Churros. Gigih bertanyakan noozle kat akak jiran, last-last sampai sekarang tak nampak bayang Churros. Akak tu ajak beraya rumah dia pun aku tak pergi. Aku malu. hiks. Lagi lagi, aku plan nak buat aiskrim siang tadi, cakap kat mak, mak jawab;








"mana ada tempat nak buh aiskrim tu, penuh dengan ikan dah freezer tu"








Secara rasminya, impian nak buat aiskrim terpadam begitu sahaja. Begitu juga angan-angan nak buat coleslaw sendiri. Motif nak buat? ayah aku suka bendalah tu. Alah, sayur cincang KFC tu la. Aku dapat resepi ni dari sorang brader penjual burger. Aku tak kenal pun dia, tapi sebab dia ikhlas komen cara nak buat serta dapat beratus-ratus like, so aku macam why not kan cuba. Tapi tu la, semangat nak mencincang kubis dan lobak merah tu tak sampai, so goodbye Coleslaw. Aigooo..








Aku sangat ketagih. Ketagih nak tengok Running Man. Ketagih nak ketawa berdekah-dekah. Haha bapak dasat ketagih aku ni.  Tengok kat TV tak best. Takde feel. Aku nak tengok kat laptop macam dedulu. Tak makan pun takpe, janji dapat tengok RM. From who I can get the collection? huwaaaa. 








Adik aku dah masuk bilik. Mood menulis dah habis. Tipu! Dah tak ada apa nak ditulis, sebab rasa lega semacam. Ahaks. 







Till Then, bye-bye sayang-sayang. Korang yang baca ni memang awesome. :)









5 comments:

  1. Huhuhu..tanam anggur ni kalau sekejap best la, tapi dah lama-lama mesti bosan. Good luck cari keje

    ReplyDelete
  2. haaahaaa..saya doakan moga akak minat balik nak basuh baju...ehh!adik saya fail dpt lesen tuh sebab tak lpas bukitlah............good luck utk lesen keter tuh ya......n tolong mak selalu ..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. waaaa....risau la...mesti gabra bila kat bukit..ditambah pulak cikgu yang suka buat akak serabut..haha..tolong2..tapi bila xde mood apa pun tak boleh ekeke..

      Delete
  3. Coin Casino - 100% Bonus up to $100 - Casinoowed
    ⭐ Coin Casino. 100% up to $100. Play and win real money with these amazing หารายได้เสริม casino 인카지노 games. kadangpintar Play online slots or get $100 free.

    ReplyDelete

Sila Beri Sepatah Dua Kata