Friday, 2 January 2015

Throwback 2014


Assalamualaikum




Selalunya aku akan buat throwback setengah jam sebelum tahun baru. Tapi tahun ni tak ada hati pulak nak buat. Tapi demi meneruskan tradisi maka aku buat juga la. Actually tak ada apa yang best sangat untuk 2014. Biasa-biasa je. Tengok la ayat pun macam hampes je. Sudikanlah meminjam mata untuk membaca dan otak untuk mencerna ayat-ayat di bawah. Hahaks ok tak lawak. 





1. Sambutan 2014 disambut diatas katil kolej sambil menaip entri throwback 2013 dan otak pusing memikirkan assignment yang belum nampak rupa akan siap.




2. Merupakan sisa-sisa terakhir di Puncak Perdana, aku tinggalkan kehidupan kedua di Puncak pada 6 Januari 2014 jam 9.00 malam. Berat hati nak melangkah pergi. Terlalu banyak kenangan pahit manis sepanjang 3 tahun kat situ. Kalau kenang menitis air mata rindu. Srottt~~




3. Menjalani latihan industri di salah sebuah Pejabat Kerajaan selama 4 bulan. 




4. Menjadi penanam anggur paling vogue tahun 2014.




5. Berkonvo tanggal 2 Disember 2014 tanpa melambung topi dan pekerjaan. Hiks.





Itu jela. Tak ada apa yang menarik pun. Mungkin sebab dah memasuki fasa baru dimana segala enjoyment masa study dah mula say bye-bye. So, bye-bye zaman study, and say hi-hi to zaman dewasa. Semoga untuk tahun ni dapat dipertingkatkan lagi amal ibadah seiring usia, dikurniakan rezeki yang halal, serta bertemu calon. Uhuk uhuk uhuk sorry aku terbatuk. 






4 comments:

  1. Heee! I pun jadi penanam anggur untuk berbulan jugak la for 2014! :p

    Good luck for 2015! ;)

    ReplyDelete
  2. Sungguh Menarik Dan Bermanfaat Sekali Sobat Bagi Saya.
    Terima Kasih Berkat Artikel Anda Saya Mendapatkan Banyak Informasi Serta Pengatahuan Lebih Jauh.
    Jangan Lupa Kunjungi Blog/Artikel Saya Ya Sobat " Berbagi Itu Indah " !!!!!!

    Just Share My Visit Blog Thanks (^_^)

    1.( >>> Please Jangan Di Klik <<< )
    2. Agen Game Online

    ReplyDelete

Sila Beri Sepatah Dua Kata