***
ini cerita dari saya..
pada jam 3.30 pagi, saya mula shut down laptop, siap-siap nak tidur. sambil tu sempat la belek-belek muka kat cermin *yang ni pun nak cerita ke?* ok tak lawak. lepas tu, macam biasa la, memang dah menjadi rutin harian saya tutup tingkap bilik sebab saya paling lewat tidur. masa tengah tarik tingkap *tingkap jenis terkuak tu* saya terbau sesuatu yang busuk. busuk yang pelik, saya tak pernah bau busuk macam tu seumur hidup saya. Dalam hati saya berdetik
"pergh, pehal bau busuk gile ni.."
....sambil mata meliar tengok luar, kot2 la ada hamba Allah yang gamaknya terlalu kaya nak dikompaun sebab buang sampah suka-suka hati. Peliknya takde sebutir sampah pun kat laman Srikandi ni. Ok, Ada la tu bau dari mana-mana. Bukan rumah aku je kat sini, belambak lagi rumah kan. So, tanpa memikirkan yang tidak-tidak, saya pun off lampu, naik katil, baca Ayatul kursi, 3 Qul *ini memang saya praktik setiap malam sebelum tidur sebab saya super duper penakut ok* pasang headphone kat handset. and, saya layan lagu sampai jam 4.30 pagi.
***
Kiranya, masa housemate masuk bilik saya, saya masih belum tidur memandangkan katanya saya masih memakai headphone. And bila diingat-ingat balik, saya tidur pukul 4.30 pagi menyebabkan plan saya dengan roomate nak ke Giant pagi tadi hancur lebur berantakan wakakakaka...!!!
walaubagaimanapun, saya dan housemate bakal berjaga malam ini sebab nak study and also nak siapkan kerja-kerja yang menimbun. Tentang benda alah tu, emm..maybe sebab semalam malam jumaat kot, dia tengah outing.. -..-
No comments:
Post a Comment
Sila Beri Sepatah Dua Kata