Wednesday, 15 August 2012

Sesi merepek dipagi hari

Nama saya Nur Syazwani Bt Mohamad Noor. Dulu-dulu saya suka eja nama saya Nur Syazwani Bt Mohd Noor..sebab malas nak memanjangkan ejaan Mohamad tu, and sebab pada saya, takde beza pun Mohamad dengan Mohd. Tapi lepas cikgu kelas saya masa form 2 sedarkan kitorang kepentingan eja nama ikut dalam surat beranak, sejak tu saya jadi sensitif dengan ejaan nama saya. hehe. saya sanggup betulkan bila orang salah eja nama penuh saya, yang mana satu ketika dulu saya sikit pun tak kisah walaupun nama saya dieja sebagai Noor Shazwani bt Mohd Nor sekalipun. see? kan jauh beza ejaan tu. kalau ada urusan rasmi nanti ada masalh pulak.. :P

Umur saya..hehe..saya dah pun berumur 22 tahun secara rasminya.Masa nak masuk ke alam 20an ni dulu, punyalah teruja. suka sangat kot! sebab saya cakap, saya dah besar! tapi bila usia dah makin menginjak ni, mula terasa beban mula memberat kat bahu. huwaaaa...saya dah besar, dah dewasa la.. tapi jiwa remaja ok! :D frankly said, masa upper 6 dulu dah mula terasa tua, sebab kitorang paling tua dalam sekolah. umur 19 tapi still pakai uniform sekolah! haha! tapi ape2 pun tetap terasa sweet sangat sebab masih berbaju sekolah walaupun umur lagi setahun nak masuk 20 masa tu hehe. and most important thing is, kitorang rasa paling disayangi sebab bawah kitorang adalh adik-adik comel yang selalu akan tegur-tegur kitorang bila jumpa kat mana-mana ehehek!

saya merupakan perantau tegar dari kecil. saya dilahirkan di Taiping, Perak. Saya dibesarkan di Ipoh, Perak dari saya dilahirkan sampailah saya menjengah ke angka 10 tahun. Well, memandangkan masa duduk Ipoh adalah zaman saya kecik-kecik berhingus, jadi takdela yang menarik sangat nak dikongsi. Sebab, seingat saya, kerja saya pergi sekolah - balik sekolah - main dengan kawan-kawan - haha! dulu saya tadika dekat je dengan rumah. PErgi pun sendirian berhad takde sape hantar tsk~ errr..melainkan mak kena bayar yuran then mak hantar haha. ooo baru teringat, masa tadika dulu, saya sorang je yang boleh membaca masa tu, kawan-kawan yang lain semua tak bole baca. ABC pun diorang tak pas kot. Boleh dikatakan saya macam Hermione Granger la masa tu, sikit-sikit angkat tangan nak jawab or nak tulis kat papan hitam, and cikgu saya macam Severus Snape, buat-buat tak nampak saya and suruh Harry Potter jawab *ada Harry Potter ke dalam kelas tu? ok abaikan*

apa lagi? oh ya, saya dari kecik kan, suka buat benda lain dari kawan-kawan. saya pun tak paham kenapa. Ada sekali cikgu bagi gambar epal suruh kitorang warnakan. Kawan-kawan semua warnakan lukisan epal tu dengan warna merah, tapi saya sorang je warnakan epal tu dengan warna hijau. habis 1 hari tu saya kena bahal sebab epal saya dikategorikan sebagai pelik oleh kawan-kawan. Masa darjah sekolah rendah, saya paling suka subjek pendidikan seni sebab saya boleh melukis macam-macam and warna cantik-cantik *pada pandangan mata saya la* tapi ironinya, saya tak ambil pun kelas seni masa form 4..huhu~~

Pindah ke Kuala Lumpur, pengalaman pertama saya masuk ke dalam komuniti baru. Ingat lagi masa mula-mula masuk Sk. St. Teresa (2), brickfields dulu. Saya tak pakai tudung. haha. Tiba-tiba rasa malu sebab 1 sekolah tu bertudung. Tapi nasib baik saya datang sekolah tak masuk dewan terus. kami tunggu sampai assembly habis then cikgu Rahimah bawak saya pergi kelas 4 Maju. Lepas cikgu perkenalkan saya, 1 kelas bantai gelakkan saya! saya pun blur-blur pekehal lak ni..rupanya, dalam kelas tu ada sorang lagi Wani laa..haha..sejak dari hari tu, saya bergelar Wani Noor sampailah masuk sekolah menengah, sebab saya dengan wani tu sekelas sampai form 5 hikhik~

masuk sekolah menengah..terasa diri ini begitulah dewasanya. sampaikan bila adik cakap kat kawan dia "akak aku sekolah menengah" saya terasa kembang dada haha..padahal kawan adik tu, abang and kakak dia senior saya masa tu. lagi besar kot! haha! time ni la saya dah mula pandai usha budak laki.chewah. sebab sebelum ni sekolah kat ipoh kecik lagi, malu-malu taik kucing lagi. sekolah kt kl lak sekolah pompuan hehe. bila masuk sekolah menengah, bercampur laki perempuan pulak tu, memang la auranya satu macam ehehe. nak-nak pulak masa tu abang-abang senior semuanya besar-besar, tegap-tegap, matang-matang, errr..tak kurang jugak, hensem-hensem *part ni segelintir la hehe* so, memnag menjamu mata la kot time tu hehe!

masa form 1 , ada suka kat sorang senior ni. yang jadi syok tu sebab dia ajar kitorang kawad kaki. adeh. ini cinta pandang pertama ke, cinta syok sendiri ke saya pun tak tau la haha. tapi abang senior ni tau saya suka dia haha..malu la pulak bila ingat balik..bila saya naik form 4, saya rindu la pulak kat dia sebab dia dah takde kat sekolah tu. tapi takde la sampai frust tonggeng ok. hehe. saya ok je la. lagipun, masa form 4 saya dah mula bercouple buat pertama kali. tu yang tak heran dah kat abang senior tu hakhak!!!

lepas SPM saya kerja kat Watson Mid Valley. masa ni saya pertama kali bergaul dengan orang-orang yang jauh lebih berusia and lebih matang dari saya. huhu. ada sesetengah dari diorang still contact lagi la. ada sesetengah tu, nama saya pun diorang dah tak ingat hehe. lepas kerja kat situ, saya pun ambik keputusan masuk form 6. agak berat hati gak masa tu, tapi dah tak dapat tawaran mana-mana upu masa tu (kolej banyak la) saya pun buat la keputusan masuk form 6 walaupun kawan-kawan yang rapat masa form 5 tak join sama. form 6 saya di SMK Sri Pantai,sekolah lain bukan sekolah lama. huhu. orang first day daftar tu dah pakai baju kurung, saya selamber rock je pergi daftar pakai jeans. haha. lepas daftar memang balik la kan. petang baru la cari baju sekolah, nasib baik la cari kalau tak memang esoknya saya tidur kat rumah jela hehe.

Hujung tahun saya dapat tawaran ke Poli Dungun..kos eletrik & eletronik...sijil 3 tahun. masa tu memang ramai la yang dapat. tapi tak semua pergi sebab sayang pulak kat form 6 ni hehe. lagipun, kalau diploma memang pergi la kot. ni sijil.rasa cam rugi la. mak pun tak galakkan pergi. so, saya buat keputusan tak pergi poli and stay form 6 sampai la ke akhirnya heh. memang terbaik la masing-masing kena sindir kena cikgu PP kitorang time tu.

"eh, asal korang tak pegi? bukan ke dulu korang beria sangat nak tinggalkan sri pantai ni?"

kitoramg bantai gelak je. ape boleh buat cikgu, hati dah sayang macam ni la hehe~

habis form 6 saya keje kat UO Superstore Petaling Street. sekarang kalau korang pergi pun bukan ada apa, bangunan tu dah siap siaga nak dirobohkan pun. entah-entah dah roboh pun hehe. kat sini memang la heaven saya kerja. walaupun ada supervisor yang agak.err..tegas orangnya, tapi tu bukan penghalang kitorang nak bergelak ketawa sampai pecah perut sekalipun haha. yang bestnya, bukan dengan orang kat dept. sendiri je kita rapat, dengan floor lain pun jadi kenal and mana yang ngam tu, sah-sah la jadi kawan kan? sampaikan bangla-bangla tingkat 1 pun jadi kamceng inikan pula yang sebangsa kui kui kui~

lepas dah berhenti kerja tu, saya berehat 2 bulan *hambik, betul-betul rehat tu* masa bulan 11 saya dapat offer letter ke UiTM. yang tolong check tu kawan, sebab saya takut nak check hehe. kelakar la bila ingat balik. yela, kalau tak check macam mana nak tau dapat ke tak kan. aduiyai wani wani..hehe.lepas tu mula la buat persiapan nak masuk U. hehe. macam-macam dibelinya, lagi beli lagi lagi rasa tak cukup hehe. boleh pulak kan time-time tu jugak famili nak pindah. huhu. memang sedih la..last-last, 27 Disember 2010 saya daftar masuk UiTM, 29 Disember famili pun pindah ke Taiping. Start dari hari tu, bila orang tanya

"awak asal mana?" 

saya jawab macam ni

"k..eh taiping"  hehe..

sekarang saya dah 3 sem menggalas tanggungjawab sebagai seorang mahasiswi. huhu. hidup semakin menyulitkan tapi kitalah kena pandai-pandai atur supaya tak terjatuh berdebuk tersungkur. kat U ni saya biasa-biasa je, takde lah macam yang korang tengok kat tv tu..pakai lelawa pastu bajet macam model pulak catwalk 1 kampus. hehe. saya pakai baju kurung dan bersandal hari-hari. kalau rajin pakai mekap, kalau tak bedak je. kalau tak, eh, rasanya takde lagi. tu je tahap malas saya haha. boleh dibilang dengan jari la berapa kali je saya pakai seluar pergi kelas, tapi tu la, saya pakai jeans terus. yela, alang-alang nak berseluar.. :p

sem depan dah sem 4..uhuhu..harap sangat la sem depan best. dear en. pakwe, tunggu saya balik tau?
*sempat lagi kan*




:)




Wednesday, 8 August 2012

Post Penghargaan Lewat 2 bulan~

Assalamualaikum..sepatutnya entri ni saya buat 2 bulan yang lepas, yakni masa birthday saya yang ke-22 tahun itu hari. Tapi tak tahu la di mana silapnya, saya tak dapat nak buka blog adik saya Miss Haza. And beliau pun tak dapat nak bukak blog saya, so dia hantar link entri beliau masa tu untuk saya. Sejujurnya, saya terkejut dan terharu sebab ada juga yang concern and sudi menyelitkan perihal hari lahir saya dalam blog beliau..huwaaa..terharu siot..nak baca? klik bawah ni ~~


-MOHON KLIK DI SINI YE AWAK-AWAK HEHE-

Biarpun entri nya pendek dan ringkas, tapi itu dah cukup buat saya terharu tau..hehe..terima kasih banyak-banyak sebab rajin menaip entri untuk kak wani. sayang fizah!!! 








Dear En. A, cepat la online. saya rindu ni.. ehehe :p

Saturday, 4 August 2012

setahun menunggu kepulangan

Assalamualaikum semua-semua.. alhamdulillah sedar ta sedar dah 15 hari kita puasa..another 15 day to go..lepas tu balik puncak..er salah! raya dulu pastu baru balik puncak..ehehe..and hari ni ayah dah mula pacak buluh tepi rumah. Buat apa? nak gantung pelita of course hehe..ape lagi? paksu dgn adik saya pun dah  mula nak berniaga kat bazar raya. Separuh kuih raya dah mula diangkut dua hari lepas (tapi saya tak sure bila diorang mula berniaga)

berbalik kepada tajuk entri, dah setahun saya tunggu apa or siapa? haaa.. maksud kat sini, start raya tahun lepas, saya dah tak merasa suasana balik kampung semenjak family pindah sini. So, ini raya kedua saya jadi "orang kampung yang menunggu sanak saudara pulang"..haha.. tapi tak de la sampai tak balik kampung sendiri. Balik juga kampung mak ayah. Tahun lepas kampung ayah (45 minit je pun!!) and tahun ni kampung mak pulak (15 minit je hahaha!!)

kalau dulu..lagi 2 hari nak raya kitorang dah gerak balik kampung. Pagi-pagi lagi dah gerak, nak elak traffic jam. Huhu. pernah jadi sekali tu kitorang terpaksa berbuka kat R&R Sg.Perak. eh, sekali ape, lepas tu ade lagi..tapi kat R&R Tapah hehe. *R&R pun dah tak jengah hehe*

tapi takpela, even dah tak merasa pengalaman balik raya, tapi saya dapat lagi merasa, pengalaman balik raya haji. hehe. yang itu memang conferm saya rasa la. Walaupun raya haji, tapi orang ramai juga balik tau. dalam tren pun letak iklan raya (kalau TV tak rosak hehe).

Apa-apa pun, saya akan merasa juga kot pengalaman balik raya sebagai anak perantau. again. :D







"Saya menulis sebab hati sedih. Dush!"


Saturday, 21 July 2012

Alhamdulillah..Jumpa Lagi dengan En.Ramadan! :D

Assalamualaikum..syukur ke hadrat Ilahi, Kita semua dapat berjumpa lagi dengan En.Ramadan untuk tahun ni. Yup, rasa bersyukur itu perlu sebab bukan semua orang mampu nak berjumpa dengan Ramadan, dan perlu juga rasa bersyukur kita bertemu Ramadan dalam keadaan sihat walafiat :')

Pagi tadi macam biasa rumah dah kecoh-kecoh sebab masing-masing bangun sahur. hehe. Di samping itu ada kedengaran berita kematian seseorang. Saya pun tak pasti siapa, tapi saya doakan roh beliau dicucuri rahmat. See? tak semua mampu bertemu Ramadan. Even dah sampai ke harinya, masih ada lagi yang pergi..

Pagi-pagi ni sunyi pulak rasa. Mak dengan adik pergi rumah tok wan, tolong mengerjakan ayam-ayam untuk digolek-golek di bazar petang ni. Hehe. Itu memang rutin tok wan and paksu saya setiap kali Ramadan. Tapi tahun ni ada penyertaan dari mak menggantikan tok wan yang mula masuk kerja since a month ago. And, this is the second year mak made raya cookies to be sell by our paksu. meniaga kecil-kecilan jela. Tapi still alhamdulillah. Rezeki :D

Aigoo..pagi-pagi ni serius tak tau nak buat apa la. Nak masak? awal sangat la. Nak sambung tidur? da mandi cecomel ni, tak mo la! Nak tengok tv? bosan la takde cerita best (kalau ada pun bukan tengok sangat, dah memang bukan kaki tengok talibesen!) so? menghadap lappy jela Cik Senah oit! hehe. Sambil menyumbat telinga dengan headphone, tangan menskrol atau menaip. Itu jela yang termampu :p

Semoga Ramadan kali membawa seribu satu keberkatan buat kita semua. Semoga Ramadan kali ni mampu mengubah kita dari baik menjadi lagi baik. Semoga Ramadan kali mampu mebersihkan hati kita semua. Amin~


Buatan sendiri..keh keh keh~





p/s : Ramadan kali nak say no to rice agak-agak boleh tak? ngehehehe~~

Saturday, 7 July 2012

The Killer is coming

Assalamualaikum semua..ye..the killer is coming nearer and nearer. Gosh! am I too leisuring? of course not! I have been struggling for this two weeks to be honest. All of my time are spend for the notes.. and for sure, for this upcoming killer. He/she will come on this sunday, 9 am till 12 pm. And all of us need to struggle and pull up our socks to fight with him/her. Ya Allah, make our way is easier so we are able to save our lives and also we are able to fight for the 3 hours..Don't know why I'm feel like i'm quite...err..supposed I described it as a relax? yeah..perhaps..I do studying, done with my revision, and feel worried..but then there is strange feeling inside here that make me wanna feel like being quite relax..and yeah, my mood can turn rapidly when there is some influence at my surrounding. example? when I see people studying..or people are too relaxing while i'm being like an owl. pusing sana pusing sini thinking of why am I being so calm?

weird huh? but that's the fact. saya pun tak dapat nak decribe kan..but one thing for sure, i just can't wait for this monday evening..i'm going to leave Puncak Perdana..hehe~




Ya Allah, give me strength..

Tuesday, 19 June 2012

My Little Sister..

Salam..ye..aku memang tak ada adik perempuan. Tapi saya ada ramai sepupu-sepupu yang comel-comel belaka.. Hari ni saya nak bercerita pasal adik saya yang paling bongsu. NUR IMAN DAMIA. This cute little girl sekarang tengah suffer. Damia ada masalah semenjak dalam perut ibunya lagi. Oh, lupa nak mention, Damia ada twin, allahyarham NUR IMAN JANNAH. Jannah was found dead in her mom's womb, after she is being sacrificed to Damia, there is one symptom regarding to the twin condition. I'm not so sure how to describe it, but then it is a situation where the twins are sharing the same uri or tali pusat ( I am not so sure) and one of them is just like "sacrifice" to another one..which the result is, they will become small and smaller while the other one will grow up bigger and bigger. Yeah, they are not growing up well. And that's what happened to our Jannah. After being struggle, after the doctor are try their best to keep Jannah lives, but then Allah SWT loves her more. She's going, leaving her mom, her dad, her sisters, as well us, as the families. Since then, their mom, which is my mak lang, kena tahan duduk dalam wad for a long period. And, less than two months I guess, my mak lang delivered both them on 8th April 2012. Since that, Damia need to be monitor.. and she still in doctor's monitor..

Recent news, there is a donation for Damia called "Tabung Untukmu Damia", khas untuk Damia. Ditubuhkan oleh Kumpulan Utusan. Semoga dengan adanya donation ini, dapatlah meringakan sedikit beban yang ditanggung mak lang dan pak lang saya. And for reader information, dalam minggu ni Damia akan dirujuk ke IJN bagi menjalani pembedahan membuka saluran jantungnya yang sempit.

Saya harap adik saya ni dapat stay strong and also be a tough girl bagi membolehkan dia menjalani pembedahan dengan selamat dan berjaya. Walaupun ada sedikit kerisauan mengenai kenaikan dan juga penurunan berat badan Damia, tapi diharapkan Damia mampu mengharunginya. Kuat ye sayang!



Tuesday, 12 June 2012

Segmen Tambah Follower dan Rakan Blogger



~Nama blog ~ 
Stockhorst Antolin

~Link blog ~ 

~Bila mula berblogging ~ 
Sem 1 yakni bulan tiga tahun lepas 

~Kenapa berblogging ~ 
saya sedar saya dapat mengurangkan tekanan saya melalui penulisan. tak kira   penulisan berunsur ceria atau sedih. Ye, saya suka menulis dari zaman sekolah yang sebetulnya. Tak percaya tanya la mak saya ^_^

~Idola saya dalam berblogging ~ 
dua orang rakan sepersekolahan saya yang saya stalker dalam diam



TARIKH LAST JOIN : 13 JUN 2012,

SEBELUM 5 PETANG