Umur saya..hehe..saya dah pun berumur 22 tahun secara rasminya.Masa nak masuk ke alam 20an ni dulu, punyalah teruja. suka sangat kot! sebab saya cakap, saya dah besar! tapi bila usia dah makin menginjak ni, mula terasa beban mula memberat kat bahu. huwaaaa...saya dah besar, dah dewasa la.. tapi jiwa remaja ok! :D frankly said, masa upper 6 dulu dah mula terasa tua, sebab kitorang paling tua dalam sekolah. umur 19 tapi still pakai uniform sekolah! haha! tapi ape2 pun tetap terasa sweet sangat sebab masih berbaju sekolah walaupun umur lagi setahun nak masuk 20 masa tu hehe. and most important thing is, kitorang rasa paling disayangi sebab bawah kitorang adalh adik-adik comel yang selalu akan tegur-tegur kitorang bila jumpa kat mana-mana ehehek!
saya merupakan perantau tegar dari kecil. saya dilahirkan di Taiping, Perak. Saya dibesarkan di Ipoh, Perak dari saya dilahirkan sampailah saya menjengah ke angka 10 tahun. Well, memandangkan masa duduk Ipoh adalah zaman saya kecik-kecik berhingus, jadi takdela yang menarik sangat nak dikongsi. Sebab, seingat saya, kerja saya pergi sekolah - balik sekolah - main dengan kawan-kawan - haha! dulu saya tadika dekat je dengan rumah. PErgi pun sendirian berhad takde sape hantar tsk~ errr..melainkan mak kena bayar yuran then mak hantar haha. ooo baru teringat, masa tadika dulu, saya sorang je yang boleh membaca masa tu, kawan-kawan yang lain semua tak bole baca. ABC pun diorang tak pas kot. Boleh dikatakan saya macam Hermione Granger la masa tu, sikit-sikit angkat tangan nak jawab or nak tulis kat papan hitam, and cikgu saya macam Severus Snape, buat-buat tak nampak saya and suruh Harry Potter jawab *ada Harry Potter ke dalam kelas tu? ok abaikan*
apa lagi? oh ya, saya dari kecik kan, suka buat benda lain dari kawan-kawan. saya pun tak paham kenapa. Ada sekali cikgu bagi gambar epal suruh kitorang warnakan. Kawan-kawan semua warnakan lukisan epal tu dengan warna merah, tapi saya sorang je warnakan epal tu dengan warna hijau. habis 1 hari tu saya kena bahal sebab epal saya dikategorikan sebagai pelik oleh kawan-kawan. Masa darjah sekolah rendah, saya paling suka subjek pendidikan seni sebab saya boleh melukis macam-macam and warna cantik-cantik *pada pandangan mata saya la* tapi ironinya, saya tak ambil pun kelas seni masa form 4..huhu~~
Pindah ke Kuala Lumpur, pengalaman pertama saya masuk ke dalam komuniti baru. Ingat lagi masa mula-mula masuk Sk. St. Teresa (2), brickfields dulu. Saya tak pakai tudung. haha. Tiba-tiba rasa malu sebab 1 sekolah tu bertudung. Tapi nasib baik saya datang sekolah tak masuk dewan terus. kami tunggu sampai assembly habis then cikgu Rahimah bawak saya pergi kelas 4 Maju. Lepas cikgu perkenalkan saya, 1 kelas bantai gelakkan saya! saya pun blur-blur pekehal lak ni..rupanya, dalam kelas tu ada sorang lagi Wani laa..haha..sejak dari hari tu, saya bergelar Wani Noor sampailah masuk sekolah menengah, sebab saya dengan wani tu sekelas sampai form 5 hikhik~
masuk sekolah menengah..terasa diri ini begitulah dewasanya. sampaikan bila adik cakap kat kawan dia "akak aku sekolah menengah" saya terasa kembang dada haha..padahal kawan adik tu, abang and kakak dia senior saya masa tu. lagi besar kot! haha! time ni la saya dah mula pandai usha budak laki.chewah. sebab sebelum ni sekolah kat ipoh kecik lagi, malu-malu taik kucing lagi. sekolah kt kl lak sekolah pompuan hehe. bila masuk sekolah menengah, bercampur laki perempuan pulak tu, memang la auranya satu macam ehehe. nak-nak pulak masa tu abang-abang senior semuanya besar-besar, tegap-tegap, matang-matang, errr..tak kurang jugak, hensem-hensem *part ni segelintir la hehe* so, memnag menjamu mata la kot time tu hehe!
masa form 1 , ada suka kat sorang senior ni. yang jadi syok tu sebab dia ajar kitorang kawad kaki. adeh. ini cinta pandang pertama ke, cinta syok sendiri ke saya pun tak tau la haha. tapi abang senior ni tau saya suka dia haha..malu la pulak bila ingat balik..bila saya naik form 4, saya rindu la pulak kat dia sebab dia dah takde kat sekolah tu. tapi takde la sampai frust tonggeng ok. hehe. saya ok je la. lagipun, masa form 4 saya dah mula bercouple buat pertama kali. tu yang tak heran dah kat abang senior tu hakhak!!!
lepas SPM saya kerja kat Watson Mid Valley. masa ni saya pertama kali bergaul dengan orang-orang yang jauh lebih berusia and lebih matang dari saya. huhu. ada sesetengah dari diorang still contact lagi la. ada sesetengah tu, nama saya pun diorang dah tak ingat hehe. lepas kerja kat situ, saya pun ambik keputusan masuk form 6. agak berat hati gak masa tu, tapi dah tak dapat tawaran mana-mana upu masa tu (kolej banyak la) saya pun buat la keputusan masuk form 6 walaupun kawan-kawan yang rapat masa form 5 tak join sama. form 6 saya di SMK Sri Pantai,sekolah lain bukan sekolah lama. huhu. orang first day daftar tu dah pakai baju kurung, saya selamber rock je pergi daftar pakai jeans. haha. lepas daftar memang balik la kan. petang baru la cari baju sekolah, nasib baik la cari kalau tak memang esoknya saya tidur kat rumah jela hehe.
Hujung tahun saya dapat tawaran ke Poli Dungun..kos eletrik & eletronik...sijil 3 tahun. masa tu memang ramai la yang dapat. tapi tak semua pergi sebab sayang pulak kat form 6 ni hehe. lagipun, kalau diploma memang pergi la kot. ni sijil.rasa cam rugi la. mak pun tak galakkan pergi. so, saya buat keputusan tak pergi poli and stay form 6 sampai la ke akhirnya heh. memang terbaik la masing-masing kena sindir kena cikgu PP kitorang time tu.
"eh, asal korang tak pegi? bukan ke dulu korang beria sangat nak tinggalkan sri pantai ni?"
kitoramg bantai gelak je. ape boleh buat cikgu, hati dah sayang macam ni la hehe~
habis form 6 saya keje kat UO Superstore Petaling Street. sekarang kalau korang pergi pun bukan ada apa, bangunan tu dah siap siaga nak dirobohkan pun. entah-entah dah roboh pun hehe. kat sini memang la heaven saya kerja. walaupun ada supervisor yang agak.err..tegas orangnya, tapi tu bukan penghalang kitorang nak bergelak ketawa sampai pecah perut sekalipun haha. yang bestnya, bukan dengan orang kat dept. sendiri je kita rapat, dengan floor lain pun jadi kenal and mana yang ngam tu, sah-sah la jadi kawan kan? sampaikan bangla-bangla tingkat 1 pun jadi kamceng inikan pula yang sebangsa kui kui kui~
lepas dah berhenti kerja tu, saya berehat 2 bulan *hambik, betul-betul rehat tu* masa bulan 11 saya dapat offer letter ke UiTM. yang tolong check tu kawan, sebab saya takut nak check hehe. kelakar la bila ingat balik. yela, kalau tak check macam mana nak tau dapat ke tak kan. aduiyai wani wani..hehe.lepas tu mula la buat persiapan nak masuk U. hehe. macam-macam dibelinya, lagi beli lagi lagi rasa tak cukup hehe. boleh pulak kan time-time tu jugak famili nak pindah. huhu. memang sedih la..last-last, 27 Disember 2010 saya daftar masuk UiTM, 29 Disember famili pun pindah ke Taiping. Start dari hari tu, bila orang tanya
"awak asal mana?"
saya jawab macam ni
"k..eh taiping" hehe..
sekarang saya dah 3 sem menggalas tanggungjawab sebagai seorang mahasiswi. huhu. hidup semakin menyulitkan tapi kitalah kena pandai-pandai atur supaya tak terjatuh berdebuk tersungkur. kat U ni saya biasa-biasa je, takde lah macam yang korang tengok kat tv tu..pakai lelawa pastu bajet macam model pulak catwalk 1 kampus. hehe. saya pakai baju kurung dan bersandal hari-hari. kalau rajin pakai mekap, kalau tak bedak je. kalau tak, eh, rasanya takde lagi. tu je tahap malas saya haha. boleh dibilang dengan jari la berapa kali je saya pakai seluar pergi kelas, tapi tu la, saya pakai jeans terus. yela, alang-alang nak berseluar.. :p
sem depan dah sem 4..uhuhu..harap sangat la sem depan best. dear en. pakwe, tunggu saya balik tau?
*sempat lagi kan*
:)
Wah..sempat lagi pesan pada pakwe nya...dah da punya ye cik wani ni
ReplyDeleteBy BoboiBoy