Saturday 21 July 2012

Alhamdulillah..Jumpa Lagi dengan En.Ramadan! :D

Assalamualaikum..syukur ke hadrat Ilahi, Kita semua dapat berjumpa lagi dengan En.Ramadan untuk tahun ni. Yup, rasa bersyukur itu perlu sebab bukan semua orang mampu nak berjumpa dengan Ramadan, dan perlu juga rasa bersyukur kita bertemu Ramadan dalam keadaan sihat walafiat :')

Pagi tadi macam biasa rumah dah kecoh-kecoh sebab masing-masing bangun sahur. hehe. Di samping itu ada kedengaran berita kematian seseorang. Saya pun tak pasti siapa, tapi saya doakan roh beliau dicucuri rahmat. See? tak semua mampu bertemu Ramadan. Even dah sampai ke harinya, masih ada lagi yang pergi..

Pagi-pagi ni sunyi pulak rasa. Mak dengan adik pergi rumah tok wan, tolong mengerjakan ayam-ayam untuk digolek-golek di bazar petang ni. Hehe. Itu memang rutin tok wan and paksu saya setiap kali Ramadan. Tapi tahun ni ada penyertaan dari mak menggantikan tok wan yang mula masuk kerja since a month ago. And, this is the second year mak made raya cookies to be sell by our paksu. meniaga kecil-kecilan jela. Tapi still alhamdulillah. Rezeki :D

Aigoo..pagi-pagi ni serius tak tau nak buat apa la. Nak masak? awal sangat la. Nak sambung tidur? da mandi cecomel ni, tak mo la! Nak tengok tv? bosan la takde cerita best (kalau ada pun bukan tengok sangat, dah memang bukan kaki tengok talibesen!) so? menghadap lappy jela Cik Senah oit! hehe. Sambil menyumbat telinga dengan headphone, tangan menskrol atau menaip. Itu jela yang termampu :p

Semoga Ramadan kali membawa seribu satu keberkatan buat kita semua. Semoga Ramadan kali ni mampu mengubah kita dari baik menjadi lagi baik. Semoga Ramadan kali mampu mebersihkan hati kita semua. Amin~


Buatan sendiri..keh keh keh~





p/s : Ramadan kali nak say no to rice agak-agak boleh tak? ngehehehe~~

2 comments:

Sila Beri Sepatah Dua Kata