Assalamualaikum,
Ini cerita semalam. Dek kerana terlampau
Jadinya, lepas solat, aku suruh adik aku pergi ambil daun pandan 5 helai. Kejam gila aku suruh budak tu ambil daun pandan dalam hujan. Tak ada la lebat mana pun. Tapi sebagai seorang kakak, sifat diktator tu perlu ada. Miahaha. Kalau tak, misi Kuih Cara versi rajin tak akan berjalan dengan lancar. Mesti ada yang kata, apesal susah payah ambil daun pandan, pakai jela pewarna. Hey, bahan semulajadi itu lebih elok dari pencelup warna, maka kita harus mengetengahkan lagi penggunaan bahan-bahan semulajadi dalam kehidupan seharian. Hekhek.
Aku blend daun pandan, airnya aku tapis. next step aku pun campurkan dengan bahan-bahan lain menjadikan ia satu batter. Lepas aku dah puas hati dengan kecairan bancuhan, aku cari acuan, aku cuci bersih-bersih lepastu aku mula buat kuih. Bila cukup masak, aku nak korek keluar kuih tu dari acuan, tapi ada problem. Kuih tu melekat! Ah sudah! selalu buat tak ada pulak jadi macam ni. Huuuu, aku dah rasa macam nak tutup api pastu nak buang bancuhan pastu nak basuh semua bekas-bekas yang aku guna pastu nak sambung memerap. Senang cerita aku nak sorok dari mak la, aku buat kuih tak jadi. Tapi aku teruskan juga, tapi benda sama berulang, kuih tu melekat susah nak korek. Huwaaaa......
Tengah buat, aku nampak mak balik dari pekan dengan adik bongsu. Hurm, tanya jela kat mak, apesal kuih aku tak jadi. Aku yakin dan confident aku dah bancuh betul, acuan pun aku basuh bersih-bersih. So mana silapnya?
"mak, awat kuih ni melekat?"
"hang tak boh teloq"
zzzzzzz...aku tak letak telur rupanya. Telur yang bertindak sebagai..sebagai..err...pelembut, dan juga anti pelekat kah kah kah ok aku bedal. Mak suruh aku ambil sebiji telur masukkan dalam bancuhan tadi, and then wallah! bancuhan tu tak melekat, dan kuih aku menjadi juga.
Inilah rupa Kuih Cara aku sebelum dicampur telur
"Alhamdulillah, selepas melalui rawatan akutelur, kini kulit saya semakin berseri-seri!" Cik Cara.
Ok, lepas ni sila ingat bebaik ye, sila masukkan telur dalam bancuhan. Muahaha.
No comments:
Post a Comment
Sila Beri Sepatah Dua Kata