Assalamualaikum,
Apa perasaan korang bila orang yang paling suka ketawa dan buat orang ketawa kini terlantar sakit di wad tanpa mampu menguruskan diri sendiri, dan paling sedih tak mampu nak senyum walaupun sekadar tersungging di hujung bibir?
Itulah yang dirasakan aku ketika ini, apabila menyaksikan sendiri Cik Lah aku yang secara tiba-tiba diserang darah tinggi 2 malam sudah. Tekanan darah naik 230. Sangat tinggi. Terkejut bila dapat call malam tu; Cik Lah jatuh! Cik Lah tak rasa sebelah badan! Cik Lah masuk hospital naik ambulans!
Kami kat rumah semua terdiam, hati tak gembira. Paling tak gembira, bila dapat call sekali lagi;
Cik Lah dibawa ke Hospital Taiping.
Itu maksudnya keadaan dia serius dan kami sedia maklum Hospital di kampung tak cukup kemudahan, maka itu Cik Lah harus dibawa ke hospital. Menurut perkiraan pada mulanya, Cik Lah hanya perlu di x-ray dan kemudian dibawa pulang ke kampung semula. Tapi itu hanya perancangan manusia biasa bergelar doktor, Allah tentukan bahawa Cik Lah perlu ditahan di wad Hospital Taiping.
Sedih hati bila tengok Cik Lah. Serius aku sedih. Aku rasa macam tak percaya Cik Lah yang aktif, duduk tak diam, suka berjenaka, ambil berat hal orang sakit, sekarang dah bedridden kat hospital. Doktor tak benarkan Cik Lah makan, hanya tiub di hidung jadi pengalas perut yang lapar. Aku tahu Cik Lah tersangat lapar, tapi atas arahan doktor Cik Lah tak boleh makan sebab diorang nak tengok isi perut Cik Lah yang keluar dari tiub di hidung, then diorang akan decide apa yang patut dan tak patut dimakan Cik Lah (ini impression aku la, logiknya macam tula kan) and maybe untuk kawal kandungan garam dalam badan Cik Lah (ini impression ayah aku, logik juga la kan?) So, kami hanya mampu melawat tanpa membawa apa-apa kecuali doa tak putus-putus lepas solat. Cuma lepas waktu melawat tadi, Acu ada belikan air Anugerah untuk Cik Lah minum buat penawar, insyaallah dengan kuasa Allah SWT.
Baru minggu lepas borak-borak dengan Cik Lah, aku sempat mengusik dia. Aku cakap dah lama tak borak dengan Cik Lah. Cik Lah gelak-gelak. Malam last sebelum kami balik Taiping, aku borak panjang dengan Cik Lah. Tapi borak kitorang tu banyak pasal luahan perasaan. Cik Lah luahkan sesuatu kat aku. Aku ingat lagi Cik Lah bergenang air mata, aku tak pernah tengok Cik Lah menangis atau hampir-hampir nak menangis. Aku hanya mampu diam. Aku tak pandai pujuk, tapi aku dapat rasa.
Masa kecik-kecik sampai umur dah masuk 20an aku akan tidur dengan Cik Lah dan Acu setiap kali balik kampung. Dan aku tak pernah pikir samada diorang selesa ke tidak tidur bertemankan aku hahaha! Sampailah beberapa tahun lepas aku decide untuk tak ganggu privasi diorang dan mula tidur ramai-ramai dengan family aku bila balik kampung. Dasar anak lupakan keluarga bila pulang ke desa. Ahaks. Aku rasa, aku jela satu-satunya anak saudara yang tidur dengan diorang dari kecik sampailah besar tanpa merengek nak pergi tidur kat mak memalam bebuta. Oh yeah? please believe this.
Kepada Cik Lah, kitorang rindu nak tengok Cik Lah sihat macam sebelum ni, rindu nak dengar jokes Cik Lah, rindu nak dengar Cik Lah ketawa. Cik Lah jangan putus asa, Allah SWT turunkan ujian tanda Allah sayang. Allah SWT tahu kita selaku hambaNya mampu dan kuat untuk tempuh segala ujian yang diberi. We miss the old and original you Cik Lah, especially me :')
No comments:
Post a Comment
Sila Beri Sepatah Dua Kata