Showing posts with label 2015. Show all posts
Showing posts with label 2015. Show all posts

Tuesday, 17 March 2015

Tutorial Tukar Font Window 7



Assalamualaikum,


Setelah sekian lama labah-labah dan sekutunya mendiami blog ni, hari ni tuan tanah datang nak bagi tutorial kejap. Tutorial sebelumnya boleh rujuk sini. Sorry la bukan tak berminat nak blogging, tapi otak tepu tak ada idea. Mungkin sebab tak minum Dugro tu yang otak lambat nak proses, nak menaip ayat pun macam tak best. Kurang membaca barangkali sementelah blog kesayangan hamba hilang dari alam siber hahaha.. 



As promised, hari ni nak bagi sikit tutorial simple, dan rasanya ramai dah tahu. Sebetulanya, aku nak tukarkan semua font termasuklah yang kita taip kat URL space kat atas, tapi tak dapat lagi tutorial yang tu. So aku share yang ni dulu la, daripada biarkan blog bersawang baik aku update apa yang patut kan..mana la tau kot kaching kaching masuk ke..zzzzzzzzzz



Have a sit, and read this tutorial with a nice warm tea cicah with biskut mayat~!





Step pertama, korang kena buat ini ;







Right Click, lepastu pilih "Personalize"







Ok, lepas korang dah pilih "Personalize", pergi kat "Window Color" dan klik situ











Lepas dah klik "Window Color", klik "Advanced Appearance Setting"











Kemudian akan keluar satu tab kecik macam dalam gambar;





Bahagian "Item" korang pilih "Icon" dan secara automatiknya bahagian bawah juga akan bertukar jadi pilihan font.












Korang pilih la nak font apa, size berapa, nak bold ke tak, Italic ke tak. Lepastu click "Apply". Ini bertujuan untuk korang preview dulu font tu cantik ke atau mudah dibaca ke tak bila digunakan nanti. 











OK, bila click "apply" skrin akan jadi It's Black, it's white yeah yeah yeah~~!! ahaha nyanyi kejap lagu MJ. Jangan menggelabah pulak, memang macamni. Kang tak pepasal korang sumpah kata aku rosakkan laptop korang. Tak lama pun,lepastu skrin akan berwarna balik dan font akan bertukar. Kalau rasa nak tukar font lagi, pilih je font lain, klik "Apply" dan tengok result. Dah puas hati klik "Ok"





Ini cuma simple tutorial jela. Lebih-lebih aku pun bukan pakar sangat. Oh ye, kalau korang tau macam mana nak tukarkan sekali font URL dengan New Tab tu share-share la ye. Terima kasih membaca. Aiyark skemanya ayat =.=

















Sunday, 25 January 2015

Proses Pemulihan



Assalamualaikum,



Ini cerita semalam. Dek kerana terlampau bosan seronok lepak dalam bilik seharian, lepas solat asar aku decide nak buat Kuih Cara. Haha aku tak pernah jadi rajin nak ke dapur semata-mata nak buat kuih. Paling habis aku bancuh air, itu pun sebab mak suruh.



Jadinya, lepas solat, aku suruh adik aku pergi ambil daun pandan 5 helai. Kejam gila aku suruh budak tu ambil daun pandan dalam hujan. Tak ada la lebat mana pun. Tapi sebagai seorang kakak, sifat diktator tu perlu ada. Miahaha. Kalau tak, misi Kuih Cara versi rajin tak akan berjalan dengan lancar. Mesti ada yang kata, apesal susah payah ambil daun pandan, pakai jela pewarna. Hey, bahan semulajadi itu lebih elok dari pencelup warna, maka kita harus mengetengahkan lagi penggunaan bahan-bahan semulajadi dalam kehidupan seharian. Hekhek. 



Aku blend daun pandan, airnya aku tapis. next step aku pun campurkan dengan bahan-bahan lain menjadikan ia satu batter. Lepas aku dah puas hati dengan kecairan bancuhan, aku cari acuan, aku cuci bersih-bersih lepastu aku mula buat kuih. Bila cukup masak, aku nak korek keluar kuih tu dari acuan, tapi ada problem. Kuih tu melekat! Ah sudah! selalu buat tak ada pulak jadi macam ni. Huuuu, aku dah rasa macam nak tutup api pastu nak buang bancuhan pastu nak basuh semua bekas-bekas yang aku guna pastu nak sambung memerap. Senang cerita aku nak sorok dari mak la, aku buat kuih tak jadi. Tapi aku teruskan juga, tapi benda sama berulang, kuih tu melekat susah nak korek. Huwaaaa......



Tengah buat, aku nampak mak balik dari pekan dengan adik bongsu. Hurm, tanya jela kat mak, apesal kuih aku tak jadi. Aku yakin dan confident aku dah bancuh betul, acuan pun aku basuh bersih-bersih. So mana silapnya?



"mak, awat kuih ni melekat?"


"hang tak boh teloq"




zzzzzzz...aku tak letak telur rupanya. Telur yang bertindak sebagai..sebagai..err...pelembut, dan juga anti pelekat kah kah kah ok aku bedal. Mak suruh aku ambil sebiji telur masukkan dalam bancuhan tadi, and then wallah! bancuhan tu tak melekat, dan kuih aku menjadi juga. 







Inilah rupa Kuih Cara aku sebelum dicampur telur







"Alhamdulillah, selepas melalui rawatan akutelur, kini kulit saya semakin berseri-seri!" Cik Cara.





Ok, lepas ni sila ingat bebaik ye, sila masukkan telur dalam bancuhan. Muahaha.