Saturday 23 March 2013

Miss Muscle Gara-gara Air..

Haha..ketahuilah anda-anda bahawasanya student Puncak Perdana ada muscle kat lengan lalala..krisis ayor yang berlaku hampir seminggu lebih, menjadikan muka-muka kami kelihatan lesu tak bermaya, mana taknya mandi kerbau je kot. eh jap, nak mandi kerbau pun tak dapat sebab keadaan air yang tersangatlah meruncing huahua..

Blok saya mula mengering pada pagi isnin hari tu. kelas pukul 10, tapi saya dengan Yasmin *sila korek blog kalau nak tahu siapa beliau* bangun pukul 9.30..heeee..and then sewaktu saya masih duduk-duduk *dah lambat pun sempat lagi aku bersantai kan* .....

"wei, air takde la!"

"air takde? camane ni..kita dah ponteng kot kelas ni hari tu" *teeeetttttttttt* :p

"ala, ko try la kol sape2..rumah diorang2 kot ada air ke"

saya dengan separuh rajin separuh malas kol classmate si Fieza. Rumah dia ada je air, tapi dia dah nak turun pergi kelas. hurm..lalu Yasmin kol pulak member sorang lagi si Safarina. Safarina cakap..

"kitorang pun pagi tadi mandi kat surau, ramai gila kot"

hoh? pagi tadi? ramai gila? entah pukul berapa la kan air dah mula takde ni.sobs~





berbekalkan semangat separuh rajin separuh malas bercampur kata-kata semangat suam-suam kuku Yasmin *Yasmin menyarankan agar kami tetap ke kelas walaupun lewat, dan aku sangat teruja pagi tu dengan tahap kerajinan beliau* kitorang pun transform la kejap jadi rupa pelarian, bawak segala baldi and perkakas mandi turun ke surau...

"dik, kat sini takde air la..mak cik nak buang air pun tak dapat..pergilah fakulti, sana banyak air"

haha! memang tak la nak pergi mandi time-time camni..

so, cari punya cari, jumpa la sumber air kat tempat washing machine! Jadilah untuk bekalan sementara. And tak sangka keadaan semakin meruncing sampaikan SYABAS sediakan pulak lori start dari hari tu. and dua hari lepas, udah dibubuh tangki setiap blok. Nak tak nak, memang kami berangkut air la tiap-tiap malam. hewhew..FYI, rumah saya aras paling atas, so bayangkanlah macam mana susah payahnya kami-kami mengangkut air bertan-tan *saje je kasi gempak* dari bawah ke rumah..hoho..part paling best, tengah malam kitorang pergi mandi kat toilet belakang dining. haha. best je tengok laki pompuan bertuala ala-ala sarban singh, berbaju tidur, berkain pelikat mahupun batik. keh keh keh. tapi semalam lagi best. ada dua Hamba Allah tak berapa nak tulen datang mandi, kemain suka budak laki mengusik..masuk dalam toilet suara diorang je yang riuh..padahal 5 minit sebelum tu ada 4-5 orang yang tulen masuk dalam toilet tu mandi hahahaha!!!!!




sehubungan dengan itu, dua barang ni juga mula femes..kot~







Baldi. warna warni. ehsan pak cik google











air mineral. pun gambar ehsan pak cik google










...dan hari ni air mula ada bila kami buka paip..maybe sebab ramai yang balik kot..ini FAKTA! Kolej Jasmine tersangatlah sunyi..




2 comments:

  1. hahahahahaha!! ohh.. jgn gelak. kesian korg xde air.. *muke baik nih, mohon percaye!* =P Alhamdulillah.. skrg dh ade kn.. *cover2..

    ReplyDelete

Sila Beri Sepatah Dua Kata