membuat entri diiringi lagu ini.
haha..tiba-tiba teringat pulak cerita-cerita, kenangan-kenangan zaman tok nadok dulu-dulu..pergh gila lama kan..well..itulah saya..suka sangat recap..tapi study tak reti-reti pulak kau nak buat macam tu..kalau tak mesti dekan tiap-tiap sem..boleh la nak merasa reben pink time konvo nanti..pastu tak payah bayar duit PTPTN..pastu time ambil scroll ada 6 bintang kat nama saya..pastu..pastu..pastu..
haha..saya dah ke tasik *tasik je ada pun kat sini* hehe.
hari ni saya dapat tiga berita kematian. Pertama berita kematian tokoh pemikir agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Katanya antara tanda-tanda kiamat menghampiri adalah perginya para ulama'. Wallahualam.
kedua, tadi call mak. mak pun bagitahu, kawan baik ayah dari zaman bujang dah pun kembali ke rahmatullah. dalam minggu lepas. Lepas 3 tahun menderita sakit, akhirnya dia pergi juga. Teringat masa kecil-kecil dulu dia selalu mengusik
"kau anak Black kan?"
haha..Black tu ayah saya la :)
Ketiga, berita kematian seorang cleaner kat kolej kami ni. pagi tadi, kat depan tasik. kes langgar lari. Allahu Rabbi. Kesian bila teringatkan dia meninggal dalam perjalanan nak mencari rezeki. tapi saya tak cam pula yang mana satu. Housemate saya kenal, sebab mak cik cleaner ni mak tiri kawan sekolah dia.
Al-Fatihah buat mereka semua..
ramai orang yang datang, ramai orang yang pergi dalam hidup kita. Kita pun adalah mereka-mereka yang datang dan pergi dalam hidup orang lain. Cuma cara masing-masing datang dan pergi tu berbeza-beza dan dalam pelbagai cara. Apa-apa pun kita yang masih hidup ni perlu teruskan perjalanan. Yang dah pergi, kita doakan mereka bahagia dengan hidup mereka. Pada yang tiada, kita sedekahkan al-fatihah, mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana.
Kepada anda-anda yang pernah hadir dalam hidup saya, saya ucapkan terima kasih sebab korang pernah ceriakan hidup saya. Tapi kalau saya cakap kasar tu mintak maaf la ye. Dah memang naturally nya saya ni kasar sikit, nak-nak kalau title "special" yang pernah diberi tu dah ditarik. haha. baik laki mahupun perempuan. sama je. tak ada kompromi. :) tapi apa-apa pun, maaf tu dah lama saya beri, cuma jangan ambil kesempatan dalam kesempitan ok.
Hokayy..sesungguhnya saya sangat mudah marah lately. Tak tahu mana silapnya, kurang tidur? kelas tak best? takde kawan jimba-jimbaan? ke hati saya mula terasa kosong..kosong..kosong...haha! ok serius tak lawak..perlukan sesuatu untuk boost up mood ni. tapi apa ye? takkan assignment kot? haha! kalau ye la kan, saya ni boleh masuk rekod dunia kot. Student yang buat assignment untuk hilangkan stress kikiki =.+
haha. korang pergilah tidur. Saya dah terlajak tidur petang tadi.
No comments:
Post a Comment
Sila Beri Sepatah Dua Kata