Thursday, 14 March 2013

Pertama Kali

haha..nak tahu tak..hari ni pertama kali sepanjang 5 sem kat sini, saya dapat lecturer yang paling easy going! dan saya masih terkejut bercampur teruja! *kecoh je kan? orang lain dah jenuh dapat kot*

sem ni first time saya ambil elektif subjek rekod.. Digitization of Records and Archive..hehe..lecturernye En. Ap-Azli Bunawan *dia ni jawa Johor gamaknye :p* orangnya sederhana tinggi, kulit sawo matang, friendly, sporting, tak sombong, soft spoken and part paling menarik..beliau sudah pun berkahwin dan ada anak sorang wahahaha!!!!! *menarik ke sedih tu? =.=* ok sila abaikan karut komedia tak berapa nak jadi di sini. apa yang saya nak cerita kat sini, En Ap *sebutan Epi* sesungguhnya mempermudahkan kerja-kerja kami secara total. Tak payah la kot cerita secara detail, tapi for sure kitorang sangat bersyukur. Maybe ini part yang meringankan kami memandangkan lagi 6 paper kami perlu hadap dalam bentuk zombie. hewhew.

lupa nak mention, sem ni saya ada 1 je final paper. memang saya akan jadi zombie lagi sem ni. final project belambaks kot! 


En. Ap tanya saya dah ada pakwe? automatik geleng! permulaan kecil-kecilan. Jangan expect saya boleh berubah drastik terus melainkan saya dah betul-betul keras hati. Saya pernah buat ok. Sila faham. Saya tak nak marah. Saya nak awak faham. Boleh? And if you really want to be my guardian as you had said before, do support me. not condemning me. 

No comments:

Post a Comment

Sila Beri Sepatah Dua Kata