Monday, 27 August 2012

Le Tour De Raya 2012

Assalamualaikum..sedar tak sedar dah seminggu kita beraya kan. hehe. how's your eid? for sure best kan. mine? not bad. hehe. plus this is the first eid i guess, we've spend 3 days of non-stop tours hehe.

 Malam dua hari sebelum raya pun saya sempat lagi shopping sehelai tudung sebab dah nekad, nak redah jugak2 lautan orang ramai demi mendapatkan tudung yang match dengan baju kurung pink saya. But guess what, saya tertinggal pulak tudung tu =.= haha! nasib baik tudung mak jadi penyelamat.hehe. thanks :p malangnye foto tak sempat nak dirakam berikutan manusia yang berhimpit-himpit and saya kena berhati-hati la kan. mana tau malang tak berbau. kang tak pepasal raya dengan air mata. ini tahun kedua saya shopping raya di bandar Taiping ni hehe. Sebelum ni? mana lagi..Jalan TAR beb :D

Pagi-pagi raya kitorang serumah dah bangun mandi and ape lagi..melaram la masing-masing dengan baju raya kitorang. mine was blue. hehe. suka sangat baju tahun ni sebab pada saya santek la wak :p tapi tu la xdapat nak snap full picture lak kan hehe. Lepas dah beraya 1 rumah, siap bertangis-tangis lagi kitorang mulakan trip menziarah jiran tetangga. oh lupe, petang raya tu sebenarnya kitorang dah bincang ramai-ramai flow perjalanan untuk raya pertama tu hehe. pak ngah siap suruh saya buat tentatif program. ceit, macam la nak berkonvoi satu kampung. hehe. ape-ape pun famili mak memang satu hati so program kalau plan last minute pun menjadi tau hehe.

Petang kitorang pun mulalah journey to the north. sampai kat rumah pak long kat Penang, pakat-pakat tanya password wifi rumah pak long sebab nak hapdet status bahaha! tapi part sadis tu saya dah upload status 39 minit sebelum tu, yakni ngam-ngam turun dari highway. aigoo.. betapa rugi di situ -.-

Memandangkan pak long saya tauke kedai yang memang serve Mee Kuah Ketam as a main dish, so malam tu pakat-pakat makan la mee kuah ketam buatan mak long saya. Rasa memang best. Ada ketam, daging dalam kuah tu. Sebenarnya mee kuah ketam ni resepi turun temurun dari arwah tok saya. Dulu tok yang meniaga tapi lepas tok dah takde pak long pula ambil alih :D Macam mana rupa mee udang?



Macam ni la rupa dia. Tapi yang saya makan malam tu saya x snap pulak. Terus upload masuk perut :p


Korang nak try buat ke? hurm saya tak tahu la resepi famili saya macam mana. tapi rasanya kalau korang google dapat cara yang sama je kot..ehehe..FYI, kat Penang memang famous Mee Kuah Ketam ni selain daripada laksa penang yang superb and pasemboq yang power tu. Fuhh.. bertambah enak kalau dapat makan kat tepi Padang Kota :D *err...laksa dgn pasembor la yang kat Padang Kota tu hehe :p*

Raya kedua, kami menziarahi pusara arwah tok saya. Satu kat Penang, satu lagi kat Gurun,Kedah. Yup. I do have two granny on my mom's side. But both of them have already left us. Al-Fatihah for both of them. For my biological tok (tok Bedah) a very-very big thank you for giving me a good mak :'). As for my second tok (tok melah) thanks for treating me very-very the manja since I was small till I've grown up. kakak dah 22 tahun dah. kakak mengaji kat UiTM tok, macam mak lang dulu. kakak ingat lagi dulu kita pi antaq mak lang, tok habaq 

"kakak ngaji pandai2 nanti tok bole antaq kakak masuk sini (UiTM)" hee :'D

Rezeki raya kan., memang keje makan je kitorang. malam tu pergi rumah Tok Su kat Bt.8. makan lagi. ahaha..nasi tomato dengan ayam kampung masak merah memang best. tapi malangnya esok pagi nasi tu dah kenyang dimakan "cik nah" (tanah) sebab kitorang tak masukkan nasi tu dalam rice cooker. hehe. tapi ayam dapat diselamatkan hahah! :p

Pagi esoknya kitorang jalan-jalan pulak melawat sedara mara suami mak lang kat Merbok and Sg. Petani hehe. Part paling best, boleh pulak lak kan kitorang patah balik pi Penang sebab nak beli jeruk kat Bagan. Bagan? ok, kalau orang luar sebut Butterworth, tapi local people cakap Bagan *aku pun hapdet kat fb Butterworth.mintak mahap la yer haha* Ini pun satu lagi tarikan utama kalau p Penang. memang tak lengkap la kalau p Penang tak beli jeruk. Tempat beli jeruk ni betul-betul dalam kawasan station bus and tepi gate feri..feri pe lagi, feri pulau pinang la. tapi kitorang pergi da lambat. kalau tak boleh naik feri kan huhu.. dapat tengok feri dari dalam kereta pun jadi la.hehe. ada rezeki pergi lagi keh keh keh

Straight dari Bagan a.k.a Butterworth, kitorang terus balik Taiping. Saya pulak yang bantai tidur start dari highway Butterworth sampai la kat tol Changkat Jering. mengalahkan driver lak hehe. Raya tahun ni memang best sebab kitorang beraya sakan hehe..








bersama mak tersayang :D




  
abaikan background di belakang tihihi :p





letih bebenor diorang ni beraya :p





sebahagian daripada cucu perempuan Tok Jaapaq. pipi sama je kan hehe





ini otw nak ke mana tak ingat lak. tapi memang luas sungai ni






"Selamat Hari Raya :)"













No comments:

Post a Comment

Sila Beri Sepatah Dua Kata