Saturday, 6 September 2014

#cabaran30hari - 3 Perkara Yang Ingin Dikatakan Kepada Bekas Kekasih



Hurm, task yang ini paling mencabar. Namun aku terpaksa teruskan demi menyahut cabaran. 





Kehadapan A, 


Aku harap kau bahagia dengan hidup kau sekarang. Jujur, aku sayangkan kau. Tak pernah sedikitpun sayang aku ni berubah. Aku tak mampu nak lupakan kau biarpun kau dah dimiliki orang. Gosh! Biarlah orang yang baca entri ni kata aku perempuan gatal, miang mahupun mereng. Aku sayang, sebab tu aku sanggup buat ini.




A, 

Ingat tak lagi kenangan kita pergi tengok wayang sambil curi-curi bawa masuk kacang cap Ngan Yin? kau cakap, mak ayah kita dulu-dulu makan kuaci tengok wayang, tapi sebab kuaci susah nak bukak tambahan pula dalam gelap dan kita nak fokus tengok movie, maka kacang cap Ngan Yin jadi pilihan. Ala aku pun bukan picky eater, aku kan perut buaya, kau suruh aku bawa masuk rice cooker pun aku sanggup. Makan nasik panas-panas taruk kicap dengan telur mata dalam econ bukan ke asyukkk..apa aku merepek ni. berbalik ke bab kacang tadi, habis tengok wayang, kita mesti sepahkan seat dengan kulit kacang. Seriously, aku pun tak sedar aku makan banyak kacang. Kulit saja dah buat kaki aku lenguh. 



"Kuat makan kan sayang ni?" aku selalu cakap macam tu tapi kau akan jawab 




" No la, mana ada. Sayang je suka fikir macam tu". 





Haish. rasa nak tumbuk je muka kau masa tu sebab terlalu happy!



Jadi, perkara or pesanan pertama aku untuk kau; 


Jangan makan kacang time tengok wayang, nanti kotor berselerak bukan kau nak kemas. Bayar tiket tak seberapa menyusahkan orang je lebih! huh!

 ***





Wahai A, 


Ingat tak dulu-dulu kau selalu datang ambil aku kat hostel lepas tu kita pergi makan-makan kat kedai mamak. Dan dan la time tu bola pun start. Masa tu aku naif, aku layankan je kau tengok bola, bagi support kat boyfie, barulah cool, barulah sehidup semati, barulah pasangan bahagia, walhal aku tak paham pun apa yang tengah berlaku dan apa yang pengulas sukan tu cakap. Serius tak paham sepatah haram pun. Tapi demi cintaku padamu, aku gagahi juga tengok biarpun mataku kuyu je. Kalau angin berhembus kuat sikit confirm tertutup tak bukak-bukak sampai esok pagi.


Ini perkara or pesanan kedua untuk kau; 


 lepas ni jangan berangan nak keluar dating kalau niat semata-mata nak tengok bola! boring kau tau tak! penat je pakai cecomel last-last TV jugak kau pandang! eh aku emo macam la aku girlfriend kau lagi kan. ihiks, sorry bro,

***





Oh A, 


Ingat tak , kau cakap nak bagi aku hilang stress, kau nak bawa aku pergi satu tempat yang mana aku boleh lepaskan stress? boleh jerit-jerit? aku dah membayangkan kawasan bukit yang ada permandangan cantik. Tapi rupanya....



.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.


.




Kau bawak aku pergi Stadium Shah Alam. Selangor VS JDT. Dari aku stress, terus aku kemurungan. 


Dan ini perkara or pesanan terakhir untuk kau;


Bawak la pergi tempat lain. Apa kau nak orang rumah kau esok jadi macam Adibah Noor hidang kat laki dia lauk bola? Melainkan kau memang nak makan then it's ok.  






ok, lepas beban aku. nak tidur. bye. oh ya, beliaulah A yang dimaksudkan. Terpaksa menutup muka beliau kerana aku malu-malu miaw :3














#cabaran30hari - Buku Kegemaran Aku





Hampir tertaip "Buku Kegeraman Aku". haha!




Aku jamin, bila cakap bab buku kegemaran, mostly perempuan akan pilih novel. Lelaki aku tak tahu, buku pasal kereta kot. Harith Iskandar cakap lelaki baca buku maskulin or apa-apa jela, dan dalam tu diajar macam mana nak selamatkan diri dari seekor jerung. Hambar? Teruskan baca. 





Sama juga aku, tak boleh lari dari kenyataan ni. Tapi, itu semua dulu punya cerita. Aku merupakan seorang ulat buku sedari kecil. Baru-baru ni borak dengan kawan lama yang dah terpisah 12 tahun, dan parents dia masih ingat betapa 'gila'nya aku dengan buku. Duduk kat mana pun, suka baca buku. Tak kira la, komik ke, surat khabar ke, semua aku bedal baca. Mungkin sebab cara aku diajar mengeja dan membaca oleh mak aku pun berdasarkan dari pembacaan surat khabar. Alhamdulillah berkat mak aku mengajar, aku mampu pergi ke tadika dengan menjadi satu-satunya budak yang tahu membaca. LOL. Tapi dah tua-tua ni, dah tak larat nak angkat buku dah nak (menipu gila) kecuali bila nak test or exam (yang ni tak tipu)





Kalau novel-novel, yang ini jela aku ada. Ada juga baca novel lain contoh macam Siri Harry Potter, sebab aku peminat setia Harry Potter sampai aku berangan aku pun ada kat Hogwarts tu, berada dalam group Gryffindor, dan meminati Harry. Ok aku melalut. So, inilah novel-novel yang terkumpul setakat ni ;












 Ada dua buku bukan milik aku. Nak pulangkan kat tuan dia asyik terlupa je. Entah-entah tuan pun dah lupa buku dia. Yeke? And FYI (gaya-gaya Gossip Girl) aku tak pernah baca novel bahasa Inggeris tu, sebab aku tak paham Bahasa Inggeris masa tu. Tapi baru-baru ni aku belek-belek, nahhhh...boleh je paham. Faktor usia kot menyebabkan aku faham. ahaks :p





Dan, kalau nak cakap bab buku ilmiah, aku suka dua buku ni (tolong jangan cakap aku poyo, aku hanya pencinta buku) ekekek








Ada lagi buku yang aku suka contohnya Buku Pengajian Am, tapi sebab aku pun tak tahu mana letak buku tu maka aku tunjuk dua buku ni. Buku "Administering Data Center" aku suka sebab simple yet easy to understand sebab cerita dia tak berbelit-belit. Subjek Data Center ni masa aku Sem 5. Tapi mesti korang cakap, kalau suka baca kenapa buku tu cantik? Well, aku baca, bukan ramas buku. Kah!




As for the second book, itu Buku Komsas Tingkatan 5. Filem Bukit Kepong arahan Datuk Jins Samsudin diadaptasi dari hasil penulisan skrip pengarang buku ni yakni Saudara Ismail Johari. Baca ceritanya memang suspen. Kita akan tertanya-tanya apa akan jadi, kita akan terasa risau macam watak-watak dalam buku ni rasa, kita akan rasa sedih juga bila isteri kehilangan suami, anak kehilangan bapa, kawan kehilangan sahabat, balai polis dibakar, mayat bergelimpangan, ada yang kehilangan anggota. Seriously, aku pun tak sangka boleh khusyuk baca walaupun cikgu belum lagi mengajar part-part dalam buku ni. Haaaa, aku berani cakap, buku ni memang best, selain dari Konserto Terakhir (Buku Komsas Tingkatan 4)







***






So, inilah antara buku-buku yang pernah mendapat tempat di hati aku. Sampai sekarang, aku tak lagi beli novel, sebab aku sedar, cerita novel tak jadi dalam kehidupan realiti. Maka aku hanya mampu bermimpi nak bersuamikan lelaki seperti Zill Faezrul. Hiks 

#cabaran30hari - Sesuatu Yang Menguatkan Aku



Sebagai seorang yang masih bujang dan tidak mempunyai cik abang, maka, yang menguatkan aku untuk hidup sudah semestinya










Ya, both of my parents. Merekalah asbab utama aku berada dan menghirup nafas segar ciptaan Allah SWT selama ni. So aku agak sensitif bila orang bercakap yang tidak-tidak pasal diorang. 




Semoga Allah SWT merahmati kami sekeluarga. Aamiin :)

#cabaran30hari - 5 Cara Memenangi Hati Aku




ahaha. Sesungguhnya aku...err..baca jela.






CARA 1 :

Sila bersungguh-sungguh. Usaha tangga kejayaan. Ahaks





CARA 2 :

Jangan buat kerja last minit. Nanti kualiti kerja tak bagus. Bagus pun sebab tiru kerja orang. 





CARA 3 :

Sila terima daku yang tak secantik Rozita Che Wan. 





CARA 4 :

Jadi pendengar yang baik. Penyokong yang baik merupakan added advantage.






CARA 5 :

Jangan ambil kesempatan sebab aku akan teringat-ingat dan akan terfikir-fikir. 







Ok nak sambung cabaran ketiga. Miahahaha...


#cabaran30hari - 5 Fakta Tentang Diri Aku



Walawehh..orang dah masuk cabaran hari kelima aku baru nak mula! takpe takpe. aku punya banyak masa, so mari kita masuk gear 5 dan habiskan #cabaran30hari ni. Nak tunggu orang tag kat aku 20 facts about me tu sampai ke sudah tak ada *ok sedar diri tak famous* behheee..so. let's go and enjoy reading!!












ini gambar yang paling terbaru yang ada dalam handphone. Maaf blur sebab ditangkap oleh adik aku yang kelaparan -..-







FAKTA 1 :

Anak sulung dari 4 beradik







FAKTA 2 :

Setiap kali kenal orang baru ( tak la setiap, kadang-kadang la) orang akan tanya;

"muka kau sekali pandang ada rupa melayu, 2x pandang, errr..

Ni aku nak bagitahu, aku separuh Melayu, separuh Mamak, sebab tu bila tengok aku korang akan nampak macam jelmaan Aishwarya Rai mahupun Kajol. Aishh malu kite ahaks :p






FAKTA 3 :

Peminat tegar coklat. 






FAKTA 4 :

Pendiam. Hanya peramah dengan orang yang aku rasa betul-betul boleh 'masuk' je. Tapi kenkadang aku terlebih rajin tegur orang, sampai orang pulak pelik dengan aku. Pernah sekali pergi Dataran Merdeka, kitorang terpegun dengan kerenah seorang amoi yang bawak kandang kucingnya kat Dataran, aku pun kononnya nak beramah mesra dengan akak sebelah ni, aku cakap la "uii tu nak jalan kat tengah-tengah tu buat catwalk ke" lalu akak tu memandang aku pelik.


Hambar eek? ok move.






FAKTA 5 :

Aku dilahirkan di Taiping, dibesarkan di Ipoh 10 tahun, KL 10 tahun, dan sekarang menetap di Taiping 4 tahun. Sekolah pun merata-rata. Tak merasa 'feel' balik kampung sebab hidup berpindah randah so biasa jela, cuma excited dapat balik ke rumah dan berjumpa family. 








Ini jela yang mampu difikir. Nantikan entri yang berikutnya ye. 

Thursday, 4 September 2014

Pembedahan Rahang




Masa scroll facebook aku..ehem ehem sebelum tu nak promosi la facebook aku Nur Syazwani Mohamad Noor ( jangan ketawakan username aku, fire kang!) ada sorang junior upload picture dia dalam wad, esok nak buat surgery. Aku kan suka membaca, jadinya aku pun baca la komen-komen kawan dia. Dan Hamba Allah ni dengan tenang menjawab " bedah rahang". 




Seriously, inilah pertama kali aku dengar orang bedah rahang atas nasihat doktor. Sebab selalunya bila aku dengar je bedah rahang ke, bedah hidung ke, bedah mata ke, bedah bontot ke atas sebab kecantikan abadi, ala macam artis-artis Korea buat tu. Tapi kali ni situasinya berbeza. Maka aku mengoogle, perhaps this is the best explanation untuk ke terkejut an aku ni...







Pembedahan Rahang Kosmetik

Pengenalan
Pembedahan rahang kosmetik juga lebih dikenali sebagai pembedahan Ortognatik. Pembedahan Ortognatik dilakukan bukan untuk tujuan kosmetik semata-mata tetapi juga untuk membetulkan kecacatan atau ketidakseimbangan dentofasial. Masyarakat secara umumnya boleh mengenali maloklusi atau susunan gigi yang tidak teratur yang memerlukan rawatan ortodontik. Walau bagaimanapun,  maloklusi bukan sahaja berpunca daripada pertumbuhan gigi yang tidak teratur tetapi  berkait rapat dengan ketidakseimbangan rahang. Ketidakseimbangan rahang ini dapat dikaitkan dengan ciri-ciri rupa paras sesetengah bangsa kerana ia dipengaruhi oleh faktor genetik yang ketara. Masalah ini terjadi kerana terdapat ketidakharmonian di antara kerangka tulang muka dan dasar tengkorak. Dalam erti kata yang lain, terma ketidakseimbangan dentofasial boleh didefinisikan sebagai ketidakharmonian kerangka tulang muka, rahang atas (maksila) dan rahang bawah (mandibel).
Pembedahan Ortognatik telah diperkenalkan untuk membetulkan kecacatan atau ketidakseimbangan dentofasial ini dengan membenarkan peletakan semula segmen dentoalveolar, mandibel, maksila dan bahagian tengah tulang muka ke posisi yang sesuai. Pembedahan ini bertujuan  untuk mencapai kestabilan, fungsi dan nilai estetik yang optimum. Pembetulan kecacatan ini memerlukan gabungan kepakaran Pakar Bedah Oral & Maksilofasial dan Pakar Ortodontik. Selain daripada itu kemahiran pakar Pergigian Kanak-kanak, Prostodontik dan Periodontik juga diperlukan dari semasa ke semasa.
Siapa Yang Memerlukan Rawatan Ortognatik Ini?
Individu yang mempunyai posisi rahang dan gigitan yang tidak normal. Rahang atas dan bawah boleh membesar pada kadar yang berlainan dan boleh menimbulkan pelbagai masalah. Masalah ini mungkin tidak dapat dibetulkan dengan rawatan penyusunan gigi (rawatan ortodontik) semata-mata kerana tidak dapat membetulkan kedudukan rahang dan gigitan.
Tanda - Tanda 
  • Rahang bawah yang memanjang ke hadapan (gigi depan bawah berada di hadapan gigi atas).
  • Ketidakseimbangan rahang bawah/ Rahang bawah yang senget.
  • Rahang bawah yang kecil dan pendek.
  • Dagu yang panjang dan prominen.
  • Ketidakseimbangan dagu.
  • Kedudukan rahang atas yang terlalu ke hadapan.
  • Senyuman yang menampakkan terlampau banyak gusi.
  • Gigitan terbuka (Gigi hadapan yang tidak bertemu ketika menggigit).
  • Susunan gigi atas dan bawah yang terlalu berlapis akibat rahang yang sempit.
  • Kedudukan gigi kacip yang terlalu ke hadapan/ jongang.
  • Kesukaran untuk mengunyah makanan akibat gigi yang tidak teratur.
  • Kesukaran untuk merapatkan bibir atas dan bawah.
  • Penegangan otot bibir setiap kali bibir dirapatkan.
  • Berdengkur.
  • Tulang pipi yang leper dan tidak ketara.
  • Kesukaran bertutur kerana kedudukan gigi dan rahang yang tidak normal.
Kesan Sampingan akibat Ketidakseimbangan Rahang
  • Gigi yang tidak sekata menyebabkan kesukaran untuk membersihkannya.
  • Menjejaskan pengunyahan dan boleh mengakibatkan ketidakhadaman sekali gus penyerapan nutrisi.
  • Mengakibatkan rasa rendah diri kerana penampilan rahang dan susunan gigi yang tidak normal.
  • Boleh mengakibatkan kesakitan pada sendi rahang (Temporomandibular).
  • Kesukaran tidur (Sleep apnoea).
  • Kesukaran untuk menyebut sesetengah perkataan ataupun boleh menjejaskan pertuturan secara amnya.
Rawatan
Pesakit memerlukan pemeriksaan yang terperinci di klinik bersepadu (Bedah Mulut - Ortodontik) berserta dengan filem x-ray dan model gigi yang berkenaan. Pada kebiasaannya, pesakit perlu menjalani rawatan ortodontik prapembedahan dalam jangka masa enam bulan hingga dua tahun sebelum menjalani pembedahan ortognatik. Pembedahan pada lazimnya akan dilakukan selepas tamat fasa tumbesaran ( 17 tahun untuk perempuan dan 18 tahun untuk lelaki). Rawatan perlu dijalankan di hospital di mana pembedahan akan dilakukan secara bius am. Selepas pembedahan pesakit masih perlu menjalani rawatan ortodontik (pasca pembedahan) untuk jangka masa enam bulan hingga setahun.
Terdapat beberapa jenis pembedahan rahang yang boleh dilakukan untuk membetulkan ketidakseimbangan rahang.  Ia adalah termasuk osteotomi bersegmen, pengalihan rahang bawah atau/dan rahang atas ke posisi yang betul, pembetulan dagu dan tulang muka. Pembetulan rahang atas dan bawah juga boleh dilakukan dengan menggunakan teknik penarikan secara perlahan ("distraction osteogenesis"). Bahagian tulang rahang atau muka yang telah dipotong akan dialihkan ke posisi yang dikehendaki dan  distabilkan dengan menggunakan plet dan skru titanium. Plet dan skru titanium ini selamat untuk dibiarkan di dalam tubuh badan sepanjang hayat dan hanya perlu dikeluarkan jika perlu.
Pemulihan Selepas Pembedahan
Pesakit perlu tinggal di hospital untuk tiga hingga lima hari selepas pembedahan bergantung kepada jenis pembedahan yang dilakukan dan beberapa faktor yang lain. Semasa fasa penyembuhan, pesakit mungkin perlu memakai elastik ringan untuk membiasakan rahang di kedudukan barunya.

Rawatan ortodontik yang aktif akan dimulakan selepas itu. Pesakit perlu mengambil diet cecair berkhasiat untuk dua minggu selepas pembedahan diikuti dengan diet lembut untuk tempoh sebulan. Pengamalan kebersihan mulut yang baik amat penting dalam tempoh pemulihan. Pesakit juga memerlukan tiga hingga empat minggu untuk berehat di rumah sebelum boleh menjalani aktiviti rutin harian seperti sedia kala.
Masalah yang mungkin dihadapi
  • Bengkak di bahagian muka terutama bibir dan rahang bawah.
  • Kebas di bibir bawah dan dagu (bagi pembedahan rahang bawah).
  • Kebas di bibir atas (bagi pembedahan rahang  atas).
  • Kecederaan saraf yang serius yang di mana bibir akan kebas selamanya.
  • Pendarahan semasa pembedahan yang mungkin memerlukan transfusi darah.
  • Osteotomi/pemotongan tulang yang tidak tepat.
  • Komplikasi anestesia.






jadi ini adalah reason on why jaw surgery is a must. Buat junior, akak doakan awak berjaya, dan dapat wajah baru yang mampu beri kamu keselesaan ye dik :)


Coretan Selepas Dua Bulan

Seriously, aku dah tak tahu nak menulis. Aiyark! 






my unemployed period for these two months seems going so smooth. ho la, kalau kau duduk kat rumah berbekalkan eletrik free, makanan free, dan air free, apa kau expect? happy live ever after la jawabnya.







but not me, wake up every morning dengan perasaan bersalah berbakul-bakul, sebab mak aku tengah bertungkus lumus di dapur. tapi bila aku nampak makanan atas meja, rasa bersalah terkurang sekejap. ok aku jahat!







aku takde seteruk tu nak biarkan mak aku buat kerja. so I take my responsibility dengan bantu mak sediakan lauk pauk. well, itu je pun yang aku rasa aku minat. Basuh kain baju was my favourite once, but since bahagian dryer mesin basuh rosak, aku sangat benci basuh baju. totally. Doakan minat membasuh baju timbul semula dalam diri, or at least when we get a new one. LOL











Habis masak dan kemas dapur, mandi. Lepastu masuk bilik buka laptop. Buka emel, buka facebook, dengan harapan kiriman emel-emel aku berjawab , atau ada yang post kerja-kerja kosong yang mampu menarik minat aku. Bukan memilih, tapi takkan aku nak jadi Account Exec kalau seumur hidup tak pernah belajar atau memiliki buku akaun? zzzzzzzzz.







Aku juga dalam proses mendapatkan lesen P. Lesen L dah dapat, tapi macam tak cool je kau baru nak dapat L walhal orang lain dah nak mereput lesen P diorang. ahahah. Ya, aku ni kengkadang boleh tahan juga negatifnya. Ekekek. Jangan ikut aku tau. kejap ok kejap tingtong. Cikgu aku lelaki India, bekas army, dan tersangatlah baik mengajar aku. Kecuali bila aku dekat 6-7 kali tak lepas bukit or tak alert dengan apa dia ajar maka dia mulalah meninggikan suara tahap melatah. Tak paham takpe, baca je. Tapi, aku tak berapa suka dia. Memang dia baik, tapi aku tak suka dia. aku tak suka dia. Yang buat aku bertambah kaciwa, tak boleh tukar cikgu. So aku putuskan yang aku nak habiskan 'pengajian' ni secepat mungkin. Sebab aku tak suka dia. 








Memandangkan aku seorang penganggur, aku berazam (kononnya) nak menajamkan skill masak-memasak aku. Sudahnya, satu benda pun aku tak buat. Sebab aku tak ada mood untuk itu. Entah, rasa macam aku tengah buat salah besar ni. Eh kejap, salah aku ke kalau aku dah hantar resume tapi tak dipanggil ditemuduga? Entah, tak ada sesiapa yang bersalah kot. Haishhh. Sambil menaip ni aku pekakkan telinga dengan dengar lagu kuat-kuat. Dan aku rasa sangat bersalah, sebab macam tengah bersenang lenang pulak. 








Oh ya, berbalik soal masak tadi, hari tu masa birthday, aku dah plan nak buat Cheesecuit. Alih-alih aku yang terkemut-kemut sampai ke saat ni, serdak Cheesecuit pun tak wujud dalam rumah. Lepastu aku plan, nak buat Churros. Gigih bertanyakan noozle kat akak jiran, last-last sampai sekarang tak nampak bayang Churros. Akak tu ajak beraya rumah dia pun aku tak pergi. Aku malu. hiks. Lagi lagi, aku plan nak buat aiskrim siang tadi, cakap kat mak, mak jawab;








"mana ada tempat nak buh aiskrim tu, penuh dengan ikan dah freezer tu"








Secara rasminya, impian nak buat aiskrim terpadam begitu sahaja. Begitu juga angan-angan nak buat coleslaw sendiri. Motif nak buat? ayah aku suka bendalah tu. Alah, sayur cincang KFC tu la. Aku dapat resepi ni dari sorang brader penjual burger. Aku tak kenal pun dia, tapi sebab dia ikhlas komen cara nak buat serta dapat beratus-ratus like, so aku macam why not kan cuba. Tapi tu la, semangat nak mencincang kubis dan lobak merah tu tak sampai, so goodbye Coleslaw. Aigooo..








Aku sangat ketagih. Ketagih nak tengok Running Man. Ketagih nak ketawa berdekah-dekah. Haha bapak dasat ketagih aku ni.  Tengok kat TV tak best. Takde feel. Aku nak tengok kat laptop macam dedulu. Tak makan pun takpe, janji dapat tengok RM. From who I can get the collection? huwaaaa. 








Adik aku dah masuk bilik. Mood menulis dah habis. Tipu! Dah tak ada apa nak ditulis, sebab rasa lega semacam. Ahaks. 







Till Then, bye-bye sayang-sayang. Korang yang baca ni memang awesome. :)