Thursday, 14 March 2013

Pertama Kali

haha..nak tahu tak..hari ni pertama kali sepanjang 5 sem kat sini, saya dapat lecturer yang paling easy going! dan saya masih terkejut bercampur teruja! *kecoh je kan? orang lain dah jenuh dapat kot*

sem ni first time saya ambil elektif subjek rekod.. Digitization of Records and Archive..hehe..lecturernye En. Ap-Azli Bunawan *dia ni jawa Johor gamaknye :p* orangnya sederhana tinggi, kulit sawo matang, friendly, sporting, tak sombong, soft spoken and part paling menarik..beliau sudah pun berkahwin dan ada anak sorang wahahaha!!!!! *menarik ke sedih tu? =.=* ok sila abaikan karut komedia tak berapa nak jadi di sini. apa yang saya nak cerita kat sini, En Ap *sebutan Epi* sesungguhnya mempermudahkan kerja-kerja kami secara total. Tak payah la kot cerita secara detail, tapi for sure kitorang sangat bersyukur. Maybe ini part yang meringankan kami memandangkan lagi 6 paper kami perlu hadap dalam bentuk zombie. hewhew.

lupa nak mention, sem ni saya ada 1 je final paper. memang saya akan jadi zombie lagi sem ni. final project belambaks kot! 


En. Ap tanya saya dah ada pakwe? automatik geleng! permulaan kecil-kecilan. Jangan expect saya boleh berubah drastik terus melainkan saya dah betul-betul keras hati. Saya pernah buat ok. Sila faham. Saya tak nak marah. Saya nak awak faham. Boleh? And if you really want to be my guardian as you had said before, do support me. not condemning me. 

Sunday, 10 March 2013

Manusia Sifatnya Tak Pernah Puas

Biasalah kalau namanya manusia takkan pernah nak puas kan. Entah la, maybe masa dalam perut tak dapat makan apa yang diorang nak kot *apa aku merapu* huhu sila abaikan dan terus ke bawah.

ada orang dapat teman yang setia, baik, sayangkan dia sepenuh hati. Tapi dia pulak buat hal pasang sana pasang sini. Apa ke hal la tu kan..urm..saya tak cakap saya ni baik..tapi kan..bila difikir-fikir..tak kesian ke kat pasangan? hurm

itu satu hal. ini satu hal lagi..dah paksa orang macam tu macam ni..last-last boleh pulak cakap "saya teman awak je" hurm..confirm kena gelak lagi la lepas ni. eh

Kesimpulannya, jangan bagi harapan kalau hati tak sedia nak terima orang tu 100%

Friday, 15 February 2013

Doa orang yang teraniaya



hari ini aku berkobar-kobar nak update ini, rentetan dari kisah senior aku yang ditipu hidup-hidup petang tadi..and tak melampau kalau aku cakap, doa ni pun sesuai untuk aku..even aku dah baca berkali-kali dari tadi..siap nama penuh uols~




Doa orang yang teraniaya


1. Mohon pada Allah, untuk menggantikan penipuan dan sebagainya dengan rezeki yang lebih baik dan bertambah-tambah. Baca " Allahuma ajurni fi musibati, wakh lufli khairan minha ". Sangat mujarab bagi orang-orang yang dizalimi dan cepat pula dapat jawapan dari Allah.

ATAU .......

2. Sebutkan doa di dalam bahasa kita " Ya Allah. Mereka ini ( sebut nama mereka ) zalim pada aku. Aku mohon balasan yang setimpal ke atas mereka. Serta bantulah aku keluar dari kesusahan ini. " Juga mujarab.

ATAU .....

3. Biarkan Allah balas mereka di Padang Mahsyar. Tuntut dari Allah segala pahala mereka dan minta Allah campakkan dosa-dosa kita pada mereka. Mereka akan kekal memikul dosa kita dan menerima balasan buat selama-lamanya.





http://bibpunyablog.blogspot.com/2011/11/doa-untuk-orang-yang-teraniaya.html)

Sunday, 6 January 2013

Pembuka Bicara 2013

Assalamualaikum, huhu sesungguhnya saya tak mampu nak bernafas secara teratur memandangkan tarikh keramat akan muncul tiba pada 8 Januari ini ! ye! my first paper on this tuesday! and dari rumours-II yang tersebar serta dari bacaan yang dilakukan *apesal skema sangat?* oleh saya sejak 3 hari yang lalu mendapati, paper ini agak heavy. urm. format soalan ?

PART A : Definition

PART B : List down (rasanya 5 ke 8 soalan DI SINI)

PART C : pilih 2 esei dan silalah menjawab dengan tekun. 20 markah disini.

huwaaaa!!!!!!! takut gila la awak-awak! saya dah baca, tapi saya susah betul nak ingat apa yang saya dah baca. kan bagus kalau saya ni budak bijak, senang lekat ilmu dalam kepala. huks~

eh eh eh..awak ni wani, jangan bersungut la ! nanti naik sesungut atas kepala hoho! apa yang membuatkan saya bertambah serabut ni, saya tengok member katil sebelah tersangatlah relaks tau. siap boleh predict apa nak keluar dengan selamber derk nye. huhu. dan saya di sebelah sini pula dah macam orang dipaksa naik roller coaster, rasa nak lari je ! huhu!

itu satu hal. ini hal satu lagi. berkenaan penempatan kolej saya pada sem hadapan. hurm. saya pun tak tahu apa yang merasuk saya untuk terima pelawaan rakan saya untuk duduk menyewa sem depan. huks. mungkin disebabkan ayah bagi kebenaran and ayah setuju nak tolong support saya mana yang patut kot. Tapi ada sedikit rasa serba salah la, sebab saya rasa macam nak menetap kat kolej lagi. tapi saya kena datang merayu masa orang dah daftar kolej and dah mula masuk kelas, hurm.,. kalau ikut cakap senior-senior, saya boleh dapat sebab selalunya orang yang buat rayuan ni dapat je. entah la. bersediakah saya nak menempuh hidup ekstra berdikari di luar sana? wallahualam. ditambah pula dengan kata-kata dari seorang rakan yang memang tak membantu langsung. ate oghang melaka memang gitu ye prange nye? bughok bebeno ! kononnya cakap tak berlapis lagi bagus. tapi kau tak sedar kata-kata kau bagi efek besar untuk aku ngok ! hah! kan dah melantun!

Ya Allah, bukakanlah hambaMu ini jalan yang betul amiinn...~

Monday, 31 December 2012

Bye-Bye 2012..and hello 2013

assalamualaikum, sewaktu entri ini sedang ditulis, saya masih lagi berada di Taiping dan dalam keadaan kurang memberangsangkan akibat demam bercampur batuk ditambah pula selsema..hehe..

Alhamdulillah, saya berjaya mengharungi satu lagi tahun dengan penuh onak dan ranjaunye..macam-macam dah ditempuh..macam-macam rasa dah ditelan..macam-macam cerita dah terungkai dan terumpil..semua tu nak mengajar saya untuk jadi lebih dewasa..daripada seorang yang agak pasif, saya mengambil langkah agak berani mengkeraskan hati, memekakkan telinga, mencekalkan jiwa untuk tempuh hari-hari mendatang selepas beberapa siri yang menyakitkan hati. and for those yang dah berjaya dalam "perjuangan" anda, saya ucapkan tahniah. ye, setiap usaha kita, baik mahupun buruk, akan dibayar oleh Allah SWT setimpal dengan apa yang dah dilakukan. *emo sekejap di situ*

jujur cakap, tahun 2012 merupakan tahun menangis saya yang paling hectic. ye, itu pengakuan paling jujur saya buat. saya tak pernah melewati 1 tahun dengan menangis, menyendiri, kemurungan dan sebagainya. hewhew. bahagia mungkin ada, bohong la kalau tak de kan..tapi sedih lagi banyak menyelubungi diri.

alhamdulillah, 2012 juga menemukan saya dengan kawan-kawan baru..err..takde la baru mana pun..cuma kali ni mata saya lebih terbuka nak bezakan mana satu kawan and mana satu lawan. tak semestinya yang kita anggap kawan tu kawan kita. kadang-kadang yang kita tak sangka tu jadi kawan kita. syukur kepada Allah SWT kerana saya berjaya ada kawan haha ! *saya seorang lone ranger tegar semenjak sem 1*


Sejujurnya aku bersyukur mengenali kalian. and aku bangga dengan lambang KTMB di belakang keh keh keh :P

apa lagi ye? hurm..hopefully 2013 bagi saya banyak kenangan manis dalam hidup. no more tears. be happy with my life. kepada sape-sape yang buat saya menangis, saya tak mampu nak halang awak, tapi saya harap awak janganla buat orang lain menangis. please appreciate people around you, then people will appreciate you back. 




akhir kata....




Friday, 21 December 2012

Sehari Sebagai Konsultant

Hewhew..hari selasa hari tu kitorang diberi task untuk buat training, ala-ala consultant. ini untuk memenuhi keperluan kursus yang saya ambil yakni Information System Communication and Consultation (IMS556). tapi payah sangat nak sebut nama, kitorang just ckp "kelas Miss Lin" sebab lecturer kitorang namanya Miss Lin hehe..

Kitorang group yang pertama. Nervous kot tapi so far ok la..classmate pun bagi kerjasama kan. yela sebab diorang pun kena buat jugak lepas tu hehe. ok la tengok jela gambar-gambar ni. sori tak banyak pun. ini pun ambil dari member. hehe







With our lecturer



We are from Efikas Cooperation


     
With some of the classmates










"another one assignment and two more tests which need to be ganyang-ganyang bahaha!!"

Wednesday, 19 December 2012

Cepat la ahad !

tadi dah lepas satu kerja ; video mandarin. so far sangat puas hati sebab saya rasa happy and happening buat video. kenapa, sem lepas tak happy ke? adalah, biar jadi kenangan. dah tak ingat pun lepas habis kuliah sem lepas. move forward lurus-lurus jangan toleh belakang ok.

esok ada presentation and hantar report. ahad pulak ada test and submit assignment. boleh dikatakan dua-dua assignment yang hujung ni agak tough and menguji jiwa raga juga la kan hoho. apa-apa pun semangat jela wani.

huhu. harap sangat la dapat kolej sem depan. risau gila. ada kawan yang ajak duduk sama. Alhamdulillah sangat-sangat. so part tu dah boleh rileks sikit. part samada dapat kolej ke tak tu yang bersarang dalam kepala ni.huhu

cepat la ahad dah tak sabar and tak sanggup dah ni hoho.