Assalamualaikum, huhu sesungguhnya saya tak mampu nak bernafas secara teratur memandangkan tarikh keramat akan muncul tiba pada 8 Januari ini ! ye! my first paper on this tuesday! and dari rumours-II yang tersebar serta dari bacaan yang dilakukan *apesal skema sangat?* oleh saya sejak 3 hari yang lalu mendapati, paper ini agak heavy. urm. format soalan ?
PART A : Definition
PART B : List down (rasanya 5 ke 8 soalan DI SINI)
PART C : pilih 2 esei dan silalah menjawab dengan tekun. 20 markah disini.
huwaaaa!!!!!!! takut gila la awak-awak! saya dah baca, tapi saya susah betul nak ingat apa yang saya dah baca. kan bagus kalau saya ni budak bijak, senang lekat ilmu dalam kepala. huks~
eh eh eh..awak ni wani, jangan bersungut la ! nanti naik sesungut atas kepala hoho! apa yang membuatkan saya bertambah serabut ni, saya tengok member katil sebelah tersangatlah relaks tau. siap boleh predict apa nak keluar dengan selamber derk nye. huhu. dan saya di sebelah sini pula dah macam orang dipaksa naik roller coaster, rasa nak lari je ! huhu!
itu satu hal. ini hal satu lagi. berkenaan penempatan kolej saya pada sem hadapan. hurm. saya pun tak tahu apa yang merasuk saya untuk terima pelawaan rakan saya untuk duduk menyewa sem depan. huks. mungkin disebabkan ayah bagi kebenaran and ayah setuju nak tolong support saya mana yang patut kot. Tapi ada sedikit rasa serba salah la, sebab saya rasa macam nak menetap kat kolej lagi. tapi saya kena datang merayu masa orang dah daftar kolej and dah mula masuk kelas, hurm.,. kalau ikut cakap senior-senior, saya boleh dapat sebab selalunya orang yang buat rayuan ni dapat je. entah la. bersediakah saya nak menempuh hidup ekstra berdikari di luar sana? wallahualam. ditambah pula dengan kata-kata dari seorang rakan yang memang tak membantu langsung. ate oghang melaka memang gitu ye prange nye? bughok bebeno ! kononnya cakap tak berlapis lagi bagus. tapi kau tak sedar kata-kata kau bagi efek besar untuk aku ngok ! hah! kan dah melantun!
Ya Allah, bukakanlah hambaMu ini jalan yang betul amiinn...~
No comments:
Post a Comment
Sila Beri Sepatah Dua Kata