Monday, 30 June 2014

Hari Terakhir Latihan Industri

Assalamualaikum,




finally the time has come. it is the time when we need to say goodbye to our practical training place. rasa baru je masuk Februari haritu. Tup tup hari ni dah 30 Jun! cepat sungguh masa berlalu. alhamdulillah berkat kesabaran berjaya jugak tempuh waktu praktikal dengan penuh ketabahan. Tak sangka saya mampu menjalani ibadah praktikal sorang diri. kih kih kih. well, doing practical at your place is not so tough ha?




disebabkan hari ni puasa, so jumaat yang lepas telah diadakan jamuan perpisahan untuk saya. eceh! untuk saya dan pakcik sebelah saya ni katanya! tapi apa-apa pun alhamdulillah dan terima kasih semua. maaf tak sempat nak tangkap gambar. Gua acah-acah malu hiks. 




Saya dapat hadiah. Tuala dan Pen ;)










patutnya Cik Wani. Entah macam mana boleh tertinggal "I" kat belakang haha. 





Last but not least, terima kasih Pejabat Daerah dan Tanah Larut dan Matang atas peluang yang diberi. Insyaallah pengalaman yang diperoleh akan digunakan dengan sebaik mungkin di masa hadapan. aamiin.





Lupa pulak, Selamat berpuasa semua *wink

Wednesday, 25 June 2014

Wordless Wednesday










Hari ni genap usia. Alhamdulillah






gua curi gambar DIA

Thursday, 19 June 2014

Kisah Pagi Tadi

Assalamualaikum,



haha! bila ingat je mesti gelak sorang-sorang! kisah ni berlaku pagi tadi. ceritanya macam ni;




Adik : "Mak, dah 6.30" *pagi (suara serius)

Mak : "hah? 6.30? biaq betoi! depa tak bangun ka? wawan dah bangun belum?"

Adik : "belum" (suara serius kuasa dua)

Mak: "haih! pukoi berapa dah ni? awat sunyi ja? hang biaq betoi, takkan 6.30 kot."







Lebih kurang macam ni la muka adik saya menurut ramalan muekeke. 







mak ambil handphone dan tengok jam....






.

.

.

.

.

.

.

.

.

.

.  




"hang ni apa dik oi. jam pun tak reti tengok ka, 5.30 bukan 6.30!"






Maka daku tidak lagi mendengar suara serius kuasa tiga dek kerana termalu salah tengok waktu. bahaha!!





sebetulnya, saya dah bangun jam 5 sebab ke bilik air. Jadinya saya tahu adik sebenarnya salah tengok waktu. saya tak tidur pun masa tu, dan terpaksa tahan ketawa walaupun terbocor juga di hujung mulut. hakhak!!











dan akhirnya jam berbunyi pada pukul 6.00 pagi. harap-harap adik tak solat subuh pukul 5 lebih la ye hari ni. tapi rasanya, macam ye je hikhikhik.




dikarang sambil memanfaatkan lunch hour, 





Wednesday, 18 June 2014

Aku, Dentist, Dan ...

Assalamualaikum..



Semalam saya ambil MC, sebab nak cabut gigi. Dengan semangat yang berkobar-kobar pergi ke klinik dengan mak berjalan kaki. Ikutkan nak ke klinik kerajaan, memandangkan agak jauh dar rumah dan mak pun tak berapa sihat, saya memutuskan untuk ke klinik berdekatan rumah (tak dekat mana pun, sedap juga la kan berjalan kaki)



Sebelum ke klinik gigi kami ke klinik panel ambil ubat demam dan juga MC. lepastu kami terus ke klinik gigi tadi memandangkan aturjanji jam 10.30 pagi. itu pun terlewat 17 minit. sebab jalan kaki dari klinik panel ke klinik gigi. tak mengapalah, hari ni cuti, lagipun memang nak berurusan dengan klinik-klinik. 



masuk dalam bilik yang disediakan khas untuk pesakit periksa gigi, saya pun cerita pada doktor apa masalah gigi saya. pot pet pot pet pot pet, akhirnya dentist jawab;



"Ok takpe, mula-mula sekali saya bersihkan karang dulu"



saya macam, eh, buat apa bersih karang. cabut jela gigi yang sakit tu. 



tapi pikir positif pulak;



oh, prosedur sebelum cabut kot? tak pun dia nak clean up semua mess yang ada then baru nampak what are problem is kot? tak pun, sakit tu berpunca dari karang, kot?



macamtu la lebih kurang positifnya walaupun ada kot kot di belakang. 



saya pun diam jela. dentist ni tadi dibantu oleh pembantu beliau seramai 2 orang, rasanya muda sedikit dari saya dan tak berapa nak manis mukanya mengerjakan karang-karang di gigi saya. habis selesai semua, dentist bagitahu;



"ok, sekarang ni problem you ada tiga. First, geraham sebelah sini (kiri) atas bawah dua-dua dah berlubang, so dia effect ke gigi depan. third is, geraham sebelah sini (kanan) totally damaged, tinggal tunggul semat-mata, so bila-bila pun boleh cabut. but then, yang berlubang tu kita boleh tampal or cabut. Cabut boleh, tapi kena buat appoinment sekali lagi, you datang kita buat operation."



"kalau tampal, tampal sekarang ke?"



"sekarang boleh tampal" maka proses tampalan pun bermula.



saya ingatkan tampal terus, rupanya tampal sementara, "minggu depan datang lagi kita buat tampalan kekal" kata dentist itu.



dentist tu cakap, malam ni berdenyut sikit gigi. tapi takpe ada ubat makan so jangan risau. tapi kan, lepas je proses tampalan tu, saya memang dah bendenyut sebelah muka Y_Y sakit woooo



"ubat ni makan 2 kali sehari, ubat ni bla bla bla, ubat ni bla bla bla, semua sekali RM 220" 



ok. saya cuma ada RM 100 dalam wallet. so terpaksa la saya berjalan kaki ke bank berdekatan (tak dekat mana pun, sedap sangat berjalan kaki, tahap lencun le jugok) untuk keluarkan not RM 50 empat keping. dah alang-alang sangat, keluar jela lebih sikit.



sepanjang balik ke rumah tu, rasa sedih, menyesal, sebal, nak marah pun ada. meleleh air mata campur peluh hahaha. nangis sebab sakit bertambah, dan duit meleburrrrrrr. gasak la orang nak tengok muka macam cekodok penyek, sebab tak menahan betul sakitnya. haha!



tiba-tiba, rasa tak berbaloi caj RM 220 dikenakan untuk servis buang karang, tampalan sementara dan ubat yang tak banyak mana. hai la klinik swasta. ini first time pergi klinik berbayar, tu yang rasa macam dihempap batu konkrit mihihihi. 





Wednesday, 11 June 2014

Wordless Wednesday




Congrates! We're so proud of you! :D











Friday, 6 June 2014

it's June!







Selamat datang bulan ke enam! sekejap betul masa berlalu dah masuk pertengahan tahun khau! hohoh! tiga minggu dari sekarang maka tamatlah tempoh praktikal saya. err..praktikal dah nak habis, calon tak jumpa-jumpa lagi..umur pun dah nak meningkat lagi berapa hari je..ops



Everything goes well, hopefully. Sebenarnya saya dalam situasi malas nak bangun pagi, malas nak pergi kerja, malas nak bangun dari duduk, malas nak on PC *tapi bila on PC pergi check nuffnang. dan itu sangat sadis!* bahaaa!! apa lagi yang malas? erm..makan pun jadi tak ada idea nak kemana. rasa macam semua tempat dah diteroka. cheh semua la sangat hehe~~



Seriously, sangat tak percaya sekarang dah Jun. blerhhh...






Dikarang Dengan Penuh Kecintaan Oleh, 








p/s : gua sebenarnya nak try signature tu. gua baru buat. hakhak! korang pun nak try boleh la godek-godek kat SINI 




Wednesday, 4 June 2014

Wordless Wednesday











Tuesday, 3 June 2014

Kenapa Tingkatan Enam?

"masuk mana?"



"form six"



"hah, kenapa masuk form 6? susah la! tunggu la poli ke, @$%^&* ke"



"form six? masuk form six buat apa? apsal tak tunggu je UiTM?"




.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.










ini adalah jawapan-jawapan yang diterima masa masuk ke Tingkatan Enam dulu. serius, saya sangat stress bercampur sedih. Mana taknya, serangan mulut datang bertubi-tubi. Macam dah buat salah besar je masa tu. Luckily family ada untuk support. dan juga rakan-rakan seperjuangan yang rasanya sama-sama terkena tempias soalan macam saya.




Kenapa Tingkatan Enam? Mungkin sebab faktor ini;




1. Mulut Masin

haha! mulut sapa? mulut saya la! masa saya di tingkatan lima, saya pernah cakap pada classmate saya;

"kalau tak dapat ke mana-mana, masuk form six jela."





2. Tak Dapat Tawaran

ok, point ini mungkin agak negatif tapi ini benar. Ya, saya tidak berpeluang untuk menyambung pengajian di mana-mana IPTA berdasarkan keputusan SPM yang agak tinggi dari curut. haha! saya tak plan nak masuk IPTS, so Tingkatan Enam was the best choice during that time. And it is proven as the best choice till today ;)




3. Risau Tengok Kawan-Kawan Dah Nak Sambung Study

ok bunyi macam gopoh bin cliche. Hari Jumaat saya ke sekolah rendah berjumpa guru-guru bersama-sama dengan rakan-rakan sekelas. Kiranya buat mini reunion la ni. Bila kat sana, cikgu Maths tanya sorang-sorang lepas ni nak kemana, bila tiba giliran saya, saya jawab;



"tak tahu lagi cikgu, mungkin saya masuk tingkatan enam"



cikgu balas




"ok juga tingkatan enam, bagus kalau kamu masuk tingkatan enam"




sumpah semangat terus berombak-ombak nak masuk tingkatan enam!





Masuk ke Tingkatan Enam diibaratkan seperti sebelah kaki dah masuk Universiti. Alhamdulillah, kedua-dua belah kaki saya dah pun menjejak masuk ke Universiti Teknologi Mara selama 3 tahun, dan saya bakal berkonvo hujung tahun ini. kepada adik-adik, Tingkatan Enam bukan jalan terakhir. well, memang sejujurnya kebanyakan macam tu la kan. tapi jangan sedih. Sekarang pun banyak pembaharuan dilakukan bagi menaiktaraf Tingkatan Enam. Saya pasti, lebih banyak keseronokan dan pengalaman best bagi pelajar Tingkatan Enam selepas ini.  Percayalah, anda kelihatan sangat awesome memakai uniform sekolah kala usia semakin tua! ops. Tapi serius comel. *sesi angkat bakul*












We are Young. Indeed. heheh








banyak entri pasal Tingkatan Enam, korang boleh rujuk kat blog. kalau nak senang google je. tapi yang boleh saya cakap, sistem pembelajaran di Tingkatan Enam sama sebijik macam di Universiti *sorry i'm keep mentioning university because I am one of the University's product* plus plus plus, sijil STPM tersangatlah laku di luar sana. So, jangan sedih masuk Tingkatan Enam. Have fun. Cikgu-cikgu Tingkatan Enam pun baik-baik dan sangat friendly ok, sebab kita pun paling tua kan. Takkan cikgu nak layan macam budak-budak mihihi. 



Saya disini ingin menyatakan, saya sangat bangga menjadi pelajar Tingkatan Enam. bila dah tua-tua ni, bagitahu yang saya ambil STPM instead of diploma, orang akan terkejut monkey sebab pada pendapat orang, Tingkatan Enam itu susah, buang masa, tak best, pilihan terakhir dan bermacam-macam tanggapan negatif lagi. There are totally a big NO ok! Tingkatan Enam itu awesome. Kita filter kata-kata orang dari negatif jadi positif. Jangan sedih tengok kawan-kawan masuk mana-mana IPTA atau IPTS. because at the end, kita akan berjumpa juga mereka-mereka di Universiti. ;)



gambar kredit kepada BELIAU. Gua tak pro. peace.