Showing posts with label pejabat Daerah dan Tanah Larut dan Matang. Show all posts
Showing posts with label pejabat Daerah dan Tanah Larut dan Matang. Show all posts

Tuesday, 1 July 2014

Another Suprised Attack




Assalamualaikum,



3 Februari 2014


Hari pertama lapor diri untuk menjalani Latihan Industri di Pejabat Daerah dan Tanah Larut dan Matang, Taiping, Perak. Untuk pengetahuan, ini pengalaman pertama bekerja di dalam pejabat. Dia punya nebes tu, pergh! Tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata! Turun je dari motor, ayah tanya ;



"Nak ayah teman tak?"


dalam hati " temanlah, kakak takutlah ayah."



tapi tak nak menyusahkan ayah, plus saya nak cuba berdiri atas kaki sendiri, ayat yang keluar berbunyi begini;




"tak apa lah, akak ok je"




Gua tipu ayah. sroottt~



.

.

.

.

.

.

.




mata meliar-liar dalam ofis sederhana besar tu. semua orang sibuk dan tenggelam dalam kerja masing-masing. ada juga la yang datang menegur. Sorang mamat agak berumur datang bertanya soalan lazim; "praktikal ke?" "berapa lama?" "dari mana?" . Sorang mamat botak menyakat, panggil macam serius, rupanya nak pelawa gula-gula. ceit! luruh jantung aku! bahaha! 



again, mata ni gatal betul nak scan setiap inci ruang pejabat. Kemudian mata tertancap kat senarai nama staff, terus gua telan air liur.




Manimala a/p Nadarajan, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat.




Gulp!



She's an Indian!




Ok bukan nak racist. Tapi pengalaman bekerja dengan kaum lain buat saya agak gusar. Macam mana nak buat ni. Masa tu risau sampai ke tahap nak muntah! haha! dah jadi tak tentu hala. Habislah aku, cakap dalam hati.



.

.

.

.

.

.

.

.





30 Jun 2014



Hari terakhir praktikal. saya dapat ini dari Puan Manimala 








"just a small gift. something that you can use"




I was just like, perghh..bertubi-tubi hadiah dapat. Minggu lepas birthday saya yang ke-18. ok tipu. yang ke-24, beliau bagi saya Beryls dan Vouchelle chocolates. hari last praktikal, beliau bagi ini. Rasa terharu sangat bila dihargai sampai macam tu sekali. rasa segan pun ada, saya just budak praktikal, bukan banyak benda yang saya buat. Terharu betul sampai macam ni sekali dihargai. 




Ternyata sangkaan saya meleset. She's too nice. Even kita tak sebangsa tapi dia tak pilih bulu. Beliau sangat fasih berbahasa melayu, buatkan saya rasa macam tengah bercakap dengan orang melayu hehe. sangat fleksibel. saya tak kekok masuk dalam bilik dia. Bahkan kitorang dah macam close friend, tak macam supervisor and student. hehe. antara ayat yang selalu dia cakap;




"be nice to other, God will send someone to help us one day"


"biar orang buat kita, jangan kita buat orang. kalau tak kita pun sama level je dengan orang tu"




dan ada lagi ayat-ayat yang dah tak ingat. boleh nampak tak berapa lama berpraktikal kat situ? hakhak! terlalu lama sehingga almost all the staff recognized and know my name, including makcik cleaner hehe. Terharu juga bila orang recognized kita walaupun sekadar pelajar praktikal. 





thanks Puan for the sweet wish. ;)





thanks a lot. Too much token of appreciation gave by Pejabat Daerah dan Tanah Larut dan Matang. Thanks a lot for the experiences. Thanks a lot for the guidance. Thanks for everything. :)

Bye-bye Taiping White House. hehe. 

Monday, 30 June 2014

Hari Terakhir Latihan Industri

Assalamualaikum,




finally the time has come. it is the time when we need to say goodbye to our practical training place. rasa baru je masuk Februari haritu. Tup tup hari ni dah 30 Jun! cepat sungguh masa berlalu. alhamdulillah berkat kesabaran berjaya jugak tempuh waktu praktikal dengan penuh ketabahan. Tak sangka saya mampu menjalani ibadah praktikal sorang diri. kih kih kih. well, doing practical at your place is not so tough ha?




disebabkan hari ni puasa, so jumaat yang lepas telah diadakan jamuan perpisahan untuk saya. eceh! untuk saya dan pakcik sebelah saya ni katanya! tapi apa-apa pun alhamdulillah dan terima kasih semua. maaf tak sempat nak tangkap gambar. Gua acah-acah malu hiks. 




Saya dapat hadiah. Tuala dan Pen ;)










patutnya Cik Wani. Entah macam mana boleh tertinggal "I" kat belakang haha. 





Last but not least, terima kasih Pejabat Daerah dan Tanah Larut dan Matang atas peluang yang diberi. Insyaallah pengalaman yang diperoleh akan digunakan dengan sebaik mungkin di masa hadapan. aamiin.





Lupa pulak, Selamat berpuasa semua *wink