Wednesday, 18 June 2014

Aku, Dentist, Dan ...

Assalamualaikum..



Semalam saya ambil MC, sebab nak cabut gigi. Dengan semangat yang berkobar-kobar pergi ke klinik dengan mak berjalan kaki. Ikutkan nak ke klinik kerajaan, memandangkan agak jauh dar rumah dan mak pun tak berapa sihat, saya memutuskan untuk ke klinik berdekatan rumah (tak dekat mana pun, sedap juga la kan berjalan kaki)



Sebelum ke klinik gigi kami ke klinik panel ambil ubat demam dan juga MC. lepastu kami terus ke klinik gigi tadi memandangkan aturjanji jam 10.30 pagi. itu pun terlewat 17 minit. sebab jalan kaki dari klinik panel ke klinik gigi. tak mengapalah, hari ni cuti, lagipun memang nak berurusan dengan klinik-klinik. 



masuk dalam bilik yang disediakan khas untuk pesakit periksa gigi, saya pun cerita pada doktor apa masalah gigi saya. pot pet pot pet pot pet, akhirnya dentist jawab;



"Ok takpe, mula-mula sekali saya bersihkan karang dulu"



saya macam, eh, buat apa bersih karang. cabut jela gigi yang sakit tu. 



tapi pikir positif pulak;



oh, prosedur sebelum cabut kot? tak pun dia nak clean up semua mess yang ada then baru nampak what are problem is kot? tak pun, sakit tu berpunca dari karang, kot?



macamtu la lebih kurang positifnya walaupun ada kot kot di belakang. 



saya pun diam jela. dentist ni tadi dibantu oleh pembantu beliau seramai 2 orang, rasanya muda sedikit dari saya dan tak berapa nak manis mukanya mengerjakan karang-karang di gigi saya. habis selesai semua, dentist bagitahu;



"ok, sekarang ni problem you ada tiga. First, geraham sebelah sini (kiri) atas bawah dua-dua dah berlubang, so dia effect ke gigi depan. third is, geraham sebelah sini (kanan) totally damaged, tinggal tunggul semat-mata, so bila-bila pun boleh cabut. but then, yang berlubang tu kita boleh tampal or cabut. Cabut boleh, tapi kena buat appoinment sekali lagi, you datang kita buat operation."



"kalau tampal, tampal sekarang ke?"



"sekarang boleh tampal" maka proses tampalan pun bermula.



saya ingatkan tampal terus, rupanya tampal sementara, "minggu depan datang lagi kita buat tampalan kekal" kata dentist itu.



dentist tu cakap, malam ni berdenyut sikit gigi. tapi takpe ada ubat makan so jangan risau. tapi kan, lepas je proses tampalan tu, saya memang dah bendenyut sebelah muka Y_Y sakit woooo



"ubat ni makan 2 kali sehari, ubat ni bla bla bla, ubat ni bla bla bla, semua sekali RM 220" 



ok. saya cuma ada RM 100 dalam wallet. so terpaksa la saya berjalan kaki ke bank berdekatan (tak dekat mana pun, sedap sangat berjalan kaki, tahap lencun le jugok) untuk keluarkan not RM 50 empat keping. dah alang-alang sangat, keluar jela lebih sikit.



sepanjang balik ke rumah tu, rasa sedih, menyesal, sebal, nak marah pun ada. meleleh air mata campur peluh hahaha. nangis sebab sakit bertambah, dan duit meleburrrrrrr. gasak la orang nak tengok muka macam cekodok penyek, sebab tak menahan betul sakitnya. haha!



tiba-tiba, rasa tak berbaloi caj RM 220 dikenakan untuk servis buang karang, tampalan sementara dan ubat yang tak banyak mana. hai la klinik swasta. ini first time pergi klinik berbayar, tu yang rasa macam dihempap batu konkrit mihihihi. 





No comments:

Post a Comment

Sila Beri Sepatah Dua Kata