Monday 19 May 2014

Bekerjaya Vs. Suri Rumah

"awak apa tau? awak duduk rumah je. saya yang bekerja tau!"

ayat paling femes didengar bila suri rumah bergaduh dengan orang yang bekerjaya. Sepatutnya ayat ni tak patut diungkapkan. kenapa? sebab suri rumah pun banyak kerja la wei. lulz

saya pasti korang-korang yang duduk sebumbung dengan mak ayah akan bantu diorang buat kerja rumah bila da masa lapang kan? ke tak ada? ok kalau tak ada meh kita nak cerita apa sebenarnya pekerjaan seorang suri rumah.

bangun pepagi..perkara pertama yang perlu dibuat tahap wajib kekadang tu, kejutkan anak-anak dan suami. kalau jenis senang kejut tak apa, ini kalau sampai tahap letupkan bom tepi telinga pun tak bangun-bangun apa cerita? golongan ini mungkin layak dikejutkan dengan bacaan yassin sahaja. miahaha! jangan buat tau elok liat nak bangun pagi terus takut trauma tak nak bangun. parah wei parahhhh..

lepastu, suri rumah kena siapkan sarapan pagi. anak sulung nak makan roti telur, anak tengah nak makan nasi goreng, anak kecik nak makan roti sapu kaya. suami nak makan scrambled egg. ini contoh jela. mana mampu suri rumah nak masak belambak-lambak untuk puaskan tekak kononnya mual di pagi hari kan. tapi sarapan pagi is wajib. kalau dah tak ada sangat tu, teh o panas pun dah memadai. 

siapkan anak-anak dan suami. nak-nak kalau anak tu baby ataupun masih bersekolah rendah. serba serbi nak disiapkan. baju-baju malam tadi dah iron. kalau dapat anak yang rajin macam saya alhamdulillah baju semua iron sendiri *aku iron baju sendiri okeh!* kihkihkih. lagi lagi, rambut pun nak kena disikatkan. kalau tak anak pergi sekolah kawan-kawan ingat Goku. -.-

lepas semua dah pergi kerja dans ekolah, bermulalah major housekeeping. menyapu sampah, basuh pinggan mangkuk, buang sampah, mop lantai, kemas tempat tidur, buang habuk-habuk, memasak, siram pokok, cantas lalang, semua bunyi macam senang kan? oh no man! sangat letih dan memakan masa. saya ambil contoh minggu lepas, saya pulang ke rumah dalam jam 12.20 tengahari sebab waktu rehat. sampai rumah mak duduk atas kerusi dengan muka letih. saya tanya mak dah makan ke? mak jawab 


"belum, baru habis buat kerja."


saya tanya sebab saya bukak rice cooker, nasi hangat baru lepas dimasak dan belum terusik lagi sebab kitorang semua baru sampai rumah.

kalau orang mulut tak ada insurans mesti akan cakap 


"buat apa sampai berjam-jam baru nak siap masak?" 


helloo, cuba kamu masak. ingat masak satu jenis lauk ke? mungkin ada yang masak satu jenis. tapi kalau yang masak 2-3 jenis? and nak prepared for one dish pun ambik masa tau. nak potong itu, potong ini, siang itu, siang ini, cuci itu. cuci ini, rendam itu, rendam ini. nak menumis lagi. nanti tak sedap komplen berlagu-lagu. lululuZ

contoh lain. basuh baju. tak semua baju boleh dihumban terus ke dalam mesin basuh. ada yang wajib cuci tangan sebab berlabuci or kain turun warna. bayangkanlah kalau hari tu tersilap basuh, maka paddle pop baju yang korang beli kat butik Zara tu T_T

ini sebahagian. sebenarnya banyak lagi contoh-contoh pekerjaan suri rumah. so, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan pandang rendah pada golongan suri rumah. tak ada mereka maka rumah anda pun macam hutan rimba. suri rumah ni lagi handal tau. bawa mereka ke pasar, dan lihat bagaimana mereka berbelanja lebih berhemah dari yang duduk dalam pendingin hawa. ekekekeke T_T

saya sangat tak setuju orang memandang rendah kepada golongan suri rumah. melemparkan kata-kata kesat, layakkah anda berbuat demikian? sila beli cermin yang paling besar dan tilik diri sendiri. saya pun tak sempurna mana, tapi saya tak nak la cakap macam-macam sebab...mak saya pun suri rumah..kalau dia tak ada, berkulat baju tak dibasuh hari-hari. berhabuk kuali tak terusik. expired gas sebab tak pakai. layu habis pokok bunga tak dijaga. macam zoo la rumah sebab tak berkemas. hahaha



amalan menulis panjang tanpa gambar sudah mula menular. dan saya tak nak banteras. boleh? :p

2 comments:

  1. erm..memang respect dengan suri rumah..dahlah bekerja tak dibayar gaji, tapi tetap buat yang terbaik..

    ReplyDelete

Sila Beri Sepatah Dua Kata