Wednesday 14 May 2014

Daging Kicap Mak Aku

Assalamualaikum..

haha cannot go (tak boleh blah) nama resepi kali ni. maaf la ye, tak tahu nama apa resepi ni yang sebetulnya. lagipun, mak saya pun belajar resepi ni dari kelas memasak yang dia join masa muda-muda dulu sambil mengendong anak kecik. saya dan adik la anak kecik tu kikiki.

tanpa membuang masa, meh kita tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat ;



bahan kisar :

cili kering (ikut suka, tapi jangan banyak sangat nanti pedas)
serai 4 batang
bawang 1 biji


bahan-bahan lain :

kicap
gula (kalau guna kicap biasa letak gula)
cuka sedikit


of course daging la ye jangan tertinggal pulak mihihi


cara membuatnya:





1. mula-mula rebus daging sampai empuk. macam kat bawah ni











2. sementara tunggu daging empuk, kisar bahan-bahan ni






3. dalam gambar tiga biji bawang kan? kisar sebiji je, lagi dua biji hiris nipis untuk buat bawang goreng.



4. bila daging dah empuk, bawa keluar dan potong ikut besar mana korang nak. macam saya, saya potong kecik-kecik macam buat gulai daging tu







5. tumis bahan kisar + air rebusan daging + cuka sedikit + kicap. kalau pakai kicap biasa, letak gula. kalau pakai kicap manis, tak payah letak. kicap kena letak banyak untuk menghasilkan warna gelap. cuka jangan letak banyak nanti masam. garam tak perlu letak sebab kicap sendiri bersifat masin biarpun kicap manis. ah senang cerita tak payah la letak garam. heheh 






6. agak-agak dah sebati, nampak pekat sikit, masukkan daging tadi.



7. goreng bawang yang dihiris tadi.




8. bila bawang dah layu/kekuningan/naik bau/tak bermaya/tak terlalu hangit, tuangkan ke dalam bahan yang dah siap ditumis tadi pastu terus tutup api. kalau masa menumis tadi minyak tak banyak, then angkut bawang goreng dengan minyak sikit, kalau tak, angkut bawang je ye.









macam ni la hasilnya. sepatutnya kaler gelap tapi kamera ni terover lighting ke hape tah kaler gelap boleh jadi merah camni haha. so silalah cuba ye, mine was not bad. tapi tak boleh lawan mak buat la haha


bubye semua. jangan lupa klik apa yang patut :P *sempat lagi! *


No comments:

Post a Comment

Sila Beri Sepatah Dua Kata