Saturday, 26 October 2013

Jangan Tak Suka Sangat la...


Diwajibkan atas kamu berperang, padahal berperang itu adalah sesuatu yang kamu benci. Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. 
(Surah. Al Baqarah:216)




1. saya tak suka diri sendiri sebab tak cantik, gemuk, tak pandai, tak menarik tertarik daboom!

- alhamdulillah saya dah mula sedar manusia itu ada kelebihan dan kekurangan. lantas, 

gemuk 
saya tukarkan dengan berusaha diet sepanjang tempoh dua bulan ini. alhamdulillah, usaha tangga kejayaan. perubahan ada. 


tak pandai
ok, part ni saya mengaku. saya memang bukan calon favourite all time pun. belajar takat mana mampu jela. tak mampu nak bersaing dengan kawan-kawan yang dean list tiap-tiap sem and bakal bergelar ANC serta berselempang pink masa konvo nanti. tapi saya tahu, saya juga mampu untuk berusaha usai dengan tahap yang saya ada. insyaallah. Allah SWT Maha Adil, rezeki setiap hambanya tetap ada. 


tak cantik ? tak menarik ? tak daboom ?
haha. application ada edit jela. =.=
tak la, yang ini kita boleh buat. tapi bukan cara tak betul ye. jangan salah faham nanti kena bash pulak aku. yang ini related dengan yang atas tadi la. pendek kata, kena usaha. lambat takpe asal tak gelojoh *ape aku merepek*





2. saya tak suka assignment

- believe it or not, once saya mula buat, saya akan fokus dan tenggelam dalam keasyikannya. haha. bila dah siap, rasa lega tak dapat digambarkan. rasa macam tengah berlari-lari dalam bunga macam dalam iklan sabun basuh baju muahaha. saya berfikir positif dengan menanam ini ke dalam diri;


"buat awal, siap awal, boleh relaks"





3. Saya tak suka perkauman/perpuakan

-tapi ada satu benda yang saya suka tentang perkauman/perpuakan, iaitu semangat bersatu padu, jaga satu sama lain tak gaduh-gaduh, kejor yob kejor, gomo klate gomo, hogoh pahang hogoh, ngap sayot, pulun kedah pulun, peteh terengganu peteh, luaskan kuasamu johor, hobin jang hobin. hiperbola sebentar =.= 
*tahniah Kelantan and good performance ATM*





4. kata-kata negatif/sindiran

- ini biasanya terjadi apabila kita sedang dalam proses mengusahakan sesuatu dan akan ada bunyi-bunyian seperti ini;


"dah slim ke? hari tu beria sangat cakap nak diet"


"diet la sangat, pergi masuk gim la!"


"tak payah la, konfem tak jadi punye"


"susah wei, tak payah la. buat benda lain lagi bagus"



haha. memang tak suka betul. tapi dah makin dewasa ni, makin banyak ion-ion dan cas-cas positif masuk dalam diri. so, the best way is, kita tukarkan ayat-ayat tak best ini menjadi kata-kata motivasi. yeah! come on! sampai bila kita nak down dengan mereka! ayuh buktikan! lagi banyak kata positif lagi berlipat ganda usaha kita! jangan menyerah kalah! nanti kita jadi lemah! bangun semua bangun! mari kita laungkan ini beramai-ramai! 

errr..maaf terover sebentar...




perkara pokok, jangan terlampau membenci, tapi kita cuba ubah perkara yang dibenci itu jadi positif. mana tahu akan datang yang dibenci itu sebenarnya bawa manfaat kepada kita. who knows rite? so stay positive and be a good and a humble servant of Him. Semoga hidup kita sentiasa dilimpahi rahmat dariNya. aamiin. 















No comments:

Post a Comment

Sila Beri Sepatah Dua Kata