Friday, 18 October 2013

Gelaran Yang Pernah Dapat

tiba-tiba rajin nak update. oh ya btw, blog ni baru je lepas diselenggarakan tadi..tak cantik macam blog korang, tapi saya bangga sebab air tangan sendiri mihmihmih..saja pilih konsep girlish-girlish omputeh kali ni sebab nak try kot-kot la kena dengan jiwa saya yang lembut ni..err...yeke wani..ce check betul-betul balik..takpun sebab dah tengah malam so kau merepek bukan-bukan..okbye =.=

below are the list of nicknames..certain of it is just a jokes..orang melayu cakap ejek la..haiyaaa..takpe wani..kita doa yang baik-baik untuk mereka-mereka ok? muehehe..tanpa membuang masa, presenting to you before memory saya lost muahaha.. *apsal kau ceria sangat?*



ehem ehem... *bukak scroll*



SENARAI GELARAN YANG MEMBAWA PELBAGAI MAKSUD TERSURAT MAHUPUN TERSIRAT.


1. Tembam

haha. ini rasanya entah berapa ratus orang la kan panggil saya macam ni..heh..saya memang tembam dan adorable semenjak dilahirkan. readers, do prepare your own bucket. I am not responsible for any spilling. huks~


2. Kakak Pengawas Comel

muahaha..remind you! sila sediakan baldi berjemaah ye! ini bukan rekaaan! memang ada yang panggil saya sebegitu. and part paling best gila sekali, dia panggil dalam library sekolah dengan nada suara paling tinggi memandangkan pada masa itu, saya berada di bahagian hadapan dan beliau berada dalam kelompok pelajar yang sedang mengisi masa rehat dalam library . *_*


3. Currypuff Girl

ok, masa form 5, kan nak buat page belakang tu..ala, page yang senior-senior tu la..tau kan..so..ada satu picture ni saya ambil bertiga dengan dua orang member yang lain. and member yang buat editing tu tak semena-mena letakkan caption "the Currypuff Girl" kat bawah picture. haha. and bila ditelek-telek, ketiga-tiga kami memiliki pipi yang sangat ketara "kempis" muahahaha...


4. Pau 

ini pun lebih kurang macam cerita atas. bezanya ini diberi oleh seorang rakan facebook. dan berjangkit pulak dengan wife nya hahaha.. cik pau pun cik pau la.. ngeeeee


5. Hikhik

ok. yang ini paling dibenci dan rasa macam sangat bangang abadi. ini ejekan sebenarnya. Tapi malas nak fikir dah, cerita basi dah pun, biarlah kat diorang, kita fikir positif, maybe diorang pun ada nama gelaran yang diorang tak tahu kan? hahahah!!! let them be! kita hidup nak happy-happy je..!


6. Mama Rep

haha. ini dapat masa sem 3. sebab jadi assistant class rap, so dibaginya saya nama ni. kakaka!! tak memasal aku ada anak sebaya and tua-tua dari aku. kehkehkeh. and baru-baru ni, nama ni muncul kembali selepas saya tolong ambil kunci BK (bilik kuliah). ingatkan diorang dah lupa :P


7. Mami

Masa lower 6, cikgu ekonomi saya seorang lelaki berbangsa India. orang kedah bak hang. cakap dengan dia jangan harap saya nak pelat-pelat KL ni. so, apa ceritanya?

masa tu dia tanya saya tak salah, asal mana. macam tu la lebih kurang, manalah aku nak ingat cerita 5 tahun lepas. so saya pun cerita la ayah orang mana, mak orang mana. saya bagitahu mak asal Penang. And then beliau tanya ;



"hang pandai 'speaking' dak?"



hoh? terlongo kejap. tapi dah dapat 'tangkap' sir ni maksudkan apa. so terus jawab dengan penuh confident;



"tak!"



maksud sir, maybe disebabkan rupa saya yang tak berapa nak melayu, ditambah pula saya mention mak asal Penang, so automatik dalam kepala beliau terus set 


"mami penang!"


 kot.. haha..so, melekat la gelaran mami tu sampai sekarang. ye, sampai sekarang. sebab hari tu saya tegur beliau di facebook, dan beliau panggil saya mami..haha..



ayah saya mamak, mak saya melayu ye readers ;)




rasanya ini jela gelaran-gelaran yang pernah saya dapat. except for number 5, yang lain-lain tu tak mengundang rasa di hati pun. kiranya saya redha la haha. it's just for fun je. except for number 5 *ulang* yang tu ejekan semata-mata. moral kat sini, please jangan menghina orang la ok. kita pun tak sempurna nak menghina kerana kita hanyalah ciptaan Allah SWT yang kurang sana sini. 



till then, tunggulah bila ada idea lagi *ada ke orang baca?*



No comments:

Post a Comment

Sila Beri Sepatah Dua Kata