Thursday, 24 May 2012

Sekali lagi saya diujikaji

tengah-tengah malam macam ni boleh pulak kan dapat SMS yang boleh dikategorikan sebagai "tersangat indah". Fuh, orang lain yang bercerita, orang lain pula yang kena hamun. Ades, sabar jela. Pun bagaimana walau, saya masih lagi bersikap defending yakni tidak cuba nak memarahi mana-mana pihak. Diharapkan mereka yang terlibat silalah segera sedar dan janganlah jadi lalang seperti yang telah digelarkan kepada saya sebentar tadi. Walaupun saya tak pasti, adakah dengan mendengar orang bercerita tanpa memberi sebarang respon sudah dikategorikan sebagai lalang? hurm. apa-apa pun muhasabah diri itu penting wani. so, jom tengok RUNNING MAN!!~~~

err..rasanya muhasabah di atas tersangat tak tepat untuk masa sekarang ye. Ada terbaca 1 puisi ini. Sangat kena dengan jiwa saya ini. Silakan baca wahai pembaca *unsur lewah di situ*

SEGENGGAM TABAH


Ya Allah, Ampunkanlah aku kerana menafikan hati ini.
ampunkan aku kerana menyiksa jiwa ini




Ya Allah
Sesungguhnya... Amat berat ujianMu
Namun aku tetap menerimanya dengan hati yang redha
Ya Allah
Masih bersisa duka lalu
Kini hadir luka baru... menghiris dalam ke atmaku
Bukan aku merungut
Cuma ingin ku adu.. Resah dadaku
Ya Allah
Sungguh ku tak mampu membasuh luka itu dengan air mata kurniaanMu
Bukan kerna ku tak mensyukuri kehadirannya
Namun luka ku itu terlalu pedih untuk ku basuh sekarang
Biarlah luka itu kering dahulu
Kemudian akan ku basuhnya dengan jernihnya air mataku
Dalam sujud ku padaMu
Ya Allah
Ku mohon padaMu
Kau kurniakanlah aku segenggam benih tabah
Untuk ku semai menjadi sepohon kekuatan
Yang berbuahkan semangat...
Ya Allah
Sungguh engkau lebih mengetahui apa yang terbaik untukku
Aku hanya mampu melakukan yang terbaik
Dalam berjuang merempuh medan dugaan ini
Namun yang terbaik itu
Hanya dariMu
Ya Allah
Aku mohon kepadaMu
Berikanlah aku secebis ketenangan
Untuk ku jadikan bekal di dalam perjuangan
Ya Allah
Aku bersyukur kepadaMu
Kerana dalam jutaan manusia
Engkau memilihku untuk menghadapi dugaanMu
Alhamdulillah


tentang penulis:
Nur Fatin Binti Mohd Saad Merupakan Penuntut UniSZA dan meminati karya sastera berunsurkan puisi. Beliau berkongsi karya di http://najah-najihah.blogspot.com/

"Ya Allah, kepadamu aku bermohon dalam sujudku. Hanya kau yang tahu apa yang bersarang, apa yang dipendam dalam hatiku ini Ya Allah. Ya Allah, terima kasih kerana kau mengurniakan aku sekeping hati yang tersangat tabah dan sabar. Ya Allah, terima kasih kerana sentiasa mendengar rintihan hambaMu ini yang sememangnya masih jauh dari rencana perjalananmu. Ya Allah, kuatkan hatiku ini. Janganlah Engkau pergi dariku. Jangan biarkan aku didorong rasa yang tidak sepatutnya Ya Allah. Sentiasa sabarkan hatiku ini Ya Allah. Tabahkan, kuatkan."

"saya amat memerlukan beliau kala ini. Hati 
ini sakit merindu. Hurm" 


2 comments:

Sila Beri Sepatah Dua Kata