Thursday 31 May 2012

Boboi, kembalilah stalker blog saya

*Harap maklum, beliau bukan boypren mahupun kucing saya kerana saya memang tak ada boypren mahupun haiwan peliharaan kecuali nyamuk, lalat, tikus, semut, burung (yang tersesat dari Zoo Taiping), beruk, ikan keli belakang rumah (tu ayah punya), biawak dan juga ular tedung yang mana menurut kata jiran sebelah kaler hitam, dan menurut kata mak "ayah hang jumpa ary tu kat tepi tu..panjangggggggg"* -..-

Kemain panjang mukadimah keh keh keh. sape boboi? beliau merupakan salah seorang (ramai ke?) penstalker bloogie saya ni. Cuma yang saya perasan, beliau sudah pun menghilangkan diri beliau. aigoo. baru nak seronok ada kawan baru, udah hilang *tiru loghat perak* huhu. apela nasib badan gua..

Inilah rupa boboi.comel kan? -..-''
Mungkin ke sebab sebelum ni saya ada keluarkan entri pasal beliau menyebabkan beliau termalu kucing lalu lari menghilangkan diri susup sasap? saya pun tak pasti, sebab itu lah entri terakhir yang dikomen oleh beliau sebelum..err..perlu ke nak ulang lagi? 

jadi, kepada En.Boboi, feel free to singgah and komen like usual ok. Sape2 yang ternampak boboi ni silalah telefon ke balai polis berdekatan eh tak-tak! err..tak payah buat apa pun..sebab dia follow saya anonymous je. sebab tu saya teruja semacam dua tiga macam ni bahahahah!!!!!!



2 comments:

  1. sabar sabar .. nnti dye dtg lg.. hehehe..
    klo boboi xde pon.. kte leh jd pmbce setia akak.. :)) huhuhu

    ReplyDelete
  2. haha..ok2..sayang adik...uhuhu~~

    ReplyDelete

Sila Beri Sepatah Dua Kata