Wednesday, 21 May 2014

GA mini Power Bank by Labyrinth

Jom jom masuk. untung-untung dapat bank kuasa a.k.a powerbank mihihihi~~!!





nak jugak la kan join kot rezeki. tarikh last 13 Jun 2014, so sangat sempat lagi kalau nak join ok ! :D

Segmen Blogging + Menang Hadiah!


KLIK BANNER UNTUK JOIN

Salam 1 Malaysia. Segmen terbaru kini dilancarkan! Tujuan segmen ini diadakan untuk beramah mesra sesama blogger. Yang tak kenal, kini boleh berkenal-kenalan. Menambah rakan maya. Yang bestnya segmen ini menyediakan hadiah menarik buat pemenang bertuah!

HADIAH:
USB Flash Drive/Pendrive 8GB
Jewellery Fashion 1 set
Novel
T-Shirt
Fridge magnet
Keychain

Segmen Blogging + Menang Hadiah! anjuran dan tajaan Yumida

TAMAT: 29 MEI 2014 – Jam 11.59 malam

Monday, 19 May 2014

Bekerjaya Vs. Suri Rumah

"awak apa tau? awak duduk rumah je. saya yang bekerja tau!"

ayat paling femes didengar bila suri rumah bergaduh dengan orang yang bekerjaya. Sepatutnya ayat ni tak patut diungkapkan. kenapa? sebab suri rumah pun banyak kerja la wei. lulz

saya pasti korang-korang yang duduk sebumbung dengan mak ayah akan bantu diorang buat kerja rumah bila da masa lapang kan? ke tak ada? ok kalau tak ada meh kita nak cerita apa sebenarnya pekerjaan seorang suri rumah.

bangun pepagi..perkara pertama yang perlu dibuat tahap wajib kekadang tu, kejutkan anak-anak dan suami. kalau jenis senang kejut tak apa, ini kalau sampai tahap letupkan bom tepi telinga pun tak bangun-bangun apa cerita? golongan ini mungkin layak dikejutkan dengan bacaan yassin sahaja. miahaha! jangan buat tau elok liat nak bangun pagi terus takut trauma tak nak bangun. parah wei parahhhh..

lepastu, suri rumah kena siapkan sarapan pagi. anak sulung nak makan roti telur, anak tengah nak makan nasi goreng, anak kecik nak makan roti sapu kaya. suami nak makan scrambled egg. ini contoh jela. mana mampu suri rumah nak masak belambak-lambak untuk puaskan tekak kononnya mual di pagi hari kan. tapi sarapan pagi is wajib. kalau dah tak ada sangat tu, teh o panas pun dah memadai. 

siapkan anak-anak dan suami. nak-nak kalau anak tu baby ataupun masih bersekolah rendah. serba serbi nak disiapkan. baju-baju malam tadi dah iron. kalau dapat anak yang rajin macam saya alhamdulillah baju semua iron sendiri *aku iron baju sendiri okeh!* kihkihkih. lagi lagi, rambut pun nak kena disikatkan. kalau tak anak pergi sekolah kawan-kawan ingat Goku. -.-

lepas semua dah pergi kerja dans ekolah, bermulalah major housekeeping. menyapu sampah, basuh pinggan mangkuk, buang sampah, mop lantai, kemas tempat tidur, buang habuk-habuk, memasak, siram pokok, cantas lalang, semua bunyi macam senang kan? oh no man! sangat letih dan memakan masa. saya ambil contoh minggu lepas, saya pulang ke rumah dalam jam 12.20 tengahari sebab waktu rehat. sampai rumah mak duduk atas kerusi dengan muka letih. saya tanya mak dah makan ke? mak jawab 


"belum, baru habis buat kerja."


saya tanya sebab saya bukak rice cooker, nasi hangat baru lepas dimasak dan belum terusik lagi sebab kitorang semua baru sampai rumah.

kalau orang mulut tak ada insurans mesti akan cakap 


"buat apa sampai berjam-jam baru nak siap masak?" 


helloo, cuba kamu masak. ingat masak satu jenis lauk ke? mungkin ada yang masak satu jenis. tapi kalau yang masak 2-3 jenis? and nak prepared for one dish pun ambik masa tau. nak potong itu, potong ini, siang itu, siang ini, cuci itu. cuci ini, rendam itu, rendam ini. nak menumis lagi. nanti tak sedap komplen berlagu-lagu. lululuZ

contoh lain. basuh baju. tak semua baju boleh dihumban terus ke dalam mesin basuh. ada yang wajib cuci tangan sebab berlabuci or kain turun warna. bayangkanlah kalau hari tu tersilap basuh, maka paddle pop baju yang korang beli kat butik Zara tu T_T

ini sebahagian. sebenarnya banyak lagi contoh-contoh pekerjaan suri rumah. so, setinggi mana pun kedudukan kita, jangan pandang rendah pada golongan suri rumah. tak ada mereka maka rumah anda pun macam hutan rimba. suri rumah ni lagi handal tau. bawa mereka ke pasar, dan lihat bagaimana mereka berbelanja lebih berhemah dari yang duduk dalam pendingin hawa. ekekekeke T_T

saya sangat tak setuju orang memandang rendah kepada golongan suri rumah. melemparkan kata-kata kesat, layakkah anda berbuat demikian? sila beli cermin yang paling besar dan tilik diri sendiri. saya pun tak sempurna mana, tapi saya tak nak la cakap macam-macam sebab...mak saya pun suri rumah..kalau dia tak ada, berkulat baju tak dibasuh hari-hari. berhabuk kuali tak terusik. expired gas sebab tak pakai. layu habis pokok bunga tak dijaga. macam zoo la rumah sebab tak berkemas. hahaha



amalan menulis panjang tanpa gambar sudah mula menular. dan saya tak nak banteras. boleh? :p

Wednesday, 14 May 2014

Daging Kicap Mak Aku

Assalamualaikum..

haha cannot go (tak boleh blah) nama resepi kali ni. maaf la ye, tak tahu nama apa resepi ni yang sebetulnya. lagipun, mak saya pun belajar resepi ni dari kelas memasak yang dia join masa muda-muda dulu sambil mengendong anak kecik. saya dan adik la anak kecik tu kikiki.

tanpa membuang masa, meh kita tengok bahan-bahan dan cara-cara nak buat ;



bahan kisar :

cili kering (ikut suka, tapi jangan banyak sangat nanti pedas)
serai 4 batang
bawang 1 biji


bahan-bahan lain :

kicap
gula (kalau guna kicap biasa letak gula)
cuka sedikit


of course daging la ye jangan tertinggal pulak mihihi


cara membuatnya:





1. mula-mula rebus daging sampai empuk. macam kat bawah ni











2. sementara tunggu daging empuk, kisar bahan-bahan ni






3. dalam gambar tiga biji bawang kan? kisar sebiji je, lagi dua biji hiris nipis untuk buat bawang goreng.



4. bila daging dah empuk, bawa keluar dan potong ikut besar mana korang nak. macam saya, saya potong kecik-kecik macam buat gulai daging tu







5. tumis bahan kisar + air rebusan daging + cuka sedikit + kicap. kalau pakai kicap biasa, letak gula. kalau pakai kicap manis, tak payah letak. kicap kena letak banyak untuk menghasilkan warna gelap. cuka jangan letak banyak nanti masam. garam tak perlu letak sebab kicap sendiri bersifat masin biarpun kicap manis. ah senang cerita tak payah la letak garam. heheh 






6. agak-agak dah sebati, nampak pekat sikit, masukkan daging tadi.



7. goreng bawang yang dihiris tadi.




8. bila bawang dah layu/kekuningan/naik bau/tak bermaya/tak terlalu hangit, tuangkan ke dalam bahan yang dah siap ditumis tadi pastu terus tutup api. kalau masa menumis tadi minyak tak banyak, then angkut bawang goreng dengan minyak sikit, kalau tak, angkut bawang je ye.









macam ni la hasilnya. sepatutnya kaler gelap tapi kamera ni terover lighting ke hape tah kaler gelap boleh jadi merah camni haha. so silalah cuba ye, mine was not bad. tapi tak boleh lawan mak buat la haha


bubye semua. jangan lupa klik apa yang patut :P *sempat lagi! *


Giveaway Eikingg


Assalamualaikum..

hari ni ada budak cute nama Eiking  datang blogwalking sini sambil bawak buah tangan. haha. ok jugak nak join memandangkan tak ada apa nak dibuat, plus dah genap sebulan tak update apa-apa. heheh. so Cik Eiking, there you go. pilih kita tau mihihihi :p









-Tekan Banner untuk join-


Hadiah yang ditawarkan : 

1. Blouse Black White

2. Peplum Maroon Baldu

3. Egg White Face Mask x 2

4.Shiseido Mask + Crystal Collagen Eye Mask x 2

5. Topup RM10


What I choose : 

1. Blouse Black White

2. Egg White Face Mask x 2

3. Shiseido Mask + Crystal Collagen Eye Mask x 2


Tarikh tamat : 1 / 6 / 2014







thanks Eiking ! ;)


Sunday, 13 April 2014

Kek Batik

Assalamualaikum..


sebenarnya kan dah tiga kali buat resepi kek batik ni, tapi baru kali ni upload dalam blog buruk lagi bersawang ni haha. resepi asal dari blog fanacheksaat. she's my junior. pergh senior belajar dari junior lalala. tak apa kalau dah ilmu mana-mana pun boleh dituntut. tapi ilmu yang elok dan membawa faedah la ye.. ;)




Bahan-bahan ;


  • biskut marie yang dipatah-patahkan*aku tak buat banyak dan hasilnya kek aku tak cantik dan rongak bahaha -.-*



  • milo secawan



  • serbuk koko 1 sudu



  • marjerin *resipi asal guna butter, and aku prefer guna butter dari marjerin because butter give you a better taste rather than margarine that taste a bit salty ;) *

  • susu pekat manis 1/2 tin



mula-mula panaskan marjerin macam ni ;











lepastu masukkan semua bahan kecuali biskut marie








Abaikan tangan yang membelon kesan dari pemakanan percuma -.-'





kacau sampai dia sebati 






Sorry gambar kurang bermutu. huks






lepastu, masukkan biskut marie yang dah siap dipatahkan
















lepastu korang kacau bilaukan mereka sampai jadi macam ni







kacau bilau betul ni sampai tak nampak rupa hahaha






 

then, korang tuang dalam bekas/loyang and mampatkan lepastu masuk dalam peti ais sebelum masuk dalam mulut..kikiki










hope boleh faham ye entri kali ni. sorry kalau ada sebarang kekurangan. saya hanyalah manusia biasa yang memasak dan menjadi photographer dalam masa yang sama kikiki...lupa nak mention, resipi ni best sebab biskut still rangup. memang dah lama cari resipi kek batik rangup, thanks fana ! ;)




till then, assalamualaikum sayang-sayang semua ;)






kemain menonggeng lagi nak snap picture ni ahaks!







Tuesday, 8 April 2014

Tauhu Tunggang Terbalik


Assalamualaikum,


muahaha! selamat datang ke blog saya pada hari ini! hari ni buat pertama kalinya saya akan mengepost entri *hey, dasar perosak bahasa* tentang makanan. kihkihkih. actually dah berminggu-minggu buat, tapi dek kerana tahap kemalasan yang tersangat dewa menyebabkan entri ini tidak dibikin-bikin. Memandangkan malam ini ada seciput mood rajin, i'm presenting you....TAUHU TUNGGANG TERBALIK!!



sorry kalau instruction tak berapa clear because there were several photos i couldn't catch because of my mom and me are quite busy preparing this. Hope you can understand walaupun setakat hujung-hujung kuku T_T *padan muka khau, lain kali sila snap picture ye*





Bahan utama, sudah tentu cik tauhu kita ye tuan-tuan dan puan-puan~





ok, those yang unfamiliar dengan recipe ni must be wondered, macam mana tauhu tu terbentuk cenggitu? ok,


1. imagine tauhu yang DAH SIAP DIGORENG tu dalam bentuk asal (empat segi)

2. kemudian engko ambik gunting, cucuk sikit bahagian tengah guna satu bilah gunting tu

3. then sebelah bilah lagi engko gunting to each of the bucu.

4. lepastu bahagian yang digunting terbalikkan ke luar,

5. so akan dapat tekstur macam ni.




Pahamkan tau. tak paham anda-anda bolehlah mengoogle. I am really-really sorreyhh Y_Y






Next step is,



isi tauhu tadi jangan dibuang ye, korek-korek pastu kumpul dalam mangkuk.








Kemudian,






untuk recipe ni, terpulang kat korang nak letak isi apa. as for us, we use chicken because inilah sumber protein paling glamour dan paling laku dalam rumah kah kah kah. ikut kreativiti masing-masing la nak letak apa, janji kena dengan tekak. Mak saya guna ayam, daun sup, daun bawang, capsicum merah hijau kuning, cili padi *sapa suka pedas then boleh letak lebih* dan tak dilupakan isi tauhu tadi. oh ya, not to be forgotten telur sebiji yang bertindak sebagai gam kepada ingredient kita ok!



then, mixed up all the ingredients, lepastu sumbat kat tengah-tengah tauhu tadi. it will look like this;











Next step, kita goreng mereka! tapi ada cara tau. dan caranya ialah...







taraaa!!! tauhu perlu digoreng secara terbalik ok! kalau tak sampai esok tauhu kau tak masak. err, masak kot tapi kesian la kan tunggu melongo menyumpah-nyumpah kenapa lambat masak hukhuk






lepas dah digoreng, macam ni la rupanya...











Sebenarnya tak hangit, tapi almaklumla saya guna henset tak canggih so kaler tak menarik perhatian perut untuk berkeroncong! hehe. ok, sesungguhnya tauhu ini tersangatlah sedapnya, walaupun dah sejuk it's still crunchy. boleh dimakan begitu sahaja, dan juga boleh dicicah bersama sos. 



ok, harap korang paham and boleh cuba resepi super duper sedap ni. kalau rasa tak clear dengan explanation saya, boleh google resepi ni ok awak-awak. Maaf atas segala kesulitan. 


Till then, assalamualaikum sayang-sayang semua ;)