o yeahh..tak kira la buku tu berkulit nipis sekalipun, please jangan pandai-pandai nilai sebelum menyelak ke dalam..pagipagi morning ni..saya dapat satu kata-kata yang sangat bernas..dan saya rasa kagum..kagum kerana dia muda dari saya tapi dia lagi matang dan berani dari dari..wohoho..saya mengaku saya sangat penakut dan cepat gemuruh..kadang-kadang secara tak semena-mena saya agar menggeletar tak kena tempat menyebabkan saya terpaksa tidur untuk bertendang eh bertenang..
apa kata-kata bernas itu? ahaa..ini dia hokay~
"awak anggap macam ni la, kecantikan dan keburukan kita mungkin kita sendiri tak nampak, tapi orang lain nampak, and orang tu boleh bantu"
rasa macam..eh, apasal budak ni bagus sangat? kenapa dia boleh fikir camtu ek? muahaha apa benda la ko ni wani woi..tapi..bila difikir-fikirkan balik..memang betul la apa dia cakap kan..hehe..
ok..tak ada idea..nak share ayat tu je..layan hindustan ni tak boleh fokus..dicampur susah hati pasal esok..huuu..bye..
Tuesday, 23 July 2013
Honestly, tak best mana pun. sunyi, and tersangat bosan. saya dan kawan-kawan berada di sini melengkapkan kursus yang kami daftar and ikuti secara paksa rela HAHA..ok agak kejam di situ..so far, kursus ni dah mula terasa awesome nya sebab kami dah mula hands on! so no worries for those who are had tough sleepy during morning..pendek cerita..saya la haha
kami dah dua hari berada disini, apa yang dapat disimpulkan..puncak sangat sunyi bila ada pelajar diploma semata-mata..homaigod..sangatlah berbezanya situasi bila session pelajar degree..well, zaman kami bersama-sama juga rasanya is the best..kalau student UiTM batch kami dan sebelumnya akan faham what is zaman bersama-sama.. hehe
Mula-mula nak balik sini hati berbunga berkuntum-kuntum..tapi dah terperuk kat sini automatik bunga tadi jadi bunga kering..nak buat potpuri pun tak boleh sebab hancur leburrrrr...hoho..kepada si pelaku..saya ucapkan agar awak gembira berniaga makanan sahur di hadapan kolej..taknak turun beli! boikot!!
So, anyone yang ada plan nak ajak saya keluar, do schedule your time. Insyaallah ada masa kita boleh hang out. for but certain people je ok. yang bermuka-muka dilarang sama sekali, bimbang saya tertambah dosa menyumpah anda di bulan suci ni..wooopssieeee...
ok..sampai sini je..serius sunyi ni..hurmmmmm....
Saturday, 1 June 2013
Online facebook, jumpa ini :-
dalam hati "hah! nak mengena la ni!" tapi tetap click. dan keluar ini :-
thanks :')
Tuesday, 28 May 2013
ye, 2013 tahun tunang. tahun kahwin. sangat meriah dan kenyang (ke?) . apa-apa pun, tahniah ok. saya? lambat lagi. tapi sangat sudi mengaminkan doa-doa kalian dan juga orang-orang sekeliling. kah kah kah. fine tak lawak. serius tahun ni memang tak putus berita tunang kahwin ni. lepas sorang, sorang. dan saya selaku pemerhati rasa teruja bercampur jealous sikit-sikit :p takpe, jodoh saya ada. Insyaallah. kepulangan ke kampung halaman kali ni diserikan ( chewah) dengan undangan kahwin kawan kakak saya kat batu gajah masa sabtu hari tu, and kawan bertunang esoknya. heh. tok dengan tok wan saya jadi tukang masak majlis bertunang kawan saya tu. alhamdulillah kenyang perut makan free dua hari wahahaha~ tak ada idea. saja seronok nak update sebab nak bagi stalker baca. muahh (muntah? tanggung sendiri)
Monday, 22 April 2013
Ok it hurts me sikit-sikit
inilah masalah saya ye tuan-tuan dan puan-puan..terlalu berfikir..and mostly akan berfikir sehingga ke tahap buruk-buruk..astaghfirullah..saya pun tak tahu macam mana la nak overcome habit ni..maybe sebab apa yang saya fikirkan tu last-last jadi kenyataan, menyebabkan saya akhirnya berterusan begini. hurm ada sorang Hamba Allah ni.suka update di dinding bila dia ada sikit tak puas hati. and yang buat saya over thinking, bila kami bermasalah. hewhew. dia mesti update status yang mana selalunya saya boleh faham mesejnya. well, i do know her. mungkin dia tak nak cakap depan, so dia pakai sindir di mukabuku? i mean, come on. kalau tak suka cakap je. hah! kan? macam tu la saya. Saya seorang yang akan berfikir secara dalam dan gila *deeply and madly* huhu. mungkin apa yang saya fikir tu betul, and mungkin tidak. hoho. oh organ-organ yang berkaitan, tolonglah berhenti mengecas aura-aura negatif. T.T ada sorang mamat ni. hensem. suka tengok dia. soft spoken. and mangsa buli saya *wadehel* well, disebabkan kehenseman beliau di paras tak hengat punye *tipu je, takdela hensem mana pun, cuma ada pakej la nak buat jadi model bidan terjun* saya sentiasa tanam dalam otak dan hati yang beliau takkan pandang seorang gadis gedebab gedebot macam saya! yeah! sebabnya, elok je lepas jumpa, beliau hilang macam sepasang stokin yang terpisah dalam washing machine. *haha, aku berangan disini, mohon sediakan baldi* wuuu..tapi ada juga la beliau mesej walaupun tak kerap..hukhuk..entahlah, mungkin betul la beliau busy kerja.. petang tadi mesej beliau. saya saja cakap "sedapnye mak goreng meeeeeeeeeeeeee"
dan beliau balas "takpe, makan lah dulu. tapi jangan banyak sangat nanti besar pulak"
.
..
...
....
.....
*teruskan baca. saya sentap*
tengok. perbualan tu menguatkan lagi teori saya. Beliau suka yang kuruih-kuruih ja..huks..pun begitu, saya masih tak paham kenapa beliau still beria-ia cari saya and so on. masa saya kat KL Sentral nak tunggu tren pulang ke Taiping, beliau call and cakap nak datang. Tapi saya paham, kawan tu kat Bangi kot. Mana mungkin nak sampai kat KL Sentral dalam masa singkat. Terlepas peluang nak dating dengan Aaron Aziz Jadian *terserlah gatalku* Tapi beliau nak jumpa bila saya dah pulang ke bekas sarang*Kuala Lumpur* nanti. hiks..*berangan-angan* Saya sangat tak suka habit saya ni. Tapi macam yang saya cakap tadi, selalunya apa yang saya fikir akan jadi kenyataan dengan jayanya uolls. huwaaa..saya tak tahu nak cakap sama ada ini kelebihan atau kekurangan..saya semacam dapat detect kalau orang tipu saya, tak suka saya or whatsoever la..so, anda-anda..sila jangan menipu. sebab menipu tu bulldozer*berdosa* besar punye~
Hasil daripada terlampau rajin berfikir benda-benda yang tidak-tidak, atau dalam bahasa kasar lagi tak berperikemanusiaannya, takde pekdah! hah! hambek kau..beginilah jadinya saya
inilah saya. thanks
Saya kadang-kadang je boleh nak jadi gila-gila. Selebihnya saya ni murung banyak. Ye, saya seorang yang kemurungan. Tapi saya sentiasa cuba nak buat orang gelak. Sebab nanti saya boleh la tumpang sekaki gelak sama kah kah kah! *fine, tiada unsur lawak di situ* Esok nak kena pergi library. hey, kenapa cuti hanya pada nama? kenapa beri kerja di waktu cuti? sesungguhnya ini sangat tak bagus ok! urgh! Ok. saya dah tension. keep calm wani, nanti worry lines berlumba-lumba timbul =.=
Sunday, 31 March 2013
Adui..tengah2 malam teringat nasi ni pulak..tahan wani..lagi 19 hari je nak balik..haha..kat sini takde la nasi ni..ke ada tapi aku yang tak nampak ek? tapi rasa macam tak je kot? nak nasi daun lemuni..tolonnnnnnn...haha...
Tuesday, 26 March 2013
membuat entri diiringi lagu ini.
haha..tiba-tiba teringat pulak cerita-cerita, kenangan-kenangan zaman tok nadok dulu-dulu..pergh gila lama kan..well..itulah saya..suka sangat recap..tapi study tak reti-reti pulak kau nak buat macam tu..kalau tak mesti dekan tiap-tiap sem..boleh la nak merasa reben pink time konvo nanti..pastu tak payah bayar duit PTPTN..pastu time ambil scroll ada 6 bintang kat nama saya..pastu..pastu..pastu..
haha..saya dah ke tasik *tasik je ada pun kat sini* hehe.
hari ni saya dapat tiga berita kematian. Pertama berita kematian tokoh pemikir agama, Dr Muhammad Uthman El-Muhammady. Katanya antara tanda-tanda kiamat menghampiri adalah perginya para ulama'. Wallahualam.
kedua, tadi call mak. mak pun bagitahu, kawan baik ayah dari zaman bujang dah pun kembali ke rahmatullah. dalam minggu lepas. Lepas 3 tahun menderita sakit, akhirnya dia pergi juga. Teringat masa kecil-kecil dulu dia selalu mengusik
"kau anak Black kan?"
haha..Black tu ayah saya la :)
Ketiga, berita kematian seorang cleaner kat kolej kami ni. pagi tadi, kat depan tasik. kes langgar lari. Allahu Rabbi. Kesian bila teringatkan dia meninggal dalam perjalanan nak mencari rezeki. tapi saya tak cam pula yang mana satu. Housemate saya kenal, sebab mak cik cleaner ni mak tiri kawan sekolah dia.
Al-Fatihah buat mereka semua..
ramai orang yang datang, ramai orang yang pergi dalam hidup kita. Kita pun adalah mereka-mereka yang datang dan pergi dalam hidup orang lain. Cuma cara masing-masing datang dan pergi tu berbeza-beza dan dalam pelbagai cara. Apa-apa pun kita yang masih hidup ni perlu teruskan perjalanan. Yang dah pergi, kita doakan mereka bahagia dengan hidup mereka. Pada yang tiada, kita sedekahkan al-fatihah, mendoakan kesejahteraan mereka di alam sana.
Kepada anda-anda yang pernah hadir dalam hidup saya, saya ucapkan terima kasih sebab korang pernah ceriakan hidup saya. Tapi kalau saya cakap kasar tu mintak maaf la ye. Dah memang naturally nya saya ni kasar sikit, nak-nak kalau title "special" yang pernah diberi tu dah ditarik. haha. baik laki mahupun perempuan. sama je. tak ada kompromi. :) tapi apa-apa pun, maaf tu dah lama saya beri, cuma jangan ambil kesempatan dalam kesempitan ok.
Hokayy..sesungguhnya saya sangat mudah marah lately. Tak tahu mana silapnya, kurang tidur? kelas tak best? takde kawan jimba-jimbaan? ke hati saya mula terasa kosong..kosong..kosong...haha! ok serius tak lawak..perlukan sesuatu untuk boost up mood ni. tapi apa ye? takkan assignment kot? haha! kalau ye la kan, saya ni boleh masuk rekod dunia kot. Student yang buat assignment untuk hilangkan stress kikiki =.+