Friday, 14 December 2012

Disakat

Tadi roomate cerita, semalam pukul 4.00 pagi, pintu rumah diketuk. Dua orang housemate bangun, tapi sorang tak bagi buka. katanya dah 4 pagi, better check kat bilik masing-masing, make sure semua orang cukup. So, member ni check satu-satu bilik and for sure semua pun tengah lena diulit mimpi. Member intai bawah pintu, tapi takde bayang empunya diri yang ketuk pintu. so, masing-masing tidur sampai la pagi ni..

***

ini cerita dari saya..

pada jam 3.30 pagi, saya mula shut down laptop, siap-siap nak tidur. sambil tu sempat la belek-belek muka kat cermin *yang ni pun nak cerita ke?* ok tak lawak. lepas tu, macam biasa la, memang dah menjadi rutin harian saya tutup tingkap bilik sebab saya paling lewat tidur. masa tengah tarik tingkap *tingkap jenis terkuak tu* saya terbau sesuatu yang busuk. busuk yang pelik, saya tak pernah bau busuk macam tu seumur hidup saya. Dalam hati saya berdetik

"pergh, pehal bau busuk gile ni.."

....sambil mata meliar tengok luar, kot2 la ada hamba Allah yang gamaknya terlalu kaya nak dikompaun sebab buang sampah suka-suka hati. Peliknya takde sebutir sampah pun kat laman Srikandi ni. Ok, Ada la tu bau dari mana-mana. Bukan rumah aku je kat sini, belambak lagi rumah kan. So, tanpa memikirkan yang tidak-tidak, saya pun off lampu, naik katil, baca Ayatul kursi, 3 Qul *ini memang saya praktik setiap malam sebelum tidur sebab saya super duper penakut ok* pasang headphone kat handset. and, saya layan lagu sampai jam 4.30 pagi.

***

Kiranya, masa housemate masuk bilik saya, saya masih belum tidur memandangkan katanya saya masih memakai headphone. And bila diingat-ingat balik, saya tidur pukul 4.30 pagi menyebabkan plan saya dengan roomate nak ke Giant pagi tadi hancur lebur berantakan wakakakaka...!!!

walaubagaimanapun, saya dan housemate bakal berjaga malam ini sebab nak study and also nak siapkan kerja-kerja yang menimbun. Tentang benda alah tu, emm..maybe sebab semalam malam jumaat kot, dia tengah outing.. -..-

Sunday, 9 December 2012

Add caption

Sunday, 18 November 2012

Kawan Saya Si Pengantin Baru Jalan Ipoh




Assalamualaikum..haha..ape jadah la kan tajuk kali ni..hehe..saje je nak bagi catchy sikit..lalala..ok..kali ni entri pasal orang kahwin..orang yang berkahwin itu adalah rakan saya sendiri merangkap classmate dan juga jiran seblok saya, yakni saudari Nazratul Naziah. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz, beliau sah bergelar isteri pada 17 Nov 2012 jam 9 pagi *waktu tu kami masih lena dalam dorm muahaha*

Majlis Naz (nickname her among us) ni dibuat di Asrama Puteri SMK Raja Ali, Jalan Ipoh. Nak tau silalah google. Nak cakap pun bukan la terer sangat, tapi tau tak Brem Mall? lebih kurang area situ la. Tak tau jugak..ehem..silalah google..ngeeee ~~~ :D

kami-kami ditugaskan sebagai pengiring untuk weds beliau. hehe, first time wooo jadi bridesmaid. And for sure masing-masing pun melaram sakan untuk hari bahagia member kitorang ni. ok la, cakap banyak pun tak guna, mari la kite usha-usha picture yang ada. Credit for Nora Shikin for the photos.




Pepara dedayang..ehehe..



         
                                                             
                                                      Salah sorang dayang nak ambik berkat katanya hehe

Pengantin yang dirai




Pelamin tema peach ~




"Teruja tengok kawan kahwin.Saya bila ye?"







 

Sunday, 4 November 2012

Yang Diidam Dah Dapat

Assalamualaikum, selamat datang ke blog yang bersawang bagai ni.haha.ingat lagi tak entri pasal KADS1M tu? ye, suka dimaklumkan bahawa saya telah pun memiliki kad tersebut secara rasminya sebelum balik bercuti hari tu..hoho..



hehe..


kalau nak ikutkan, kitorang adalah first batch yang dapat kad ni sejurus lepas di'launching'kan oleh our VC..tapi sebab kurang maklumat, maka kitorang dapat tau pun lambat. rupanya kad kitorang ada kat UiTM Shah Alam nun. Sebab masa daftar dulu, kitorang daftar under UiTM Shah Alam, so, kalau ada apa2 hal, memang kami dialu-alukan untuk menapak ke Budisiswa.huks~

Sekian sahaja untuk kali ini. Sebenarnya takde mood pun nak update blog ni. eish.

Sunday, 14 October 2012

Wondergirl Yang Wonderful

Assalamualaikum, hari ini hari meletihkan sebab kitorang baru saja menyelesaikan modul keenam Kemahiran Insaniah. Sah malam ni saya membuat tak hengat punya hehe. Tapi tiba-tiba tangan gatal nak menaip sesuatu. Tadi ternampak rakan kat muka buku post video pasal Wondergirl menari sambil berbaju kurung. Rasanya ini kali pertama kot artis K-Pop mengenakan pakaian kebangsaan a.k.a pakaian tradisi gadis melayu a.k.a outfit feveret saya *sebab saya skema sangat kot pakai baju kurung pegi kelas? tapi saya suka !*

Memandangkan broadband saya tiba-tiba dalam keadaan mode baik, saya dapatlah tengok link yang dipost tu secara terus tanpa sangkut mangkut hehe. Ok je, sikit pun tak nampak diorang awkward dengan outfit tu. Agak-agak diorang prektis dulu kot menari dengan baju kurung berhari-hari sebelum perform kan ? hahahaha!!!! ok tak kelakar kan. Sila teruskan membaca.

Errr...cakap banyak pun buat apa..silalah layan video di bawah ini ye reader-reader sekalian. kalau ada yang korang berkenan nak buat bini ke, kakak ipar ke, adik ipar ke, menantu ke, rasa baik korang pilih saya je kot. Eh sorry terpromosi :p


Tengok ni !



Terima Kasih Cik pengupload ! :D










Mata dah mengantuk. Berita gembira buat saya si insomnia. :'D

Friday, 12 October 2012

Sekali Lagi Buat Rojak

Assalamualaikum,

memang hobi saya buat entri rojak. nak baca sila teruskan. taknak sila pergi blog lain. *garang tak?*










Rojak 1 : NetworkedBlogs

Saya sedang berkira mengupgradekan *wah,saya generasi perosak bahasa, baru sedar -.-* blog saya ini, yakni dengan cara mendaftar ke NetworkedBlog. Bukan apa, seronok pulak tengok kawan-kawan menaiktarafkan blog masing-masing *akhirnya jumpa perkataan yang betul :p
















Rojak 2 : Cabaran Tak mesej Mr.A *ape ni??*

Ye, dah dua hari tak mesej ni. Bukan sekali, bukan dua kali, tapi dah berkali-kali terjadiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..... =.="










Wish I could train my future son and daughter to be like this..amin


Rojak 3: Menaiktarafkan diri

Dah mula rajin bangun untuk solat subuh. alhamdulillah. terima kasih kawan sebilik yang bantu. uhuks :'D













Rojak 4: Saya kena diet, by hook or by crook

Kenapa? saya ada important event next month. Nak nampak cantik depan para tetamu *berangan terlebih tertumpah-tumpah*




Monday, 8 October 2012

Sekali Lagi Saya Dipromosi *Sumpah Perasan*

Masa tengah blogwalking tadi, tiba-tiba nampak sorang member ni update entri terbaru. Tajuk - Kita "CLASH". Masa baca ayat mula-mula ingatkan dia cerita pasal kawan dia, rupanya cerita pasal saya la..hehe..tak sangka pulak dia boleh selitkan saya yang gedebab ni dalam entri dia kali haha. Pape pun terima kasih ye kawan ~ kalau nak baca klik SINI ok hikhik :p







"Apa jadah tah buat entri kontot-kontot ni? Idea tak sampai atau stress belum menziarah? :p"