14 Disember 2013 tarikh yang ditunggu-tunggu sebab masing-masing dah tahu one of our classmate akan menamatkan zaman bujang beliau. kad dah diterima. tapi tak dapat tengok sebab beliau pos kat rumah. so mak jela yang tengok kikiki. takpe, beliau dah menjemput dari hari bertunang sampai la hari kenduri *propa disitu*
kami saling mengenali semenjak dari tingkatan 1 sampailah ke tingkatan 5. ya, kami sekelas tak pernah terpisah. memang sepanjang 4 tahun persekolahan hari-hari menghadap muka masing-masing kecuali tak datang sekolah. haha. nak dikata tak rapat itu sangat tipu ok. dari tingkatan 1 semua kebanyakan aktiviti dilakukan secara bersama-sama dan sukarela. rehat sama-sama, belajar sama-sama, usha senior sama-sama, gelak sama-sama, nangis jarang kitorang ni. tapi kalau salah sorang sedih yang lain-lain berebut-rebut hulur bahu haha. boleh macam tu?
tapi lepas sekolah masing-masing bawa haluan sendiri. last jumpa tiga tahun lepas sebab hantar one of our bestfriend pergi kem...
*actually semalam aku baru perasan, aku dah jejak kaki kat KPTM Bangi masa Jun 2013. meaning that, 'dia' pun ada kat situ as a semester one student during that time*
itu sesi monolog jap ek hahaha. ok ok. lepas tu, tak pernah jumpa beliau pun, hanya facebook jadi perantara kami-kami nak bergosip *dah tak jumpa bertahun pun boleh lagi nak bergosip kan? haha!*
tahun lepas beliau bertunang. tapi saya tak dapat hadirkan diri ada final test pada hari yang sama. so, kenduri wajiblah hadir. rasa macam tak percaya kawan yang sama selekeh zaman sekolah jadi pengantin depan mata. hehe.
jom la layan gambar-gambar. tak banyak pun, tapi jadilah buat kenang-kenangan...
ini sebahagian daripada geng-geng kat library. they are my world on that time. hehe :') |
me with the queen for the day |
rasa macam tak percaya pulak kau dah kawen tiqah -.- bahaha!! |
aku ingat lagi kita berangan nak kahwin kat padang sekolah. sapa sangka dah 6 tahun berlalu. hehe |
bila dah jumpa macam-macam cerita ada hehe |
selamat pengantin baru Puan Nur Atiqah binti Abd Latif. :)
No comments:
Post a Comment
Sila Beri Sepatah Dua Kata